Tuesday 28 February 2017

Petronas Jual 50 % Pegangan Saham Rapid Pada Aramco


Petronas akan menjual pegangan dalam projek penapisan dan petrokimia yang diusahakannya kepada Gergasi minyak Arab Saudi Aramco dengan jumlah pelaburan keseluruhan AS$7 bilion (RM31.10 bilion).

Dalam kenyataan bersama, syarikat-syarikat itu berkata Aramco akan membeli 50 peratus saham dalam aset-aset dan usahasama terpilih dalam projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor.

Majlis menandatangani kerjasama itu secara rasmi disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Raja Arab Saudi Raja Salman, yang sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia, lapor Reuters.

Aramco akan membekalkan sehingga 70 peratus daripada keperluan minyak mentah manakala gas asli, kuasa dan kemudahan lain akan disediakan oleh Petronas, menurut kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment