Wednesday 4 October 2017

Sogokan & Ugutan : Habibur Rahman Dan Hamidah Osman Adalah Dalang Kata Syed Saddiq



Syed Saddiq, pemimpin Armada  Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengatakan Habibur Rahman yang didakwa mewakili PM Najib Razak "memeras" beliau dan keluarganya sejak Disember tahun lalu dan pada masa yang sama menawarkan RM5 juta untuk meninggalkan parti Mahathir Mohamad (tidak termasuk sejumlah dana yang tidak didedahkan untuk menubuhkan asas untuk debat hebat seperti dia), kenapa Saddiq tidak pergi ke polis dan SPRM tadi? Dan mengapa dia tidak melakukannya?

Sehari selepas mendedahkan terdapat cubaan untuk mengugut dan menyogoknya supaya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan membuat laporan rasmi untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

"Saya akan berjumpa peguam saya sebelum membuat laporan esok.

"Saya akan membuat dua laporan berasingan; satu kepada polis berikutan ugutan terhadap keluarga saya dan satu lagi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tawaran sogokan," kata ketua pemuda (Armada) parti itu.

Syed Saddiq pada sidang akhbar semalam, mendakwa dirinya ditawarkan wang dan geran bernilai RM5 juta untuk menubuhkan sekolah debat di seluruh negara oleh individu yang dikaitkan dengan Jabatan Perdana Menteri.

Tawaran itu, dakwa Syed Saddiq, dibuat selepas dakwaan ugutan sebelum ini terhadap diri dan keluarganya gagal meyaksikan beliau meninggalkan BERSATU.

Beliau juga mendakwa sidang akhbar itu diadakan di sebuah hotel berkaitan Umno atas permintaan individu berkenaan, tanpa pengetahuan mana-mana pemimpin BERSATU.

Sementara itu, Syed Saddiq memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau telah menghubungi Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya bercakap dengan Tan Sri (Muhyiddin) semalam dan dengan Tun (Dr Mahathir) hari ini. Mereka menyokong saya," kata Syed Saddiq yang mengakui pada awalnya terdapat spekulasi bahawa dirinya boleh ‘dibeli’.








Manakala pengasas dan bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kamarulzaman Habibul Rahman hari ini membuat laporan polis terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas dakwaan memfitnahnya.

Bercakap dengan pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, Kamarulzaman berkata ketua pemuda BERSATU itu telah menuduhnya menerima "dedak" untuk meninggalkan parti itu.

"Ini satu dakwaan berniat jahat dan mencemarkan nama saya sebagai guru, sebagai pegawai pejabat pendidikan daerah," katanya.

Beliau memberikan tempoh seminggu kepada Syed Saddiq untuk menarik balik kenyataan itu jika tidak mahu berhadapan tindakan undang-undang.

Kamarulzaman menafikan telah didekati mana-mana pihak dan ditawarkan sogokan agar meninggalkan parti itu, seperti didakwa Syed Saddiq.

"Sebenarnya tiada tawaran dedak atau apa tawaran sekalipun," katanya.

Syed Saddiq pada sidang media Isnin lalu mendakwa wujudnya konspirasi untuk melemahkan BERSATU dengan "mengancam dan menyogok" para pengasasnya, antaranya Kamarulzaman, bekas naib presiden Datuk Hamidah Othman dan dirinya sendiri.





Sementara itu bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Hamidah Osman hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa menuduhnya sebagai ejen Umno.
Hamidah berkata walaupun tidak dinyatakan secara jelas, namun beliau percaya tuduhan itu dilemparkan terhadapnya terutama membabitkan habuan bernilai RM5 juta yang didakwa kononnya cuba disogokkan kepada Syed Saddiq.
Katanya tuduhan yang dibuat Syed Saddiq itu nyata tidak berasas dan sengaja dilakukan bagi meraih kepentingan politik
“Walaupun saya tak boleh jelaskan secara lanjut sepertimana dinasihatkan SPRM, namun saya berharap siasatan secepat mungkin dapat dibuat.
“Saya juga tidak pernah tahu mengenai wang RM5 juta itu tapi dalam kenyataan Syed Saddiq ia semacam ditujukan pada saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di pejabat SPRM Perak di Ipoh.
Semalam, Syed Saddiq menjelaskan ada cubaan daripada seseorang di luar Pakatan Harapan cuba menyogoknya dengan wang bernilai RM5 juta sekiranya meninggalkan PPBM selain mendakwa dijanjikan dengan peruntukan untuk membuka sekolah debat di seluruh negara.

KENYATAAN DATO HAMIDAH OSMAN:

MENYEMBUNYI PENIPUAN DISEBALIK PROSEDUR

Saya merujuk kepada sidang akhbar Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hari Isnin 2 2hb Oktober 2017.

1. Kenyataan beliau yang asal nya dijangka untuk mengumumkan beliau akan menerima tawaran belajar dan biasiswa dari Oxford University, UK akhirnya menjadi medan untuk beliau membuat serangan serangan dan tuduhan liar .
ada yg mempertikai kan surat tawaran dari Oxford yang Syed Saddiq siarkan di Facebook peribadinya menunjukkan tarikh-tarikh yang mempunyai kronoloji yang agak anih dan pelik susunannya.

2. Saya difahamkan daripada laporan akhbar The Star bahawa Syed Saddiq akan membuat laporan kepada SPRM jika perlu berhubung dakwaan dia telah disogok RM5 juta untuk menyambung pelajaran di luar negara . Selepas kenyataan akhbar tersebut sebenar nya pelbagai pihak telah menggesa Syed Saddiq untuk membuat laporan berhubungan sogokan tersebut kepada SPRM dan saya amat mengalu-alukan beliau membuat laporan.

Malah saya sendiri telah membuat laporan kepada pihak SPRM Cawangan Ipoh berkenaan majlis sidang akhbar nya. Jika beliau tidak melakukan laporan tersebut, maka Syed Saddiq dianggap telah melanggar undang2 SPRM dan hukumannya adalah agak berat.

Dalam kenyataan kepada akhbar The Star, Syed Saddiq berkata dia dan ahli keluarganya telah diperas ugut (dalam bahasa Inggeris, backmail), maka dengan itu, beliau akan membuat laporan polis berhubung hal ini terlebih dahulu sebelum membuat laporan SPRM.

3. Sebaik laporan-laporan ini dibuat nanti, mengikut amalan biasa undang2 , beliau tidak akan dibenarkan untuk membuat kenyataan dan menjelaskan apa apa kenyataan berkenaan sidang akhbar yg telah dibuat nya. Pihak peguam yang menasihati kami berkata ia tidak sub-judice untuk memberi penjelasan. Namun begitu, Syed Saddiq dijangka bakal menggunakan alasan itu untuk tidak menjawab dan menjelaskan kenyataan akhbar nya sebelum ini.
 . Sebagai pejuabg ..dia perlu bertanggungjawab dengan tindak tanduknya dan usah bersembunyi disebalik prosedur untuk melontar tuduhan dan andaian yang boleh dianggap fitnah sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Oleh itu.. Sebelum dia membuat laporan, dia perlu memberi penjelasan kepada semua pihak, termasuk orang ramai, terutamanya pihak-pihak yang nama mereka disebut.
4. Syed Saddiq berkata dia sudah mula berunding dengan pihak-pihak tertentu yang konon nya mewakili UMNO semenjak bulan Disember dahulu lagi. Beliau memaklum kan ada ditawarkan pelbagai tawaran termasuk biasiswa dan lain-lain.

5. Syed Saddiq turut berkata dia telah diperas ugut (blackmail), tetapi mengapa setelah begitu lama semenjak bulan Disember lepas, baru skrg dia mahu membuat laporan polis? Bukankah dia telah mendedahkan dirinya dan ahli keluarganya kepada risiko keselamatan yang terlalu lama? Mengapa beliau sangat takut untuk membuat laporan polis tetapi sangat berani membuat sidang akhbar secara langsung di FB nya?

6. Jika benar dakwaan Syed Saddiq berkenaan tempat sidang akhbar diadakan dibiayai oleh pihak yang mahu dia membuat serangan tersebut dan menawarkan biasiswa untuk belajar ke Oxford University, mengapa beliau tidak mendedahkan bil bayaran dan nama pembayar untuk diketahui orang ramai? Adakah dia sendiri mahu menyembunyikan identiti pihak tersebut dari diketahui oleh orang ramai? 

8. Syed Saddiq ada menyebut nama seorang bernama Habibur Rahman yang dikatakan adalah Penasihat Perdana Menteri dari Pejabat Perdana Menteri sebagai dalang. Sepanjang masa saya berada dalam UMNO, saya tidak pernah dengar dan jauh sekali berurusan dengan seorang bernama demikian. Saya hairan bagaimana Syed Saddiq boleh menyebut nama tersebut sedangkan dia sendiri nyatakan dia tidak pernah bertemu.

9. Syed Saddiq turut mendedahkan ada penulis skrip yang menentukan apa yang perlu dikata untuk sidang akhbar. Skrip tersebut tidak dibawa ketika sidang akhbar untuk dijadikan bukti dan mengapa tidak dedahkan nama orangnya sekali . Selagi persoalan ini tidak dijawab, kenyataan Syed Saddiq boleh dianggap sebagai "oxymoron" atau bercanggah antara satu sama lain.
10. Akhir sekali, saya ingin bertanya Syed Saddiq adakah dia sangat bernilai hingga mahu disogok sebanyak RM5 juta .


Sekian.

Dato Hamidah Osman
Mantan Naib Presiden PPBM

1 comment:

  1. Rasanya Sayed Saddeq tidaklah bodoh untuk buat pengumuman
    tanpa sebarang bukti andainya dia disaman. Jadi, kita
    tunggu dan lihat, SIAPA YANG CAKAP BENAR dan SIAPA
    yang berbohong.

    ReplyDelete