Sunday 24 September 2017

Masyaallah : Zuhud Najib & Rosmah Yang Tidak Diketahui Umum


Lebih kurang dua bulan Najib menjadi Perdana Menteri dan Rosmah wanita pertama negara, mereka sering menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan mengatakan mereka amat boros sekali.

Berita keborosan pasangan ini bukanlah asing lagi malah perbagai berita tentang keborosan mereka sering menghiasi dada akhbar tempatan mahupun di luar negara, di media sosial dan di pentas-pentas politik pembangkang.




Barangkali akibat terlalu banyak berita tentang keborosan pasangan ini maka tertutuplah perkara-perkara zuhud yang pernah mereka lakukan sebelumnya.

Berpandukan kepada video pendek di u tube yang bertajuk Rosmah perempuan puaka yang dimuat turun pada tahun 2009 memberi sedikit gambaran tentang zuhudnya Najib dan Rosmah ketika mengadakan majlis perkahwinan.




Dalam video itu Che Mah Abdul Hadi  yang mengakui Rosmah Mansor berkahwin dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di rumah 159/50  Gedong Lalang, Seremban.

Bagaimanapun, ketika dihubungi melalui telefon, Che Mah (foto, bawah) berkata beliau sudah lupa tarikh tepatnya.Menurut Che Mah ketika itu Najib hendak bertanding Ketua Pemuda disekitar tahun 1987


"Tetapi dia (Rosmah) sudah tidak kenal saya, walaupun berkahwin di rumah saya," katanya lagi, mengulangi dakwaan dalam klip video sewaktu diwawancara.

Dalam temubual itu, Che Mah menceritakan saat-saat awal persiapan pernikahan Najib-Rosmah yang hanya membabitkan "14 hingga 15 orang" sehingga suaminya Ariffin memanggil lagi ahli-ahli Umno menjadikan 80 hadirin semuanya.

Masyaalah !!! Najib ketika itu dikata kan oleh Che Mah berkahwin dengan rosmah pada sekitar tahun 1987 berjawatan sebagai menteri Kebudayaan Belia dan Sukan sangat sangat berjimat dalam mengatur perkahwinannya dengan Rosmah Mansor . Pada awalnya hanya 14 hingga 15 orang dipanggil dan kemudian menjadi 80 orang hadirin kesemuanya. 

Dengan kehadiran 80 orang sahaja sudah tentu kenduri di adakan secara kecil-kecilan malah lebih zuhud dari Hadi Awang dan Nik Aziz ketika mereka menikah dahulu. 

No comments:

Post a Comment