Wednesday, 30 November 2016

9 Pegawai Polis Myanmar Terbunuh Antara Sempadan Myanmar Bangladesh




Aljazeera melapurkan,sembilan pegawai polis Myanmar telah terbunuh dalam serangan yang diselaraskan oleh sekumpulan lelaki bersenjata pada  di Rakhine sepanjang sempadan Myanmar dengan Bangladesh, pihak berkuasa berkata, mencetuskan operasi ketenteraan yang telah membunuh sekurang-kurangnya lapan orang.

Serangan melanda tiga post sempadan sebelum subuh pada hari Isnin berhampiran Maungdaw, di negeri barat Rakhine, menggelegak dengan ketegangan antara penganut Buddha dan Rohingya Islam, yang terpaksa hidup dalam keadaan yang mengerikan.

"Secara keseluruhan sembilan polis terbunuh, empat yang lain cedera dan ada yang masih hilang," Tin Maung Swe, seorang pegawai kanan dalam kerajaan negeri Rakhine, memberitahu agensi berita AFP.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab bagi serangan, tetapi Tin Maung Swe menyalahkan kumpulan "pemberontak" yang dikenali sebagai Rohingya Perpaduan Pertubuhan (RSO)

Tuesday, 29 November 2016

Ringgit Malaysia Merudum Selepas Najib Tarik 114 Billion Pelaburan Dari China Jadi Satu Tanda Tanya?


3 November 2016 lepas , Nazri Aziz kata Tun Dr Mahathir Mohamad cemburu terhadap kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik pelaburan besar berjumlah RM144 bilion dari China, kata Menteri Pelancongan dan kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata kesanggupan China, selaku ekonomi kedua terbesar dunia, membuat pelaburan sebegitu besar ke negara ini menunjukkan keyakinan China serta dunia terhadap kestabilan negara di bawah tadbir urus dan pimpinan Najib.


http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1298795

Penulis ingin mengulas sedikit sebanyak tentang apa yang dikatakan oleh Nazri Aziz tentang kejayaan tarik pelaburan ikut pemahaman penulis dalam bidang ekonomi dan Matawang.

Hari ini 29 November 2016 ringgit jatuh kepada RM 4.46 per 1 USD
http://www.bnm.gov.my/?tpl=exchangerates.

Pada 3 November sehari selepas MoU 144 bilion ditandatangani oleh Najib ialah RM 4.12 per 1 USD.

http://www.exchangerates.org.uk/USD-MYR-exchange-rate-history.html.

Ringgit Malaysia jatuh berbanding USD dari RM 4.12 kepada RM 4.46 iaitu penurunan  0.34 sen selepas hampir sebulan dari tarikh tandatangan Mou itu.

Berpandukan kepada pengalaman pemain-pemain matawang "Forex" di dalam negara , penulis ada bertanyakan tentang apa impak sesuatu persefahaman antara MoU G To G kepada nilai matawang?

Mereka menjawab -

"impaknya amat besar, nilai matawang akan terkesan bila ada sesuatu event atau pesefahaman MoU antara Government To Government." dimetrai

Tambah beliau , "sebelum berurus niaga matawang contohnya USD , pada siang harinya saya akan menghabiskan masa berjam-jam mencari berita , event , dasar-dasar semasa kerajaan atau ucapan-ucapan presiden Obama yang boleh mempengaruhi nilai matawang USD dan pada malamnya baru lah saya boleh berniaga bergantung kepada petunjuk- petunjuk ini.

Jadi kesimpulannya apakah kebaikan atau kejayaan tarik pelaburan 114 billion yang diperkatakan oleh Nazri Aziz itu? . Adakah 114 billion yang dikatakan pelaburan itu sebenarnya adalah satu pinjaman?.

Kenapa berita pelaburan 144 billion itu tidak mempengaruhi kenaikan nilai matawang Ringgit? sebaliknya Ringgit Malaysia jatuh merudum?





Monday, 28 November 2016

Projek Ikan Sturgeon Rugi : Ketua Audit Negara Kata Tanpa Kelulusan Menteri Kewangan Tapi Najib Hadir Majlis MOU


Baru - baru ini laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh FELDA dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

FELDA Caviartive Sdn Bhd membelanjakan RM47.62 juta, tetapi pulangan termasuk penternakan ikan sturgeon dan pemindahan teknologi masih belum dicapai, disebabkan oleh penggantungan projek.

"Tiada kelulusan daripada menteri berkaitan dan menteri kewangan bagi penubuhan empat subsidiari dan syarikat-syarikat sub-subsidiari bagi pelaksanaan projek penternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan pastri Schneeballen," kata Ketua Audit Negara.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/felda-rugi-berjuta-akibat-perancangan-dan-pelaksanaan-lemah-123328

Yang menimbulkan persoalan kepada penulis ialah kenapa Ketua Audit Negara kata tiada kelulusan dari menteri kewangan sedangkan Najib dilihat ada ketika majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) yang bakal menyaksikan pembangunan ladang ternakan ikan sturgeon bernilai RM120 juta di Pahang pada tahun 2013.

Pertukaran MoU usaha sama antara Felda dengan syarikat Korea Selatan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dengan Pengerusi MMC Hassed Co. Ltd., Kim Jin Ho di Bangunan Perdana Putra

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130717/dn_06/Kompleks-ternakan-ikan-sturgeon-RM120-juta-di-Pahang



Malah DS Najib berkata pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun 2013, beliau bercakap dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, yang secara berseloroh berkata bahawa pengeluaran ikan-pembiakan dan telur ikan sturgeon Malaysia boleh memecahkan monopoli Rusia di pasaran untuk makanan istimewa itu.

"Presiden Putin berjenaka bahawa Malaysia boleh memecahkan dominasi Rusia dalam industri selepas semua tahun-tahun ini.

"Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar utama makanan istimewa ini mewah untuk pasaran antarabangsa. Kita boleh mencontohi Rusia seperti yang kita mempunyai keupayaan. 

"Peneroka Felda boleh bela Sturgeon dan menghasilkan telur ikan dan menjana pendapatan yang menguntungkan," kata DS Najib. 

Saturday, 26 November 2016

Kabinet Harus Belajar Erti Kemanusiaan Dari Peristiwa Boikot Olimpik Moscow 1980



PUTRAJAYA: Kabinet semalam memutuskan skuad Harimau Malaysia perlu meneruskan saingan dalam kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar, kata menteri belia dan sukan.

Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan akan mencari kaedah lain untuk menentang kezaliman ke atas etnik Rohingya di Myanmar, tetapi ia tidak akan melibatkan sebarang acara sukan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/25/kabinet-putuskan-malaysia-tidak-tarik-diri-piala-aff/

Keputusan tidak menarik diri dari kejohanan ini adalah tidak tepat dan  menunjukan kepada dunia  Malaysia  mengambil sikap sambil lewa terhadap isu kemanusian di Myanmar

Memboikot acara Sukan untuk menzahirkan protes terhadap konflik kemanusiaan sejagat bukanlah perkara baru malah kita telah pernah melakukannya sebelum ini.

Seperti sedia maklum , pasukan bolasepak kita pernah menempah satu tiket  dari 3 tiket Asia ke Olimpik Moscow 1980 tetapi memboikot kejohanan tersebut kerana membantah serangan Russia terhadap Aghanistan.

Jika nak dibandingkan dengan AFF Suzuki kejohanan Olimpik 1980 di Moscow lebih berprestej tetapi kabinet yang dipimpin oleh Tun Hussein Onn dan timbalannya Tun Mahathir mampu menyatakan protes terhadap kezaliman melalui boikot acara sukan itu. 

Berikutan tidak menarik diri dari kejohanan AFF Suzuki ini mengambarkan kabinet yang dipimpin oleh Najib Razak tidak memperlihatkan tujuan asal bahawa sukan itu  membawa motif  perpaduan dan keamanan sejagat . 






Friday, 25 November 2016

Tun Mahathir Sebak Ketika Ucap Takziah Kepada Keluarga Din Turtle



Kehilangan Blogger terkenal Allahyarham Shaifuddin Mahmud yang dikenali sebagai Din Turtle amat dirasai dikalangan penggiat blog di Malaysia . Ketika temuramah antara pengerak media PPBM  bersama Tun Mahathir 23 November lalu, Tun dengan nada yang sebak telah sempat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menasihati mereka supaya banyak bersabar.




"Saya berasa amat sedih terhadap kematian Din Turtle dan saya harap keluarganya akan bersabar" katanya ketika sesi temuramah bersama kumpulan pengerak media sosial PPBM semalam.

Beliau 50 tahun meninggalkan seorang balu dan lima orang anak, 2 orang darinya sudah bekerja , seorang lagi masih menuntut di UITM Bukit Besi dan yang bongsu masih menuntut ditingkatan 3.

Blogger terkenal yang aktif menulis sejak 2008 mengenai politik semasa Shaifuddin Mahmud atau lebih dikenali sebagai Din Turtle, meninggal dunia di rumahnya di Kuala Terengganu pada kira-kira jam 6.00 petang (Ahad).

Tulisan dan video yang dimuat naik oleh Shaifuddin Mahmud atau Din Turtle banyak dipetik oleh portal Malaysiakini dan The Malaysian Insider serta turut disiarkan oleh  akhbar - akhbar tempatan.
http://dinturtleoriginal.blogspot.my/

Pada asalnya penulisan Allahyarham adalah  pro kepada UMNO kemudian beralih kepada pro Tun mengkritik kepimpinan Najib seawal Bicara Negarawan yang pertama. Beliau seorang yang amat berpegang kepada prinsip dan etika kewartawanan ketika menulis . 

Pernah penulis bertanyakan tentang prinsip perjuangannya beliau berkata.

" Prinsip perjuangan itu tidak berubah ianya tetap sama iaitu menegakkan kebenaran, contohnya dulu saya sokong UMNO tetapi bila ada maklumat baru masuk yang menunjukkan Najib pencuri,saya hentam Najib".

" Prinsip depa ( blogger pro Najib ) yang berubah dari menyokong kebenaran kepada menyokong kebatilan.


Akibat beralih arah tidak lagi menyokong UMNO, Allahyarham sebagai blogger sepenuh masa telah kehilangan sumber pendapatan tetapi masih bergerak secara sukarelawan dengan bantuan sedikit kewangan rakan-rakan menulis blog mengkritik kepimpinan Najib.



Beliau pernah ditawarkan RM3,000.00 ke RM5,000.00 sebulan hanya untuk berhenti menulis lagi.

Dengan ikhlas beliau mengaku menerima RM3,000.00 untuk sebulan, tetapi beliau menyesal dan tidak mahu menerima lagi walaupun bayarannya hendak ditambah.



Sepanjang penulis mengenali Allahyarham, beliau tidak suka bergambar dan agak merendah diri.- Al fatihah







Tun Mahathir : Myanmar Perlu Didakwa Dan Dilucutkan Keahliannya Dari Asean


Semalam 23 November 2016,  satu sesi temuramah khas bersama Tun Mahathir Muhamad  di pejabatnya telah diadakan bagi memanjangkan hasrat dan idea Allahyarham Shaifuddin Mahmud yang dikenali sebagai Din Turtle yang meninggal dunia sehari sebelum sempat menemuramah Tun Mahathir.


Sesi temuramah ini adalah datang dari idea  arwah dan dirancang bersama oleh kumpulan pengerak media sosial PPBM yang diketuai oleh saudara Yaakob Osman.

Dalam sesi temuramah ini saudara Yaakob Osman dan saudara Adam Mukhriz telah menjadi wakil pengerak media sosial PPPM menanyakan beberapa soalan kepada Tun mahathir.

Dalam sesi ini penulis ingin mengupas sedikit sebanyak tentang satu isu yang diajukan iaitu berkenaan dengan konflik kemanusiaan di Myanmar.


Soalan Yaakob Osman kepada Tun Mahathir

"Berkenaan Genocide di Myanmar , kalau Tun masih lagi sebagai perdana menteri apakah yang akan Tun lakukan?"

Jawapan dari Tun Mahathir 

"Selain daripada memberi amaran, kita mungkin terpaksa memutuskan hubungan diplomasi dengan sebuah negara dengan sebuah negara yang terang-terang begitu zalim sekali terhadap rakyat mereka."

"Kita juga mempunyai rakyat yang datang dari negara lain seperti China , India , Pakistan tetapi kalau mereka sudah jadi rakyat kita, bermastautin di negara kita, kita anggap mereka sebagai rakyat, sebagai warganegara dan kita juga tidak menindas mereka sebaliknya mereka kadang-kadang kita dapati lebih bernasib lebih baik dari bumiputra"

Mengulas kepada isu Genocide di Myanmar ini penulis mengambarkan Tun Mahathir seorang tegas dan prihatin tentang konflik yang berlaku dan Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia sekarang wajar mengambil cadangan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir supaya lebih bertegas menangani isu kemanusian ini.

Di samping itu Tun Mahathir juga telah memberi gambaran tentang layanan kerajaan Malaysia selama ini terhadap warga asing yang telah menetap dan bermastautin di Malaysia amat baik , diberi kewarganegaraan dan dilayan dengan baik berbanding dengan keadaan yang berlaku di Myanmar. 
  
Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata Myanmar patut keluar daripada ASEAN sekiranya negara itu terus menerus bertindak kejam terhadap pelarian Rohingya yang disifatkannya melanggar hak asasi manusia.

Beliau  berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN hanya dapat memberi bantuan setakat yang mampu tetapi masyarakat antarabangsa perlu turut sama memikul beban secara bersama dalam hal ini dengan menghulurkan bantuan sewajarnya.

 "Sekiranya semua negara ASEAN bersepakat, kata putus mampu dicapai untuk menangani isu ini," katanya.

Beliau berkata sewaktu persidangan antarabangsa yang membincangkan tentang krisis Rohingya di Kuala Lumpur pada Jun 2015 yang lalu bahawa Myanmar perlu didakwa di bawah undang-undang antarabangsa dan dilucutkan keahliannya dari blok Asia Tenggara kerana membiarkan ‘pembunuhan beramai-ramai’ berlaku ke atas golongan Muslim.

“Sebelum ini, saya yang memainkan peranan penting dalam memujuk negara-negara ASEAN yang lain bagi menerima Myanmar sebagai ahli (ASEAN), termasuk membantu semua rawatan sakit terhadap Aung San Su Kyi (suatu ketika dahulu),” kata beliau, merujuk kepada ketua pembangkang terkenal Myanmar.

“Tetapi kini mereka [Myanmar] sudah berubah,” tambah Tun.

“Saya juga telah menulis surat kepada Su Kyi mengenai nasib Rohingya dan meminta beliau campur tangan untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi tiada jawapan.”

Sejak 2012, Rohingya – yang PBB anggap etnik minoriti paling dianiaya di dunia – telah keluar menyelamatkan diri dari Myanmar secara beramai-ramai. Mereka menjadi pelarian dalam ketakutan kesan dari keganasan yang dilakukan oleh ekstrimis Buddha di mana ada sesetengah kumpulan bukan kerajaan (NGO) menganggap tindakan keganasan tersebut ‘ditaja’ kerajaan.

Myanmar berada di bawah tekanan bagi membantu membendung kebanjiran pelarian asing yang cuba untuk mendarat di pantai-pantai seluruh Asia Tenggara. Negara itu tidak mengiktiraf Rohingya, yang lebih suka merujuk mereka sebagai Bengali, yang menunjukkan mereka adalah dari negara jiran Bangladesh, bukan dari Myanmar.

http://focuss.my/tun-mahathir-malaysia-perlu-lebih-tegas-terhadap-myanmar-selaku-pengerusi-asean/

Wednesday, 23 November 2016

Felda Rugi - Isa Samad Sebagai Pengerusi Harus Letak Jawatan



KUALA LUMPUR: Menurut Lapuran Audit Negara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur lebar serta 3 projek lain.

Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Antaranya, 65 kontrak bagi pemerolehan perkhidmatan LiDAR bernilai RM148.42 juta ditandatangani pengarah Jabatan Pengurusan Tanah yang tidak mempunyai kuasa, katanya dalam laporan itu yang dikeluarkan hari ini.


Felda juga diminta mengambil tindakan disiplin atau surcaj terhadap pegawai yang bertanggungjawab bagi apa-apa tindakan yang melanggar peraturan dan undang-undang.



Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata isu yang dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara siri dua sebelum ini telahpun diambil tindakan pihaknya.

Menurutnya, diantara perkara yang dibangkitkan itu di dalam pengetahuan Felda juga telah mengambil tindakan dengan menghentikan operasinya dan individu yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib.

“Langkah-langkah pembetulan sedang dilaksanakan. Terdapat perlaksanaan dan perjalanan operasi syarikat subsidiari yang tidak dilaporkan serta tidak mendapat kelulusan pengarah syarikat serta Ahli Lembaga Felda.

"Ini menyebabkan berlakunya ketidakpatuhan dan pelanggaran tataurus syarikat dan peraturan-peraturan Felda,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, Felda dilaporkan mengalamai kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur lebar serta tiga projek lain.

Dalam laporan itu, turut menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Katanya lagi, Lembaga Felda dan juga lembaga pengarah subsidiari tersebut merupakan dua entiti yang berbeza.

“Lembaga Felda ialah pihak yang mengawal seluruh Felda dan dipengerusikan oleh saya sendiri.

“Syarikat subsidiari pula menjalankan perniagaan dan dianggotai dan dipengerusikan individu yang berbeza,” tambahnya.

Jelasnya lagi, hanya tiga projek yang terlibat berdasakan laporan audit tersebut iaitu Pengurusan Projek Lidar, Pengurusan Projek Jalur Lebar dan Pengurusan Projek Syarikat Subsidiari Felda.

“Felda juga telah melantik juru audit luar untuk melaksanakan kajian ‘position view’ ke atas ketiga-tiga projek tersebut.

“Susulan itu, Lembaga Felda telah meluluskan perlantikan firma guaman untuk melaksanakan ‘legal review’

“Justeru, penemuan ‘positon review’ serta ‘legal review ‘ ini akan dibentangkan ke Lembaga Felda untuk diambil tindakan sewajarnya,” katanya lagi.

Beliau juga turut melantik ahli lembaga pengarah yang baru di syarikat subsidiari yang terlibat menggantikan orang terdahulu dalam meneruskan hala tuju dan kesinambungan syarikat tersebut.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa Felda sentiasa berpegang kepada tadbir urus yang baik dan mana-mana individu yang terlibat dalam salah laku (sekiranya ada) akan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.


Sebagai Pengerusi Felda Isa Samad perlu memikul tanggungjawab keatas kerugian ini dan bukan hanya mengambil tindakan ke atas individu-individu yang terlibat.

Menurut Ketua Audit Negara

“Tiada kelulusan daripada menteri berkaitan dan menteri kewangan bagi penubuhan 4 subsidiari dan syarikat sub-subsidiari bagi pelaksanaan projek penternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan pastri Schneeballen,” katanya.

Kenapa sebelum penubuhan 4 subsidari ini tidak disemak oleh Isa Samad selaku pengerusi Felda? .  

Penulis melihat pada kenyataan Isa Samad seperti mahu meletakkan semua kesalahan kepada orang bawahan beliau

Antara yang disebut

"Lembaga Felda dan juga lembaga pengarah subsidiari tersebut merupakan dua entiti yang berbeza."

“Lembaga Felda ialah pihak yang mengawal seluruh Felda dan dipengerusikan oleh saya sendiri."


“Syarikat subsidiari pula menjalankan perniagaan dan dianggotai dan dipengerusikan individu yang berbeza,” tambahnya.

Meletakkan kesalahan kepada orang bawahan semata-mata adalah tidak wajar kerana tanggungjawab itu harus dipikul bersama. sebagai pengemudi Felda beliau wajar meletakan jawatan atas kerugian ini.










Monday, 21 November 2016

Bisu Skandal 1 MDB - UAI Kritik Para Ulama Dan Pemimpin PAS




Dalam siri kuliah beliau di Kuala Trengganu, Ustaz Azhar Idrus telah mengkritik para ulama dan pemimpin PAS kerana kerana tidak bertegas dalam isu skandal 1 mdb yang mengakibatkan negara kehilangan 42 billion.

Katanya " Buat diam pakat zikir belaka tak mahu bicara maka sampai saat inilah doa kita tidak diterima Allah kerana termasuk benda mungkar mengelapkan wang negara".

Tambah beliau antara sebab Allah  tidak memakbulkan doa mengikut hadis ialah -

1. Makan Haram.
2. Tidak bersembahyang.
3. Derhaka pada ibubapa
4. Syirik
5. Tidak melakukan Amal Makruf Nahi Mungkar 









Din T - Blogger Berprinsip Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Wang




Seorang blogger terkenal dan aktif menulis mengenai politik semasa, khususnya tentang 1MDB, Shaifuddin Mahmud atau lebih dikenali sebagai Din Turtle, meninggal dunia di rumahnya di Kuala Terengganu pada kira-kira jam 6.00 petang tadi (Ahad).

Allahyarham dilaporkan mengadu keletihan dan lenguh badan, lalu meminta isterinya yang baru balik kerja menyapukan minyak panas ke badannya. Tidak lama kemudian, beliau tiba-tiba menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri kesayangannya.

http://shahbudindotcom.blogspot.my/

Pemergian Shaifuddin Bin Mahmud ( Din T ) merupakan kehilangan besar pada rakyat Malaysia kerana penulisannya adalah berprinsipkan kepada kebenaran. 

Beliau yang dulunya blogger sepenuh masa seangkatan dengan nama seperti Rocky Bru , Big Dog  yang pro UMNO beralih arah mengkritik dasar kerajaan yang sekarang ini banyak yang tidak betul, jika anda perhatikan cara penulisannya agak matang dan berfakta dan amat bercermat.

Beliau pernah ditawarkan RM3,000.00 ke RM5,000.00 sebulan hanya untuk berhenti menulis lagi.

Dengan ikhlas beliau mengaku menerima RM3,000.00 untuk sebulan, tetapi beliau menyesal dan tidak mahu menerima lagi walaupun bayarannya hendak ditambah.
http://sanusijunid.blogspot.my/

Bila penulis bertanyakan tentang prinsip perjuangannya beliau berkata

 " Prinsip perjuangan itu tidak berubah ianya tetap sama iaitu menegakkan kebenaran, contohnya dulu saya sokong UMNO tetapi bila ada maklumat baru masuk yang menunjukkan Najib pencuri,saya hentam Najib".

" Prinsip depa ( blogger pro Najib ) yang berubah dari menyokong kebenaran kepada menyokong kebatilan"










  


Friday, 11 November 2016

Isu Rasuah di India - Wang Kertas 500 dan 1000 rupee Dinyahnilai Dalam Masa 24 Jam Pengumuman


Menyahnilaikan wang kertas 500 dan 1000 rupee adalah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan India pada November 2016 untuk memperjuangkan isu-isu rasuah dan wang haram di negara ini.

Bermula dari tengah malam 8 November 2016, semua 500 dan 1000 nota rupee tidak lagi diterima sebagai satu bentuk sah diperlakukan di India.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri India dalam ucapan secara langsung di televisyen kepada negara di 20:15 IST hari yang sama.

Dalam pengumuman itu, Modi mengisytiharkan peredaran semua 500 dan 1000 wang kertas rupee (kira-kira $ 7.50 dan $ 15 USD masing-masing) siri Mahatma Gandhi sebagai tidak sah dan mengumumkan terbitan 500 dan 2000 wang kertas rupee (kira-kira $ 7.50 dan $ 30 USD masing-masing) dalam baru siri Mahatma Gandhi dalam pertukaran untuk wang kertas lama.

TTPA Nampaknya Akan Terkubur Bila Trump ke White House


Kemenangan yang menakjubkan calon Republikan Donald Trump pada pilihan raya presiden AS telah memberikan tamparan maut kepada prospek  perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik yang diluluskan oleh Kongres AS bila-bila masa tidak lama lagi, menurut penyokong dan penentang pakatan itu.

Trump ke Rumah Putih kerana berlaku gelombang kemarahan di kawasan tengah industri Amerika ke arah tawaran perdagangan pelbagai hala seperti 12 negara TPP, di mana kebimbangan tentang kehilangan pekerjaan dan kedaulatan politik ke negara-negara lain melalui transaksi perdagangan antarabangsa adalah lebih kuat daripada kebanyakan pro -TPP ahli politik, pemerhati media dan pakar-pakar telah direalisasikan.

Kedua-dua rumah Kongres kini dikuasai oleh Republikan, yang secara tradisinya mengemari tawaran perdagangan antarabangsa. Tetapi Trump,  adalah seorang pengkritik awal dan vokal TPP, memanggil ia sebagai satu malapetaka bagi Amerika Syarikat.


Di dalam majalah Foreign Policy magazine awal minggu ini mengenai dasar presiden baru terhadap Asia, penasihat Trump Peter Navarro dan Alexander Gray berkata Trump akan tidak lagi mengorbankan ekonomi AS ke atas  dasar luar dengan melepaskan tawaran perdagangan buruk seperti TPP. 
"Tawaran ini hanya akan melemahkan asas perindustrian kami dan keupayaan untuk mempertahankan diri kami dan sekutu kami, 
Navarro dan Kelabu menulis.

http://www.japantimes.co.jp/news/2016/11/10/business/tpp-appears-dead-trump-heading-white-house/#.WCTVstJ97Mx

Sementara itu di Malaysia, kemenangan Trump merupakan satu kejutan yang tidak diramal oleh kerajaan dan seakan tidak pasti tentang hala tuju TTPA selepas kemenangan Trump sebagai presiden Amerika Syarikat

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kajian oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) mengunjurkan satu juta peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Malaysia jika Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) terlaksana.

"Jika tiada TPPA, maka perkara tersebut tidak akan dihasilkan," jelas Mustapa sambil berkata kerajaan yakin dengan dapatan kajian PwC itu sejajar dengan jangkaan pihaknya bahawa perjanjian dagangan dengan Amerika Syarikat (AS) itu akan membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia. 

http://www.malaysiakini.com/news/362406











Wednesday, 9 November 2016

Terry Gallyot Mr Asia 99 Sertai PPBM Kerana Kagum Dengan Semangat Juang Tun Mahathir


Wangsa Maju , Terry Gallyot jaguh bina badan Mr Malaysia 7 kali kategori heavyweight, Mr Asia 1999 dan pemenang tempat ke 7 Mr Universe 2011 menyertai PPBM sebagai ahli bersekutu semalam.

Beliau  pemilik Ultimate Gym di Wangsa Maju menyertai PPBM kerana kagum dengan semangat juang yang ditonjolkan oleh Tun Mahathir . Katanya  Tun Mahathir adalah idola saya , walaupun sudah berusia 92 tahun Tun Mahathir tidak pernah berhenti untuk menabur bakti pada negara.



Tambah beliau, sebagai jaguh bina badan dan sekarang sebagai jurulatih gym semangat juang yang tinggi untuk berlatih dan cara pemakanan adalah penting jika mahu menceburi bidang bina badan. 

Bagaimana Tun Mahathir boleh mewarnai arena politik negara sejak sekian lama itu lah menyebabkan saya rasa teruja untuk masih aktif mewarnai sukan bina badan dan berbakti kepada negara.

Terry ada menyebut bahawa menyertai PPBM adalah pilihannya untuk menyokong usaha - usaha Tun Mahathir untuk terus mewarnai arena politik tanah air.

Beliau anak kelahiran Melaka dan menetap di Kuala Lumpur sedang giat memberi tunjuk ajar anak-anak muridnya di Ultimate Gym yang terletak di 12-2 Jalan Wang Delima 6, KLSC ,Wangsa Maju.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai gym Terry sila hubungi ditalian 03 - 4143 6241 atau diwebsitenya www.terrygallyot.com

MOF Sahkan 2 kakitangan Ambank Dikenakan Tindakan Pindah Duit Ke Ekaun Najib


Bank Negara Malaysia sudah mengenakan “tindakan” ke atas 2 kakitangan AmBank yang terlibat dalam aktiviti pengubahan wang berkait dengan syarikat 1MDB, menurut Kementerian Kewangan.

Dalam jawapan bertulis kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata tindakan sudah diambil ke atas Joanne Yu dan Cheah Tek Kuang, bagaimanapun tidak memperincikan jenis tindakan itu.

2 Kakitangan AmBank Dikenakan Tindakan Pindah Duit Ke Akaun Najib. Menurutnya, tindakan diambil selepas siasatan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang 2001.

Pua dalam soalannya pada Oktober 31 mahu penjelasan mengenai tindakan yang diambil ke atas Yu dan Cheah.

2 Kakitangan AmBank Dikenakan Tindakan Pindah Duit Ke Akaun Najib

Sebelum ini, Yu dan Cheah dilaporkan The Wall Street Journal membantu ahli perniagaan Low Taek Jho memindahkan wang AS$680 juta ke dalam akaun bank peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2013.

Laporan itu berdasarkan transkrip mesej telefon yang dipetik Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam samannya merampas aset yang didakwa dicuri daripada 1MDB bernilai lebih AS$1 bilion, Julai lalu.

2 Kakitangan AmBank Dikenakan Tindakan Pindah Duit Ke Akaun Najib

Najib berkata wang itu merupakan derma daripada kerajaan Arab Saudi menjelang pilihan raya ke-13 pada Mei 2013. Menurutnya, wang itu sudah dikembalikan.

Tuesday, 8 November 2016

KPN Buta Perundangan Dan Perlembagaan - Mahfuz Omar




Kenyataan media Dato Mahfuz Omar di facebooknya pada 7 November 2016 membidas Ketua Polis Negara tentang kefahaman beliau tentang perundangan dan perlembagaan berhubung dengan siasatan polis terhadap tiga bekas menteri baru-baru ini.

Kenyataan beliau adalah seperti di bawah

SIASATAN POLIS TERHADAP TIGA BEKAS MENTERI BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

1.Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar sewaktu diwawancara wakil media pada 4 November 2016 di mana KPN menyatakan siasatan yang sedang dijalankan polis ke atas tiga (3) orang bekas Menteri berkaitan dengan ucapan yang disampaikan mereka yang menyentuh berkaitan skandal *_1MDB_* di Dewan Rakyat adalah dibuat di bawah Akta Hasutan, selain dari Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Menurut beliau, siasatan kes 1MDB masih sedang berjalan.

2. "Saya tidaklah ambil pusing sangat sebelum ini kerana yang membuat bising menuntut supaya tindakan undang-undang diambil ke atas tiga bekas Menteri tersebut adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO atau NGO-NGO ‘belaan’ Umno, tetapi apabila KPN sendiri mengeluarkan kenyataan yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan, ianya menggambarkan betapa jahil dan ceteknya pengetahuan orang nombor satu PDRM berkaitan asas undang-undang dan Perlembagaan".

3. KPN harus faham bahawa secara umumnya hak mana-mana Ahli Parlimen untuk bercakap berkaitan apa sahaja perkara sewaktu berbahas di Parlimen adalah dilindungi oleh hak keistimewaan (parliamentary privileges)dan kekebalan dari sebarang tindakan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh sebab itu, jika benar sekalipun terdapat pelanggaran terhadap Akta Rahsia Rasmi (OSA), ianya tidak boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah dan tidak boleh didakwa oleh kerana ucapan yang dibuat di dalam Parlimen adalah dilindungi dan kebal dari sebarang tindakan mahkamah.

4. Bagaimanapun, Perlembagaan Persekutuan turut memberi pengecualiaan terhadap hak keistimewaan dan kekebalan tersebut. Perkara 63 (4) memperuntukkan mana-mana ahli Parlimen tidak akan dilindungi atau tidak kebal dari tindakan undang-undang sekiranya Ahli Parlimen tersebut mengeluarkan ucapan atau berbahas yang menyentuh isu-isu sensitif melibatkan agama, kaum dan keistimewaan bumiputera yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan atau di bawah mana-mana undang lain yang dibuat di berdasarkan Perkara 10 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Tidak nafikan di dalam sejarah negara kita, memang pernah berlaku Ahli Parlimen didakwa dan disabitkan di bawah Akta Hasutan oleh kerana ucapan yang dibuat di dalam Parlimen sebagaimana kes yang melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Mendiang Dato Mark Koding pada tahun 1970-an.

KPN BUTA PERUNDANGAN DAN PERLEMBAGAAN

5. Namun di dalam situasi yang kita hadapi sekarang ini, jika kita memperhalusi peruntukan Akta Hasutan, kita akan mendapati tindakan membahas atau membangkitkan isu governans, kewangan dan jenayah seperti skandal 1MDB tidak langsung termasuk di dalam definisi ‘kecenderungan menghasut’ sebagaimana yang dinyatakan di dalam Seksyen 3(1) akta tersebut.

Bahkan jika disemak di dalam hansard Parlimen, perbahasan berkaitan skandal 1MDB selama ini, samada oleh tiga bekas Menteri berkenaan atau mana-mana Ahli Parlimen sekalipun, jauh sekali untuk dianggap sebagai menyentuh atau mempersoalkan apa-apa perkara, kedudukan atau keistimewaan yang ditetapkan oleh Perlembagaan berkaitan dengan kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa Bumiputra atau hak kerakyatan sebagaimana yang dikategorikan di dalam Akta Hasutan sebagai berunsur hasutan.

6. Saya tidak faham dari mana nasihat atau tunjuk ajar soal asas undang-undang yang KPN dapat, apabila secara semberono beliau mengatakan perbahasan tiga bekas Menteri di dalam Parlimen yang menyentuh kes 1MDB boleh ditafsirkan sebagai suatu kesalahan yang disiasat di bawah Akta Hasutan. Menyalahgunakan kuasa polis sehingga ke institusi Parlimen yang sepatutnya selamat daripada sebarang penindasan menunjukkan ruang demokrasi sempit di negara ini.

"Tindakan tiga bekas menteri membangkitkan *isu 1MDB* di Dewan Rakyat tidak melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan dan Akta Hasutan kerana mereka sekadar menjalankan *tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Sumpah kerahsiaan tidak boleh digunakan untuk menyembunyikan salah laku kerana ia bukannya undang-undang jenayah, sebaliknya hanya peraturan atau etika dalam kerajaan.Begitu juga Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan tidak terpakai atas apa yang diungkapkan oleh tiga orang bekas menteri tersebut kerana ianya tidak termasuk dalam definasi rahsia rasmi dan kecenderungan menghasut".

Jika benar sekali pun kandungan ucapan-ucapan tersebut mengganggu proses siasatan atau ada di antara fakta tidak benar yang dikemukakan, ianya tidak berkaitan langsung dengan Akta Hasutan atau Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Adakah KPN dah jadi 'belaan' Umno?. Jika benar ucapan dan perbahasan oleh Ahli-ahli Parlimen berkaitan 1MDB mengganggu siasatan, apakah ada siasatan yang dijalankan oleh PDRM tentang 1MDB? Sudah berapa lama siasatan berkaitan 1MDB yang dijalankan oleh PDRM?.Apa statusnya?

7.Oleh sebab itu, saya menganggap tindakan PDRM untuk menyiasat tiga bekas Menteri di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan oleh sebab ucapan yang mereka sampaikan di dalam sesi Parlimen adalah suatu tindakan yang melanggar Perlembagaan Persekutuan (unconstitutional and illegall) sama sekali dan menghina institusi Parlimen.

"Sebagai Ahli Parlimen dan Warganegara Malaysia, saya mendesak supaya KPN memberhentikan serta merta penyiasatan yang melanggar undang-undang ini.

Saya juga menyeru rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain samada Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara supaya bangkit mempertahankan hak dan keistimewaan Ahli Parlimen yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan".

"Tidak Perlu Takutkan Individu Yang Bangkit Isu Skandal 1MDB " .




DATO’ HJ MAHFUZ HJ OMAR*

Ahli Parlimen Pokok Sena

7 Nov 2016/7 Safar 1438H

Monday, 7 November 2016

Projek ECRL - Kenapa Kontraktor Yang Telah Disenarai Hitam Dipilih?




China Communications Construction Company (CCCC) yang dianugerahkan projek ECRL dengan kos anggaran RM55 Billion adalah sebuah syarikat yang telah disenaraihitamkan oleh beberapa buah negara.

Persoalannya kenapa syarikat yang bermasalah dan mempunyai rekod-rekod pembinaan yang buruk ini dipilih secara runding terus .

Pemilihan projek yang melibatkan skala yang besar sepatutnya dibuat atas beberapa kriteria tertentu supaya projek tidak mendatangkan masalah kepada negara lebih -lebih lagi projek yang melibatkan pengangkutan awam.


Agensi berita Bloomberg melaporkan China, sejak 2007 hingga 2012, telah mengalami sekurang-kurangnya 18 jambatan runtuh yang mengakibatkan 135 kematian.


Salah satu jambatan terpanjang iaitu jambatan Jiunjiang Bridge di Utara China yang dibina CCCC runtuh selepas hanya 9 bulan ia siap dibina.

Antara maklumat yang ditemui melalui carian atas talian adalah antara maklumat seperti berikut;

http://www.monitor.co.ug/News/National/World-Bank-blacklisted-company-hired-to-build-Entebbe-Highway/688334-1723822-iixibez/index.html

http://themaharlikan.info/news/chinese-firms-who-will-build-ph-railway-is-currently-under-blacklist-for-corruption/

http://www.worldbank.org/en/news/press-release/2011/07/29/world-bank-applies-2009-debarment-to-china-communications-construction-company-limited-for-fraud-in-philippines-roads-project.


http://www.businessinsider.com/china-bridge-collapses-2012-8?IR=T&r=US&IR=T

Pada 29 Julai 2011, Bank Dunia telah menyenaraihitamkan CCCC dan kesemua anak-anak syarikatnya dari dibenarkan untuk mendapatkan sebarang bentuk pinjaman menerusi Bank Dunia mahupun agensi berkaitan Bank Dunia kerana amalan penipuan.

Amalan yang membahayakan keselamatan itu ditemui dalam projek berskala besar iaitu Fasa Satu, Penambahbaik & Pengurusan Projek Lebuhraya Nasional, Filipina.

Bank dunia telah menyenaraihitamkan (debarment) CCCC selama 8 tahun dari 12 Januari 2009 hingga 12 Januari 2017, atas dakwaan mengamalkan penipuan (fraudulent practices).

Ia adalah kerana CCCC adalah entiti pelaksana yang ditetapkan (designated successor entity)
kepada China Road and Bridge Corporation (CRBC) yang terbabit dengan pembinaan jalanraya dan jambatan.

CCCC juga disenaraihitamkan oleh Bank Pembangunan Afika (African Development Bank) dan beberapa bank lain termasuk, Asian Development Bank, Inter-American Development Bank, European Bank for Reconstruction and Development.

Syarikat itu juga dilaporkan termasuk dalam dua senarai hitam di Amerika Syarikat berkaitan projek landasan keretapi Iran-Armenia.

Senarai 14 Perjanjian Malaysia China Yang Bernilai RM 144 Billion


Sebanyak 14 perjanjian bernilai RM144 bilion ditandatangai dan Perjanjian dan Memorandum Persefahaman tersebut ialah:

1. Perjanjian Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pengoperasian antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd, China Communications Construction Company Limited (CCCC) dan China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (CCCCM);

2. Memorandum Perjanjian bagi Pelaburan, Pembangunan dan Pembinaan Projek Melaka Gateway (KAJ Development and Power China);

3. Perjanjian Dasar Induk antara Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Greenland Holdings Group Overseas Investment Company Limited bagi cadangan pembelian tanah dan pembangunan di Bandar Malaysia;

4. Perjanjian Dasar Induk antara Selat PD Sdn Bhd dan CCCC Dredging (Group) Co Ltd;

5. Perjanjian Kerjasama Rangka Kerja antara Kerajaan Negeri Sarawak, Hebei Xinwuan Steel Group dan MCC Overseas Limited bagi cadangan Pembangunan Kilang Keluli di Sarawak;

6. Memorandum Perjanjian antara KAJ Development Sdn Bhd, Power China, Shenzhen Yantian Port dan Rizhao Port bagi Kerjasama Perkongsian pembangunan Pelabuhan Melaka Gateway;

7. Perjanjian Dasar Induk bagi Skim Kewangan Bandar Malaysia antara IWH CREC Sdn Bhd dan ICBC;

8. Memorandum Persefahaman antara ECERDC dan Wuxi Suntech Power Co. Ltd bagi Pengeluaran Sel Solar Silikon Kristal dan Modul di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China;

9. Memorandum Perjanjian antara BHS Industries Berhad dan China Nuclear Huaxing Construction Co. Ltd. bagi Taman Teknologi Hijau di Pekan, Pahang, Malaysia;

10. China Construction Bank (Malaysia) Berhad diberikan lesen perbankan oleh Menteri Kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Dengan modal berbayar awal US$200 juta, China Construction Bank akan dapat menyediakan pembiayaan bagi menyokong pembangunan prasarana Malaysia;

11. Memorandum Persefahaman antara Yanming Resources Sdn Bhd dan Fuzhou Xin Zibu Culture Communication Co. Ltd bagi pertumbuhan dan pembangunan pasaran sarang burung di China;

12. Memorandum Persefahaman antara MATRADE dan Alibaba.com;

13. Perjanjian Kerjasama Penyelidikan dan Pembangunan antara Royal Birds Nest, Walet Company-International Private Limited Company dan Peking University bagi penstandardan ekstrak sarang burung boleh dimakan dan bahan perubatan bagi penemuan ubatan farmaseutikal;


14. Memorandum Persefahaman antara Aladdin Group Sdn Bhd and Suzhou Lian Cheng Yihao Information Technology Co. Ltd.

Sunday, 6 November 2016

Bina Semula Palestine - Pendaftar PPBM Wakili Malaysia Ke Pentas Dunia


Penyelaras wakil pendaftar PPBM Wangsa Maju IR Ahmad Tamby telah mewakili Malaysia ke Persidangan International Forum Of Engineers For Palestine (IFEP)  di Istanbul , Turki semalam.




Beliau merupakan  ahli lembaga pengarah The Arab & International Commision To Build Gaza ( AICBG ) dan juga sebagai pemegang amanah Malaysian Reconstruction Foundation berkata Malaysia akan berterusan memberi sokongan kepada penempatan semula 100 buah rumah di Gaza.




Apa yang ingin penulis perkatakan ialah PPBM Wangsa Maju pasti berbangga kerana memiliki pengerak parti yang diiktiraf dunia kerana sumbangan beliau terhadap keamanan dan kemanusiaan sejagat.





Sazali Teruja Bertemu Mukhriz Di program PPBM Ampang


Jaguh bina badan negara Sazali Samad teruja bertemu dan beramah mesra dengan  Mukhiz Mahathir di Program Walk About PPBM yang di adakan di Ampang Point pada petang tadi.

Sazali yang kebetulan berada di kawasan berhampiran telah menyatakan beliau amat gembira kerana dapat bertemu dengan pemimpin yang beliau hormati dan sempat bergambar serta meluangkan masa hampir 30 minit untuk turut bersama- sama dalam program tersebut.


Program walkabout Mukhriz bersama Ahli Parlimen Ampang YB Zuraida Kamaruddin itu diadakan bagi membentuk kerjasama antara PPBM dan PKR dalam menghadapi PRU 14.




Program itu turut dihadiri oleh wakil - wakil pendaftar dan pengiat - pengiat PPBM Ampang .

Kredit kepada Siti Farah dan Raja Nazarudin yang merupakan tulang belakang kepada PPBM Ampang kerana menjayakan program tersebut.

Tuesday, 1 November 2016

Dikaitkan Dengan Saman Sivil di AS - Kehadiran Riza Aziz Di China Memalukan Negara


Tindakan Najib Razak membawa anak tirinya Riza Aziz yang sedang berhadapan dengan dengan tindakan saman sivil di Amerika Syarikat untuk memenuhi jemputan Kerajaan China adalah tidak wajar dan amat amat memalukan negara.


Perkara ini menampakkan ketidak perihatinan Najib tentang usaha-usaha untuk mempertahankan harta rakyat dari diselewengan oleh individu-individu tertentu.

Malah kerajaan Amerika Syarikat sendiri telah berusaha dalam mempertahankan harta negara luar dari diseleweng bawah inisiatif pengambilan semula aset kleptocracy.

Sebelum ini Najib ada memberi kenyataan supaya penama-penama dalam saman sivil Doj tampil untuk membela diri tetapi sehingga kini Riza Aziz masih belum membuat sebarang tindakan membela diri.

Najib seharusnya tidak membawa Riza Aziz ke mana-mana lawatan rasmi di seluruh dunia sehingga kes saman sivilnya di Amerika Syarikat selesai. 

“Riza Aziz tidak boleh diberi layanan istimewa mengunakan harta rakyat. Beliau sepatutnya ditangkap dan disoal siasat,” kata Rafizi di Dewan Rakyat.

Riza dikesan dalam rakaman media tempatan dengan gambar Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor yang turun dari jet rasmi kerajaan di China semalam

.https://www.malaysiakini.com/news/361216

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat pada 20 Julai lalu telah mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB.

Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch menamakan empat individu iaitu anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz, ahli perniaaan rakyat Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low, bekas pengarah urusan IPIC, syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, Khadem al Qubaisi yang juga bekas pengerusi Aabar investments PJS dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny yang bertanggungjawab menjalankan urusan dengan 1MDB pada masa itu.

Di Amerika Syarikat DOJ telah memfailkan saman sivil bagi menyita aset individu terbabit yang mereka percaya ada kaitan dengan 1MDB bawah inisiatif pengambilan semula aset kleptocracy.