Friday 30 September 2016

Himpunan Harapan Di Terengganu - PAS Dan PPBM Berkongsi Pentas



Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin buat julungkalinya dijemput berceramah di atas pentas PAS pada 1 Oktober ini sempena program Himpunan Harapan.
Program di Terengganu itu dilihat unik kerana sebelum ini PAS tidak merestui Pakatan Pembangkang tetapi menjemput Muhyiddin untuk berceramah.
Pesuruhjaya Pas Terengganu Saiful Bahri berkata, PAS yang kini mengamalkan politik matang dan sejahtera sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang dapat menerima prinsip perjuangan parti itu.
“Sesiapa saja yang boleh menerima prinsip perjuangan PAS kita alu-alukan. Sekarang ini di Terengganu dari segi politik hanya PAS dan Umno saja.
Adakah ketiadaan DAP dalam kuasa  politik di Terengganu membuka ruang kerjasama antara PPBM dan PAS untuk menewaskan UMNO?
Dilihat pada siri Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu, pertandingan tiga penjuru telah merugikan PAS dan Pakatan Pembangkang yang disertai oleh PPBM.








Monday 26 September 2016

Matang Politik di Kedah, Imam Masjid Sertai PPBM



26 September 2016 Padang Serai, Senyuman manis jelas terpancar diraut wajah Tuan Haji Ismail bin Mustafa Iman 2 masjid Sungai Kok apabila menyerahkan borang pendaftaran ahli PPBM kepada saudara  Khairul Anuar wakil pendaftar PPBM Padang Serai petang tadi.

Ditanya kepada beliau , adakah Program Khas Haji Perdana Menteri yang ditaja oleh Yayasan 1mdb mempengaruhi keputusan imam untuk menyokong kerajaan ? 

Beliau menjawab , itu hak individu masing - masing nak menyokong kerajaan atau tidak. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan demokrasi kita berhak memilih pemimpin tanpa bias kepada satu satu parti.

Katanya lagi "di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung , kebenaran pasti dijulang." Saya tertarik dengan perjuangan yang cuba dipertengahkan oleh PPBM iaitu kebenaran.

Perkara ini jelas memperlihatkan kematangan politik di Kedah, mereka tidak senang-senang untuk terhutang budi kepada sesuatu parti dalam soal memangkah undi. Isu  semasa sentiasa mempengaruhi hala tuju politik di Kedah. 

Sejak 2011, program Khas Haji Perdana Menteri anjuran Yayasan 1mdb telah menghantar seramai 4611 orang imam dan JKKKP ke Mekah untuk menunaikan haji.

Ternyata program haji yang dianjurkan itu tidak mempengaruhi keputusan golongan Imam dan JKKKP untuk menyokong kerajaan.

Sunday 25 September 2016

Pendakwah Bebas Mula Sertai PPBM


25 September 2016 Seremban, pendakwah bebas  Ustaz Abd Rahman Mohd yang bergiat dalam usaha dakwah  di sekitar Negeri Sembilan telah menyertai PPBM pada 10 September yang lalu. 

Pada Majlis Makan tengahari bersama Tun Mahathir di pejabat PPBM Parlimen Rembau di Taman Tuanku Jaafar , Seremban beliau telah menegaskan tentang betapa pentingnya usaha dakwah untuk menegakkan kebenaran.

Usaha dakwah "Amal makruf Nahi Mungkar " yang disuruh agama adalah bertepatan dengan perjuangan PPBM telah menarik minat beliau untuk menyertai parti PPBM.


Majlis makan tengahari itu turut dihadiri oleh Tun Siti Hasmah, Tan Sri Muyiddin Yassin, Anina Saadudin,Kamarul Azman Habibur Rahman dan beberapa pendakwah bebas.

Pejabat sementara PPBM Parlimen Rembau yang mula beroperasi  di 38, Jalan TJ 1/ A , Senawang Central, Kawasan Perindustrian tuanku Jaafar, Seremban .

Menurut  penolong penyelaras PPBM Parlimen Rembau En Khaire  , pejabat itu adalah hasil sumbangan orang ramai.

Thursday 22 September 2016

Deklarasi Rakyat - Wajarkah PMO Jadi Jurucakap YDP Agong?



21September 2016, Malaysia digemparkan dengan situasi apabila Pejabat Perdana Menteri telah bertindak sebagai jurucakap kepada titah Yang Dipertuan Agong.

TV3 ,Astro dan beberapa akhbar tempatan ada memetik kenyataan akhbar rasmi PMO yang ditulis dalam keadaan yang mengelirukan di mana terdapat banyak kesalahan seakan-akan seperti sengajakan dilakukan oleh pihak PMO.




Antara kesalahan yang boleh dilihat dalam surat ini adalah

1. Tun Mahathir Pengerusi bukan penasihat
2. Mana ada parti peribumi perkasa Malaysia
3. Singkatan Pppm di eja  pbbm
4. Deklarasi rakyat yang dipimpin oleh Tun Mahathir adalah mewakili rakyat bukan mewakili parti Pribumi Bersatu Malaysia.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/deklarasi-ppbm-tidak-mengikut-perlembagaan-117309.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/deklarasi-tidak-ikut-perlembagaan-1.385763

Mengikut amalan biasa kenyataan akhbar YDP Agong dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/kenyataan-akhbar

Adalah tidak wajar sekiranya sesuatu isu yang dikaitankan dengan Majlis Raja-raja didahului oleh Jabatan Perdana Menteri dalam memberi kenyataan. Perkara ini akan menimbulkan kekeliruan kepada rakyat .





Wednesday 21 September 2016

PPBM, Penyertaan Teramai Golongan Atas Pagar , Apa yang Mereka Mahukan?



Semua orang tahu PPBM bertujuan ingin mengalahkan UMNO dan memecahkan undi Melayu di kawasan di mana parti itu selama ini bertanding atau bertapak. 

Kemungkinan besar , faktor di atas ini yang menjadi  dorongan utama kemasukan golongan atas pagar secara beramai-ramai dalam parti PPBM.

Kebencian terhadap UMNO, rasa meluat kepada Najib Razak, menyampah kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang terus sombong dan angkuh, kegairahan ingin menjatuhkan BN dan perbagai sebab lain adalah salah satu sebab mengapa PPBM mendapat sambutan yang luarbiasa dari golongan atas pagar

Beberapa kelompok seperti whatapps grup,facebook, kumpulan dan individu tertentu turut menampakkan ingin bergerak mencari keahlian secara sukarela dan "demi perjuangan" bagi memastikan kejayaan PPBM.

PPBM tidak perlu terlalu tertekan dalam soal mencari keahlian yang ramai, tetapi yang lebih penting adalah sokongan pengundi atau rakyat biasa yang tidak berparti.

Banyak parti-parti di dunia tidak mempunyai keahlian yang ramai tetapi menguasai kerajaan kerana matlamat mereka yang bergerak sealiran dengan kehendak serta keperluan rakyat.
http://shahbudindotcom.blogspot.my/2016/09/keahlian-ppbm-10-peratus-daripada.html

Dilihat dari sudut Deklarasi Rakyat, gabungan pembangkang, PPBM akan bertanding di kawasan yang tidak pernah di menangi oleh Pakatan Harapan sebelum ini, manakala PPBM akan menyokong Pakatan Harapan dikawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Faktor ini dilihat mendorong golongan atas pagar dari kaum lain untuk menyertai parti PPBM sebagai ahli bersekutu.
  


Tuesday 20 September 2016

Pemilihan PPBM - Satu Ahli Satu Undi Wajar Dipertengahkan Secara Online



Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin berkata sejak penyertaan ahli dibuka kepada umum, parti itu menerima kemasukan ahli mencecah 200, 000 setakat ini.Sinar harian - 16 September 2016
 http://www.sinarharian.com.my/politik/sambutan-meletup-bersatu-ulang-cetak-borang-keahlian-1.563072

PPBM pasti tak menang tangan mengurus kemasukan ahli, ditambah pula dengan pendaftaran yang  terima secara atas talian .bersatu.org.

Sambutan meletup terhadap parti baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini jika dilihat adalah kemasukan dari bekas ahli UMNO dan golongan atas pagar.

Dari pengamatan penulis jumlah kemasukan ahli ini dari bekas ahli UMNO dan golongan atas pagar adalah sama banyaknya.

Ramai dikalangan profesional yang terdiri daripada akuantan,eksekutif bank, ahli perniagaan, doktor dan lain lain turut mendaftar sebagai ahli PPBM.Ada diantara mereka tidak menjadi ahli mana-mana parti tetapi sentiasa menyokong UMNO dan mengundi BN setiap kali pilihanraya.

Tidak mustahil sebahagian besar pemimpin yang dipilih nanti turut merupakan bekas pemimpin-peminpin UMNO. Keadaan itu memang sukar dielakkan kerana mereka memang lebih berpengalaman memahami politik berbanding sesiapa yang tidak pernah terlibat secara lansung dalam politik
bagaimanapun, oleh kerana PPBM ingin menyaingi dan mengalahkan UMNO , mereka harus menjadi lebih baik berbanding UMNO.http://shahbudindotcom.blogspot.my/2016/09/walau-mirip-dan-ingin-kalahkan-umno.html

Bekas ahli UMNO sudah terbiasa dengan cara perjalanan dan sistem  parti lama mereka sementara golongan atas pagar pula tidak mempunyai pengalaman dalam sistem parti.

Dalam soal ini golongan atas pagar pula mahu satu sistem parti yang lebih terbuka dalam pemilihan dalaman parti manakala bekas ahli umno pula sudah terbiasa dengan sistem yang mereka jalankan dalam UMNO.

Untuk memurtabatkan " Parti Rakyat untuk Rakyat " maka ada wajarnya untuk menggunaka pakai kaedah Satu Ahli Satu Undi dalam pemilihan dalaman Parti.

Kaedah pemilihan secara Satu Ahli Satu Undi ini mengambilpakai sistem pemilihan dalaman parti  di UK dan Canada. Di malaysia PKR telah pun mengamalkan kaedah ini sejak 2010. 

Sistem pemilihan ini memberi banyak ruang kepada ahli untuk memilih pemimpin berbanding dengan sistem perwakilan yang selama ini dijalankan oleh UMNO.http://shahbudindotcom.blogspot.my/2013/07/sistem-pemilihan-baru-umno-suatu.html

Pada cadangan penulis ,oleh kerana kesuntukan masa dan kewangan parti, sistem pemilihan Satu Ahli Satu Undi ini boleh dijalankan secara online di mana ahli-ahli PPBM boleh memilih calon-calon wakil-wakil  melalui sistem online.


Sunday 18 September 2016

Kuasa Raja Sebagai Ketua Agama Islam Menjangkaui Kuasa Perdana Menteri



Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam tidak boleh dipandang sebelah mata. Bukan saja kerana ia satu tradisi yang sudah menjadi amalan, tetapi kerana ia adalah hak, kuasa dan tanggungjawab yang diberikan Perlembagaan. Oleh itu, pengiktirafan Perlembagaan itu seharusnya mempunyai kesan tertentu. Ia tidak harus dianggap sesuatu yang sia-sia. Hak, kuasa dan tanggungjawab itu mempunyai nafas dan hidup. Ia harus jadi rujukan dan diterima dalam mendepani isu berkaitan agama Islam.

Ketua Agama yang diiktiraf Perlembagaan perlu diberi ruang untuk didengar dan dipatuhi dalam apa jua keadaan membabitkan agama Islam. Sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong yang diperturunkan dalam Jadual 4 Perlembagaan meletakkan tanggungjawab Perlembagaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga dan mempertahankan kedudukan Islam, walaupun baginda secara harfiah bukanlah Ketua Agama Islam bagi keseluruhan Persekutuan. ("...Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam" – petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).

Oleh itu, titah Yang di-Pertuan Agong perlu didukung dalam isu berkaitan agama Islam. Sekiranya tidak, jawatan Ketua Agama Islam dan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong itu hanyalah peruntukan Perlembagaan yang sia-sia. Ini tidak harus terjadi kerana Perlembagaan bukanlah dokumen yang sia-sia dan kaku. Seluruh peruntukan Perlembagaan mempunyai firasat dan nafas tertentu dan ia tidak diwujudkan dalam vakum. 

Sudah tiba masa Malaysia merealisasikan kedudukan Raja sebagai Ketua Agama. Ia adalah konvensyen Perlembagaan kerana pengiktirafan yang sudah diberikan sekian lama. Di dalam prinsip undang-undang Perlembagaan, walaupun konvensyen tidak mempunyai kesan perundangan, tetapi ia boleh dijadikan sumber tafsiran Perlembagaan. Untuk merealisasikan konvensyen ini, tafsiran Perlembagaan haruslah holistik – iaitu dengan mengambil kira keseluruhan kerangka Perlembagaan dan mengharmonikan semua peruntukan sehingga memberi nafas kepada semua peruntukan berkenaan tanpa mengabaikan mana-mana satu pun.


Saturday 17 September 2016

Mengisi Roh Perjuangan 6666



Seawal Bicara Negarawan 25 April 2015 saya mengikuti setiap apa yang disampaikan oleh Tun Mahathir tentang kepincangan yang berlaku di dalam negara secara santai.

Pada awalnya pendedahan demi pendedahan itu tidak menarik minat saya untuk menulis tetapi setelah berforum bersama rakan - rakan facebook timbul pula kesedaran untuk bersama - sama negarawan ulung menongkah arus untuk membuat perubahan.

Pada awalnya kami Pro Tun cuba melakukan perubahan dalam UMNO tetapi tidak diendahkan.

Parti kami yang dulunya memperjuangkan hak - hak orang Melayu dan pribumi terus dilacurkan oleh petualang negara yang sanggup menjual agama, bangsa dan negara demi kepentingan peribadi.

PPBM , Parti Pribumi Bersatu malaysia adalah pentas baru kami bekas ahli UMNO untuk berinteraksi dengan kewarasan dan kewajaran dalam membina kembali harapan supaya kebenaran dapat ditegakkan di bumi bertuah ini.

Setiap Parti baru ada roh perjuangannya tetapi saya memilih untuk mengisinya dengan cara saya sendiri.

6666
Jumlah ayat-ayat al quran berdasarkan
1000 ayat tentang wa'ad (janji)
1000 ayat tentang wa'id (ancaman)
1000 ayat tentang amar (perintah)
1000 ayat tentang nahy (larangan)
1000 ayat tentang infomasi dan kisah-kisah
1000 ayat tentang larangan dan contoh
500 ayat tentang hukum hakam
100 ayat tentang doa dan memuliakan
66 ayat tentang nasih dan mansuh

oleh Syeikh Nawawi Al bantani (w1316 H/1897)

Dari 6666 ayat , 2000 ayat untuk Amar Makruf Nahi Mungkar berbanding dengan 500 ayat tentang hukum hakam.Oleh itu saya memperkemaskan perjuangan saya selari dengan 2000 ayat .





Saya ada meminta Ustaz Ahmad Najib untuk mengisinya.


Ya Allah perlihatkanlah kebenaran itu kebenaran supaya kami Istiqamah dengannya dan perlihatkanlah kebathilan itu supaya kami menjauhi darinya.

Ya Allah maha berkuasa, pinjamkan lah Kekuasaan mu hanya kepada pemimpin yg benar-benar menurut perentahmu adil,amanah dan ikhlas dalam melaksanakan tugas agama mu dan negara yang kami cintai , dengan Kekuasaan Mu Ya Rabbi kami mohon turunkanlah mereka dari tampuk pemerentahan dikalangan pemimpin2 yg tidak amanah dan melakukan kezaliman terhadap rakyat jelata

Amin! Amin!Amin! Ya Rabbul Izzati.!!!

Friday 16 September 2016

Luarbiasa 2150 ahli sertai PPBM di Rembau Dalam Masa Sehari


Rembau 15 September 2016. Baru sehari borang pendaftaran ahli  diedarkan PPBM bahagian Rembau telah menerima pendaftaran sebanyak 2150 orang ahli .

Fenomena luarbiasa ini menunjukkan penolakan UMNO tidak lagi tertumpu di Bandar malah juga menyaksikan penolakan besar-besaran parti itu di kawasan luar bandar.

Menurut saudara Khaire Penaja Bahagian Rembau berkata beliau tidak menjangkakan penerimaan yang begitu tinggi terhadap parti bersatu hinggakan borang yang baru diedarkan laris seperti pisang goreng.


Sebanyak 8000 borang baru telah diedarkan di 8 bahagian di Rembau pada pukul 8.00 pm tadi. 

Pada orang ramai di Rembau yang ingin mendapatkan borang sila hubungi saudara Khairie di talian 016 2700 387






Wednesday 14 September 2016

Senarai Nama Serta No Tel Bimbit Para Ketua dan/atau Timbalan Ketua Pendaftar Keahlian Negeri-Negeri



Ketua-Ketua Pendaftar Keahlian Negeri-Negeri

Johor: Yacob Atan 0177216665
Kedah: Mejar Hj Anuar Abdul Hamid 013485 5304
Kelantan: Tuan Mat Bin Tuan Sulaiman 0107701048
Melaka: Mohd Redzuan Yusof 0193316953
Negeri Sembilan: Dato Mohamad Zin Mustapa 0192685668
Pahang: Wan Abdul Rahman bin Wan Abdul Jalil 0103408310
Perak: Azrul Suhadi bin Moktar 0195050019
Perlis: Hj Ameir Hj Hassan 0132910178
Pulau Pinang: Azahari bin Aris (Timbalan) 0164992580
Selangor: Datuk Abdul Rashid bin Asari 0127091017
Hasnizam Adham (Timbalan) 0193500675
Terengganu: Mastura Othman 0136647773
WP KL & Putrajaya: Noor Azam Salleh (Timbalan) 01128384869

Lee Chewee Hoe Ahli Seumur Hidup PPBM (Bersekutu)Yang Pertama




14 September 2016 ,Bukit Damansara. Hari paling bersejarah buat PPBM apabila telah menerima saudara Lee Chewee Hoe ,60 tahun dari Petaling Jaya  mendaftar sebagai ahli bersekutu BERSATU (Non Bumi) seumur hidup yang pertama.

Tidak dapat dinafikan ramai bukan bumiputra yang turut menyokong gerakan dan pendirian Tun Mahathir terutamanya Deklarasi Rakyat yang merentasi kaum. Ia benar-benar dari rakyat untuk rakyat.


Dalam perlembagaan PPBM bangsa lain yang bukan bumiputera boleh menjadi ahli bersekutu dalam parti baru yang didaftar oleh Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Mereka punya hak sama kecuali untuk bertanding mana-mana jawatankuasa. Namun boleh dilantik untuk menganggotai mana-mana jawatan.
Merujuk kepada saudara Lee Chewee Hoe , beliau cenderung mendaftar sebagai ahli seumur hidup PPBM kerana yakin dengan gerakan yang dibawa oleh Tun Mahathir itu adalah gerakan rakyat untuk rakyat .

Beliau juga berkata " sekiranya kita ikhlas untuk berjuang, tanpa sebarang jawatan politik pun kita boleh berjuang  " - Azman Americana










Tuesday 13 September 2016

2 juta pejuang dijangka sertai PPBM dalam masa terdekat



Jangkaan ini berpandukan kepada Deklarasi Rayat yang dilancarkan pada 4 Mac 2015 dan ditutup pada 13 Mei 2015 , dalam masa 2 bulan deklarasi Rakyat yang diterajui Tun Mahathir telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1.2 juta tandatangan.

1.5 juta ahli baru PPBM itu adalah dari jumlah ahli umno yang akan meninggalkan parti itu secara besar-besaran . 

Pada bulan - bulan berikutannya jumlah ahli PPBM akan bertambah secara berperingkat dan bakal mencecah jangka 2 juta ahli.

Jangkaan ini disokong oleh perkiraan kemasukan dari ahli PKR, PAS , golongan yang tak berparti dan pengundi yang baru berdaftar.










Monday 12 September 2016

Sasar Golongan Muda Untuk Ikut Bertempur


Jika PPBM dapat himpun banyak ahli daripada kalangan generasi muda dan juga mereka yang tidak berparti , PPBM akan mendapat impak yang besar.

PPBM harus mempunyai tokoh di setiap negeri dan daerah. Kalau hanya bergantung kepada Tun Mahathir dan TSMY matlamat tidak akan tercapai.

Ketokohan mereka berdua ini tidak mencukupi untuk orang ikut begitu sahaja tanpa penjelasan susulan dibuat.

Dalam waktu yang terbatas ini,semua penaja perlu mengerahkan segala tenaga dan keupayaan untuk turun ke seluruh negara memberi penerangan tentang perjuangan parti.



Sunday 11 September 2016

Mengenal Medan Pertempuran



Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir adalah untuk memperjuangkan hak - hak melayu dan pribumi.

Kenapa Tun mahathir tidak tubuhkan multiracial party? memang betul orang bandar tidak suka racialism party tetapi di luar bandar mereka perlu parti yang mempertahankan kedudukan dan hak-hak mereka.Selama ini tugas ini digalas oleh UMNO , sekarang UMNO tidak boleh diharapkan.

Kalau multiracial party , parti PKR dah ada, parti PKR hanya boleh menang di bandar jadi perlu ada parti untuk ambil alih peranan UMNO. 

Jadi medan pertempuran PPBM adalah di kawasan kampung - kampung yang majoritinya melayu dan pribumi 

Saturday 10 September 2016

Keluh Kesah Sang Pribumi


Keluh kesah sang pribumi seawal BICARA NEGARAWAN, si pribumi cuba memberi nafas perubahan kepada parti yang didakapnya berpuluhan tahun malangnya tidak diendahkan, parti yang dahulunya memperjuangkan hak hak pribumi telah dilacurkan oleh sang petualang yang menjual agama , bangsa dan negara demi kepentingan peribadi.

Pro Tun begitulah panggilannya kini mengorak langkah baru membina pentas , PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA  berinteraksi dengan kewajaran dan kewarasan dalam membina kembali harapan supaya kebenaran dapat ditegakkan di bumi bertuah ini.

Di pentas  kecil inilah si pribumi akan melaungkan suara-suara kebenaran.

Semoga suara-suara kebenaran ini menjadi penentu utama di PRU 14.