Tuesday 21 February 2017

Perlantikan Madinah Langgar Kod Etika Juruaudit Sektor Awam



Putrajaya: Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad, 60, dilantik sebagai Ketua Audit Negara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 23 Februari lalu hingga 22 Februari 2019.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Menurutnya, pelantikan itu bagi menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada Rabu ini.




Tan Sri Dr Madinah Mohamad adalah merupakan isteri kepada Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abdul Hamid yang sanggup mati untuk mempertahankan Najib.

Sebagai isteri kepada Ketua Bahagian Umno sudah semestinya menemani suaminya dalam majlis-majlis politik .

Perkara ini sudah tentu akan mengurangkan keyakinan rakyat ke atas kewibawanya untuk melaksanakan tugas sebagai Ketua Audit Negara yang tulus tanpa pengaruh dari pihak-pihak tertentu.

Malah di dalam Kod Etika Juruaudit Sektor Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara Fasa 11 dan 33 ada menyatakan bahawa juruaudit tidak boleh terlibat dengan aktiviti politik. 

Walaupun Madinah hanya seorang isteri kepada Ketua Bahagian Umno tetapi kehadirannya di majlis-majlis politik suaminya akan memberi gambaran negatif ke atas tanggapan orang ramai terhadap kredibiliti beliau sebagai Ketua Audit Negara.

Mari kita lihat kepada Kod Etika Juruaudit Sektor Awam (Pindaan Mac 2011) ini menerangkan prinsip dan nilai yang relevan kepada profesion dan tugas pengauditan. Ia juga meliputi norma kelakuan yang perlu dipatuhi oleh setiap Juruaudit dalam melaksanakan kerja pengauditan. Kod Etika ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab dan obligasi moral bagi memandu dan memacu Juruaudit meningkatkan prestasi dan profesionalisme. Ianya digubal dan disesuaikan selaras dengan Kod Etika yang dikeluarkan oleh International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) dan International Standard of Supreme Audit Institutions (ISSAI 30 - Ethics


Petikan Fasa 11 dan 33.


Kebebasan, Objektiviti, Adil Dan Saksama
11. Juruaudit perlu mengekalkan kebebasan daripada pengaruh mana-mana pihak termasuk parti politik atau pertubuhan lain supaya dapat menjalankan tanggungjawab
pengauditan dengan adil dan saksama.


Penglibatan Dalam Aktiviti Luar
33. Juruaudit tidak boleh terlibat dengan aktiviti sosial, ekonomi dan parti politik yang bercanggah dengan peraturan Kerajaan.

2 comments:

  1. Salam.

    Tahniah kerana bersama kami dalam usaha mencari kebenaran dan menegakkan keadilan. Yong masukkan blog tuan ke dalam senarai Bloglist Yong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih atas sokongan,banyak keputusan kerajaan sekarang ini jauh menyimpang dari protokol2 sedia ada contohnya perlantikan dan pemecatan

      Delete