Sunday 30 October 2016

8 soalan Husni Dari Laporan PAC Itu Bukan Rahsia Kerajaan


Mana Kewajarannya speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata bekas menteri kabinet itu mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan kabinet ketika berucap di dalam Dewan.

Jika kita lihat 8 soalan yang diajukan itu 1,2,3,4 6 darinya adalah berkisar tentang laporan PAC dan isu 5,7, 8 darinya menyentuh isu semasa.

Laporan PAC setebal 106 mukasurat telah dibuka pada umum dan bukan satu kesalahan sekiranya DS Husni sebagai Ahli Parlimen Tambun bertanyakan soalan?  

Di bawah adalah  antara 8 soalan yang diajukan  












Thursday 13 October 2016

Dana 1MDB - Kleptocracy Di AS Kini Prosedur Jenayah Pula Di Switzerland


Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland hari ini memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank kerana gagal menghalang kesalahan berkaitan dengan penyelewengan dana 1MDB.

"Keputusan memulakan prosiding adalah berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh siasatan dalam kes 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan Finma dari awal Oktober 2016.

"OAG mengesyaki kekurangan seliaan dalam organisasi dalaman Falcon Private Bank.

"Adalah dipercayai akibat kekurangan ini, bank itu tidak dapat menghalang pelakuan kesalahan itu yang kini disiasat dalam prosiding jenayah yang berkaitan dengan 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

https://www.malaysiakini.com/news/358809.


Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat pada 20 Julai lalu telah mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB.

Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch menamakan empat individu iaitu anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz, ahli perniaaan rakyat Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low, bekas pengarah urusan IPIC, syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, Khadem al Qubaisi yang juga bekas pengerusi Aabar investments PJS dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny yang bertanggungjawab menjalankan urusan dengan 1MDB pada masa itu.


Di Amerika Syarikat DOJ telah memfailkan saman sivil bagi menyita aset individu terbabit yang mereka percaya ada kaitan dengan 1MDB bawah inisiatif pengambilan semula aset kleptocracy.

Kleptocracy Ia adalah satu inisiatif bertujuan menyita dan mengambil semula aset dalam negara itu yang disyaki mempunyai kaitan kepada negara asing dan mengembalikannya kepada negara asal.


Berlainan pula dengan siasatan dana 1mdb di Switzerland, Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland telahpun memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank kerana gagal menghalang kesalahan berkaitan dengan penyelewengan dana 1MDB.

Kleptocracy di Amerika Syarikat memperlihatkan tiada sebarang tangkapan dibuat cuma harta individu-individu yang dinamakan disita tetapi jika tindakan prosedur jenayah di Switzerland pasti akan ada pendakwaan dan penangkapan dibuat.

Dalam prosedur jenayah sudah pasti identiti yang dikaitan dengan pesalahlaku tidak lagi disebut sebagai MO1 tetapi mungkin nama penuh akan ditonjolkan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Adalah tidak wajar bagi Najib memberi layanan istimewa kepada anak tirinya itu sedangkan beliau sendiri sedang berdepan dengan tindakan saman sivil di Amerika Syarikat.









Monday 10 October 2016

PKR Taja Kaunter Pendaftaran PPBM Di Parlimen Wangsa Maju


Pagi tadi sempena program walkabout anjuran YB PKR Dato' Dr Tan Kee Wong di tapak Pasar Tani Melati telah menempa sejarah baru apabila ahli parlimen PKR itu telah bermurah hati menaja kuanter pendaftaran ahli untuk PPBM.

Beliau berkata PKR akan menyokong usaha-usaha PPBM dalam untuk membina kemuafakatan pembangkang di Parlimen Wangsa Maju. 

Pengerak pendaftaran keahlian PPBM Ir Ahmad Tamby Khadir berkata perjumpaannya dengan YB Dato' Dr Tan Kee Wong sebelum ini adalah untuk menjalinkan ikatan kemuafakatan antara pembangkang dan tidak menjangkakan YB PKR itu mahu menaja kuanter pendaftaran untuk PPBM.

Dilihat dari sudut politiknya, PKR tidak menghalang kemasukan ahli ke dalam PPBM walaupun PKR sudah bertapak lama di situ. Mungkin disebab mereka yakin akan kewujudan PPBM di kawasan Wangsa Maju adalah sebagai rakan politik.

Pada PRU 14 akan datang, PPBM akan menyokong Ahli Parlimen itu untuk mempertahankan kerusi Parlimen Wangsa Maju dalam timbal balik sokongannya, PKR akan menyokong calon PPBM di kawasan lain yang ditandingi oleh PPBM.

Kuanter Pendaftaran Ahli PPBM itu dibuka setiap pagi Ahad di tapak Pasar Tani Melati  menyenangkan  orang ramai untuk mendaftar keahlian.

Sunday 9 October 2016

PKR PPBM PAS Sepakat Tumbangkan BN Di Parlimen Batu


Program membantah persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dianjurkan oleh YB Tian Chua di Kampung Padang baru-baru ini telah memperlihatkan sudah ada persepakatan terbentuk antara pakatan pembangkang untuk menumbangkan BN pada PRU 14.

Dalam program itu YB Tian Chua selaku ahli parlimen Batu telah memberi laluan untuk wakil dari PAS dan PPBM berucap di pentas yang sama untuk membantah pensempadanan semula kawasan pilihanraya yang dicadangkan oleh SPR baru-baru ini.


Saudara  Noor Azam Salleh yang dulunya pengerak Umno sebelum menyertai PPBM kelihatan tidak kekok untuk bersama-sama wakil PKR dan PAS yang dahulunya dianggap musuh politik. 


Manakala kehadiran YDP PAS Ustad Azhar Yahya dalam majlis itu telah membuktikan kesediaan PAS  bergabung dengan pembangkang menumbangkan BN pada PRU 14 bukan omongan kosong semata-mata.




Dalam majlis itu juga Fahmi Fadzil pengarah komunikasi PKR menjelaskan perbincangan kemuafakatan pembangkang akan diadakan dari masa ke semasa untuk bersama-sama membentuk benteng jitu dalam kempen PRU 14 akan datang.











Friday 7 October 2016

Jika Nazri Hebat Kenapa BN Gagal Dalam Krisis Idris - Istana 2008?


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau lebih layak untuk bercakap mengenai perlembagaan negara berbanding bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan seorang doktor.

Nazri yang merupakan seorang peguam menepis desakan Mahathir bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat perdana menteri.

"Beliau bukan peguam, seorang doktor. Saya peguam, saya tahulah," Nazri dipetik sebagai berkata oleh KiniTV.

Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur, Nazri berkata, satu-satunya cara untuk Datuk Seri Najib Razak disingkirkan daripada kerusi perdana menteri ialah apabila beliau hilang sokongan majoriti ahli parlimen di Dewan Rakyat.

"Selagi seseorang individu itu menikmati sokongan majoriti ahli-ahli parlimen, selagi itulah beliau akan menjadi perdana menteri.


"Sehingga hari ini, (Datuk Seri) Najib masih lagi menikmati sokongan itu. Tiada cara lain melainkan Najib hilang kepercayaan majoriti ahli-ahli parlimen, maka orang baru yang dapat daripada ahli parlimen lain akan dicadangkan untuk menjadi perdana menteri dan akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

https://www.malaysiakini.com/news/358138

Sementara itu Tun Mahathir menegaskan bahawa dalam perlembagaan termaktub satu perenggan khas mengenai kuasa Agong dalam melantik dan memecat Perdana menteri. 


http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/10/kuasa-agong-melantik-pm-termasuk-kuasa.html.

Melihat kepada krisis Idris-Istana pada 2008, sekiranya Nazri Aziz seorang peguam yang lebih paham dari Tun Mahathir pastinya dia berjaya menghalang Sultan Mirzan dari melantik Ahmad Said menjadi Menteri Besar.

Jika kita imbas kembali kronologi krisis Idris - Istana, kuasa Sultan telah menjangkaui kuasa Perdana Menteri dan Peguam Negara.

Sila lihat
Kronologi krisis 19 hari Idris-Istana
http://www.malaysiakini.com/news/80510

Thursday 6 October 2016

Krisis Idris - Istana 2008 Kuasa Raja Melantik Dan Melucutkan Bukan Perkara Baru






Baru-baru ini Tun Mahathir meminta seluruh rakyat yang perihatin dengan nasib negara agar bersama-sama mendesak Majlis Raja2 yang akan bersidang pada 11 Oktober ini, supaya membincangkan dan seterusnya bertindak selaras dengan aduan rakyat @ Deklarasi Rakyat.

Tun Mahathir ada menyebut bahawa dalam Perlembagaan termaktub satu perenggan khas mengenai kuasa Agong dalam MELANTIK dan MEMECAT Perdana Menteri.

http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/10/kuasa-agong-melantik-pm-termasuk-kuasa.html.

Penggunaan artikel 29 seperti mana terkandung dalam perlembagaan ternyata bukanlah perkara baru malah kuasa Raja dalam melantik dan memecat pemimpin ini telah digunapakai oleh Sultan dalam krisis Idrus-Istana pada tahun 2008.


Kronologi Krisis Idris - Istana 2008

Bermula dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas pilihanraya umum 8 Mac, krisis pelantikan menteri besar Terengganu berakhir di meja mesyuarat Majlis Tertinggi Umno .


Tarikh penting krisis menteri besar Terengganu

9 Mac - Menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, yang cuba menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, gagal menemui baginda sehingga tengah malam.

Beliau ingin menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menyerahkan senarai ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri selepas BN kembali memerintah negeri itu - menguasai 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

10 Mac - Majlis angkat sumpah menteri besar (Idris) di Istana Maziah, Kuala Terengganu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

11 Mac - Idris, wakil Jertih dan juga pengerusi BN negeri, kelihatan sugul, dan kemudian tegang apabila media bertanya persoalan beliau tidak mendapat perkenan istana sebagai menteri besar bagi penggal kedua.

12 Mac - Nama Datuk Ahmad Said, wakil rakyat Ajil, antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris.

Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid, wakil Ajil, dan Datuk Mohamad Awang Tera, wakil Chukai, turut dinamakan.

Mohamad menafikannya kepada Malaysiakini dan menyebut beliau dan wakil-wakil BN akan berdiri di belakang Idris.

14 Mac - Idris mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan semua wakil BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang dijadual diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

15 Mac - Pertemuan wakil-wakil BN dengan MPPR dibatalkan dua jam sebelum dijadual berlangsung 11 pagi.

Seramai 20 wakil BN bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan menteri besar Terengganu, selain menyatakan sokongan mereka kepada Idris.

Istana Terengganu dilaporkan menafikan pembabitannya dengan isu pelantikan jawatan itu.

18 Mac - Idris menyeru penduduk Terengganu bertenang sewaktu negeri itu ketiadaan menteri besar dan berkata beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut dari pihak istana.

19 Mac - Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar.

Menurut perlembagaan, kata beliau, Baginda dilarang menjalankan peranan sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam.

Tan Sri Abdul Gani Patail menambah, dengan itu Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon baginda sendiri bagi jawatan tersebut dan menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan sepenuhnya pada MPPR.

20 Mac - Polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang kira-kira 1.45 pagi mengenai pelantikan menteri besar di Jalan Sultan Mahmud, sebatang jalan utama di Kuala Terengganu.

21 Mac - Empat lelaki tersebut, yang disiasat antaranya menurut Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dibebaskan.

Polis memberi amaran kepada penyebar SMS, yang dilaporkan semakin meluas sejak beberapa hari lepas, tentang isu pelantikan menteri besar.

22 Mac - Pejabat Sultan Terengganu mengumumkan pelantikan Ahmad sebagai menteri besar dan majlis angkat sumpah dijadual pagi esoknya.

Seramai 22 wakil BN, yang diketuai Rosol, mengisytiharkan untuk memulau majlis tersebut.

Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu (yang tidak dinamakan) kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.

Setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan tersebut atau sedia menerima tindakan disiplin.

23 Mac - Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada MPPR.

Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR.

Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad.

Idris bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya pada sebelah pagi.

Perdana Menteri menyifatkan pelantikan Ahmad "tidak mengikut perlembagaan" kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN.

Pada sebelah malam ini di Kuala Lumpur, semua 23 wakil BN terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik MB.

Rosol, di sidang media itu, menafikan kenyataan timbalan ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua ketua bahagian menolak Idris.

Hanya bahagian-bahagian Hulu Terengganu (diketuai Tengku Putera), Marang, Dungun dan Kemaman (diketuai Ahmad) menolak Idris (ketua bahagian Besut); manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menyokongnya.

Peguam Negara menasihatkan Pemangku Raja Terengganu dan MPPR agar melantik seseorang yang mendapat dukungan majoriti wakil rakyat seperti termaktub peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau memohon menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang juga Sultan Terengganu, untuk menjelaskan fakta-fakta dalam isu tersebut.

24 Mac - Ahmad disambut meriah di kawasannya Kemaman, diarak dengan konvoi kenderaan sejauh 10 kilometer dari sempadan Pahang ke rumahnya di Teluk Kalong petang ini.

Ahmad bertegas akan ke pejabat menteri besar untuk memulakan tugas di Wisma Darul Iman esok.

Sebelah tengah hari, Ahmad menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

PAS menyatakan sokongan kepada pelantikan Ahmad seperti telah diperkenan oleh MPPR.

PKR membuat aduan polis di Kuala Terengganu, mendakwa perdana menteri, timbalan perdana menteri serta 23 wakil rakyat BN "bersikap biadap dan menderhaka" kepada Sultan Terengganu.

25 Mac - Ahmad tiba di Wisma Darul Iman sebelum jam 8 pagi, solat hajat dan masuk ke pejabat lamanya sewaktu menjadi exco penggal lalu.

Idris melahirkan kesediaan memohon keampunan daripada Sultan Terengganu atas segala kesilapan yang telah menimbulkan kemurkaan baginda.

Pemuda PAS menggesa polis menyiasat kain rentang "Kami nak Idris, natang" yang didakwanya menghina institusi raja.

Pemuda PAS Terengganu membuat laporan polis berhubung kain rentang itu dan kenyataan beberapa pemimpin Umno negeri dalam Berita Minggu dua hari sebelumnya.

26 Mac - Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong, antaranya membincangkan krisis pelantikan menteri besar Terengganu.

Idris bertemu Abdullah di pejabatnya di Putrajaya selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Butiran kedua-dua pertemuan ini tidak didedahkan kepada umum. Ahmad diura-urakan kekal sebagai menteri besar dan usaha Idris menuju jalan buntu.

Rosol, bagi pihak kumpulan 22 wakil rakyat yang menyokong Idris, menggesa Abdullah agar "bersikap tegas" melantik bekas menteri besar itu.

Sekumpulan penduduk negeri itu membuat aduan polis berhubung kain rentang "Kami nak Idris, natang"

27 Mac - Majlis Tertinggi (MT) Umno sepenuhnya menyokong Ahmad, calon lantikan istana.

http://www.malaysiakini.com/news/80510



Tuesday 4 October 2016

Pukulan TKO Buat UMNO Jika Adenan Satem Terima Ajakan Tun Mahathir



Merujuk kepada perkembangan terbaru ,Pas telah pun menyatakan kesediaannya untuk bersama Bersatu dan PKR membentuk gabungan untuk menumbangkan BN sekali gus memastikan berlakunya peralihan kuasa politik pada pilihan raya akan datang.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-sedia-bincang-dengan-bersatu-pkr-1.568543.

Pengabungan ini sudah tentu mengubah lanskap dan hala tuju kepada politik tanah air apabila formula satu lawan satu akan memberi peluang cerah kepada pembangkang untuk mengalahkan BN adalah cerah.


Berita pengabungan ini sudah tentu akan membuka mata parti Pesaka Bumiputra Bersatu di bawah pimpinan Tan Sri Adenan Satem, sebagai parti kompenan terbesar BN untuk melakukan perubahan.


Jika BN kalah, Kerajaan pusat akan dikuasai oleh pihak pembangkang maka segala agihan peruntukan sudah semestinya bukan lagi dibawah kuasa BN lagi.

Adakah berita kerjasama PAS dalam pembangkang akan mempengaruhi Adenan Satem selaku presiden Pesaka Bumiputra Bersatu menerima ajakan Tun Mahathir untuk menyertai blok pembangkang?

Sekiranya Adenan Satem bersetuju sudah tentu ianya adalah satu pukulan TKO buat Umno.








Annuar Musa Boleh Sertai PPBM Jika Mahu Jadi Perdana Menteri



Annuar Musa, Ketua penerangan Umno,Tan Sri Annuar Musa berkata Umno mengalu-alukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai parti itu semula jika jika bekas menteri besar Kedah itu benar-benar bercita-cita menjadi perdana menteri.

Bercakap di sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur Annuar berkata tindakan sesetengah pemimpin meninggalkan Umno bukan sesuatu yang baru.


Sebelum ini pun kata Annuar ada pemimpin yang meninggalkan Umno itu kembali kepada parti berkenaan, seperti dilakukan Tengku Razaleigh Hamzah.


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31888


Mengulas kepada kenyataan yang dibuat oleh Annuar Musa itu, penulis menyifatkannya seperti sindiran tajam , peristiwa Tengku Razaleigh Hamzah meninggalkan UMNO itu adalah atas keputusannya untuk keluar dari Umno manakala Mukhriz Mahathir pula dipecat dari Umno.


Mukhriz 51 dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO ( MT ) pada 24 Jun 2016 yang lepas atas sebab pelanggaran disiplin manakala Tengku Razaleigh Hazmah meninggalkan UMNO membentuk Semangat 46 setelah tidak berpuas hati dengan Kem Tun  Mahathir pada 1987.


Mempelawa Mukhriz setelah memecat beliau  seperti sindiran tajam yang kononnya Mukhriz bercita-cita mahu menjadi perdana menteri sedangkan tujuan sebenar Mukhriz mengkritik kepimpinan tertinggi Umno kerana gagal dalam menangani isu semasa terutama isu 1mdb.


Mukhriz yang kini  naib presiden  PPBM sedang giat mencari keahlian baru semakin mendapat tempat dihati rakyat kerana prinsip perjuangannya sealiran dengan kehendak semasa rakyat. 


PPBM mengalu alukan kemasukan ahli terbuka kepada sesiapa sahaja. Sebagai parti baru PPBM membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang dilihat berkaliber untuk dijadikan pemimpin. Untuk karier politik yang lebih stabil ada baiknya Annuar Musa memikirkan untuk menyertai parti ini tanpa was-was , mungkin pihak PPBM akan melantik beliau sebagai wakil pendaftar PPBM di Ketereh jika beliau mahu berjuang bersama PPBM. 


Mungkin juga Annuar Musa boleh memikirkan karier sebagai perdana menteri kelak sekiranya beliau boleh menyumbang kepada kemenangan parti pada PRU 14 nanti.

   












Sunday 2 October 2016

Sertai PPBM - Adalah Roh Umno Tulen Versi Dato' Seri Zaienal





Penulis tertarik dengan status facebook Dato ' Seri Zaienal seorang ahli perniagaan berkaitan prinsip perjuangan yang dipegangnya selama 40 tahun di dalam UMNO. 

Tidak ramai yang tahu tentang roh perjuangan UMNO tulen yang diamal oleh beliau dan sebahagian besar ahli UMNO ini  adalah  punca sebenar kejayaan UMNO kekal memerintah selama ini.




Mengulas tentang status facebooknya ,sepanjang pengibatan beliau sebagai ahli selama 40 tahun, beliau yang tidak pernah berniat  merebut apa-apa jawatan dan tiada apa - apa kepentingan dalam UMNO. Beliau menyokong dari belakang pemimpin atau atau calon yang difikirkan layak menerajui UMNO dan negara.

Beliau sejak akhir-akhir ini kerap mengkritik kepimpinan Najib Razak selaku presiden UMNO dan perdana menteri Malaysia. Kritikan lantang yang disuarakan oleh beliau sering mendapat pujian dari pengikut facebooknya yang berjumlah hampir 44 ribu orang.

Semasa Tun Mahathir memegang jawatan  perdana menteri ,saya difahamkan beliau juga kerap mengkritik dasar- dasar kerajaan yang difikirkannya ada kekurangannya.  

Roh UMNO tulen yang beliau pegang ini tidak lagi dipraktikkan sejak Najib Razak menjadi presiden UMNO. Budaya Cash is King yang diserap ke dalam UMNO menyebabkan suara kritikan terhadap pemimpin kanan UMNO dilihat tidak lagi berlaku, mereka yang mengambil habuan akan mendiam diri tak berani bersuara bimbang habuan akan ditarik balik.

Mengulas kepada ayat terakhirnya iaitu

 " kalau beruk tak mahu turun pokok, kalau terpaksa, kita tebang pokok itu.".

Menunjukkan ketegasan beliau untuk meninggalkan UMNO apabila UMNO tidak lagi mahu membuat perubahan pada parti dan menyertai parti PPBM sebagai  kesinambungan alternatif perjuangan UMNO terdahulu.

Menyertai PPBM dan mengekalkan prinsip perjuangan UMNO terdahulu sebelum kepimpinan Najib Razak merupakan kelansungan prinsip perjuangan yang murni.