Sunday 29 January 2017

Blogger Umno Bangang : Zahid Kuatkan Hujah Najib Melalui Satu Kajian


Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi dedahkan ketika berucap di Majlis Perasmian Skuad Penerangan dan Media Wanita Umno di Kuala Lumpur pada 22 Januari.

Dalam pendedahan itu, Zahid, antara lain, berkata berdasarkan kajian hanya 6.6 peratus laskar siber mempertahankan agenda pentadbiran kerajaan manakala 93.4 peratus menentang.



Sekarang fahamlah saya mengapa dalam Persidangan Agung Umno 2014 Najib melabelkan blogger dan penggiat media sosial Umno bangang. 

Apabila saya membaca tampalan orang kanan Ahmad Zahid, (Datuk) Ibrahim Yahya, dalam ruang Facebook beliau mengenai sumber yang dipetik oleh Ahmad Zahid itu, saya menjadi lebih yakin bahawa sokongan media sosial kepada Najib memang cukup teruk.

Menurut Ibrahim yang memakai nama samaran Diy Putera dalam laman Facebook itu, sumber maklumat yang Ahmad Zahid petik adalah sebuah kajian yang diketuai oleh Profesor (Datuk Seri) Dr Syed Arabi Idid.

Dalam catatan Facebooknya, Ibrahim, antara lain berkata (tanpa suntingan):

“Kajian empirikal ini telah diketuai oleh Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, seorang pakar bidang komunikasi di Malaysia dan banyak menulis buku-buku ilmiah berbahasa Melayu dan Inggeris yang menjadi rujukan pelajar komunikasi di negara ini. Dr Syed Arabi membuat kajian bukan saja apa yang berlaku di dalam negeri malah di luar negara. 

“Objektif kajian dilaksanakan bagi menilai peranan pemain media sosial berunsur politik dalam mempengaruhi netizen pasca PRU ke-13. Berdasarkan kajian yang dibuat terhadap netizen di media sosial, mendapati netizen lebih mempercayai saluran media sosial berbanding media konvensional. 

“Ini berdasarkan lebih 2,000 netizen yang aktif dalam facebook dan twitter sebagai responden. Faktornya kerana media sosial lebih cepat menyampaikan maklumat dan lebih mudah diperolehi. 

“Penemuan menunjukkan pengaruh televisyen menurun dari 42 % pada 2015 menjadi 39% pada 2016. Bagitu juga bagi pembacaan akhbar menurun dari 30 % ke 25 % dan radio dari 25% pada 2015 ke 21 % pada 2016. Walaubagaimana pun kepercayaan terhadap internet meningkat dari 50 % pada Disember 2015 menjadi 69 % pada Ogos 2016. Pada hakikatnya, media sosial adalah satu fenomena bandar yang sangat pesat berkembang.

“Sementara, kajian ini juga telah menilai peranan dan daya kekonsistenan atau daya pengekalan pemain media sosial berunsur politik dalam arus media sosial pasca PRU ke-13. 

“Kajian mendapati nisbah 1 blogger @ facebooker pro-UMNO berlawan dengan 15 blogger @ facebooker anti-UMNO (Pembangkang). Ini bermakna ratio 1 nisbah 15.

“Dalam bentuk figura peratusan pula, kajian menemui hanya 6.6 % ‘cybertroopers’ pro-kerajaan yang masih aktif atau cergas berbanding 93.4 % ‘cybertroopers’ Pembangkang dikoordinasi dengan strategik dan berkesan dalam media sosial. Mereka bergerak di segenap pelusuk maya. Membuat provokasi dan melaga-lagakan pemimpin kerajaan. 

“Kajian mendapati dalam suatu proses perkembangan media sosial di Malaysia, ia membangun secara konstruktif ibarat geraf inverted parabola (bermula dari bawah dan melonjak ke tahap tinggi kemudian menurun ke bawah kembali).”

Saturday 28 January 2017

Murad Khalid Saksi Utama RCI Kerugian Forex Adalah Seorang Penyamun Kolar Putih



Bekas Penolong Gabenor BNM ketika dulu pernah mengemparkan berita tanah air kerana  gagal mengisytiharkan harta sebanyak 24 juta , Datuk Abdul Murad Khalid berkata, Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM9 bilion sahaja akibat kegiatan itu, sedangkan angka sebenar adalah jauh le­bih besar.

“Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bi­lion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia dan New Straits Times di sini hari ini.


Abdul Murad menambah, transaksi berbentuk spekulasi melibatkan pelbagai mata wang asing termasuk pound sterling, dolar Amerika Syarikat (AS), mark Jerman dan yen itu direkodkan oleh seorang kakitangan berpangkat rendah BNM.

Beliau memberitahu, sebarang kerugian dalam transaksi berkenaan sepatutnya dilapor­kan kepada Bahagian Akaun BNM namun perkara itu didakwa tidak berlaku.

“Mereka mungkin menyembunyikan maklumat tentang kerugian tersebut dengan memindahkan caj kepada akaun rizab yang lain,” jelasnya.


https://www.utusan.com.my/berita/nasional/kenapa-tiada-siasatan-1.436996/abdul-murad-khalid-memperincikan-mengenai-isu-kerugian-bnm-sebanyak-rm44-bilion-yang-dialami-dari-19-1.437008


Datuk Abdul Murad Khalid  muncul memberi kenyataan mengkritik BNM setelah 25 tahun berdiam diri.

Pada tahun 2000 beliau didenda sebanyak RM500,000 atau penjara enam bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan gagal mengisytiharkan saham-saham Ben Harta Sdn. Bhd. (BHSB) dan 51 hartanah bernilai hampir RM24 juta.

Hakim Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu setelah Abdul Murad, 47, yang sepatutnya dibicarakan hari ini menukar pengakuan kepada bersalah.

Mohd. Zaki ketika menyampaikan penghakimannya berpendapat, pemenjaraan bukanlah hukuman yang wajar dijatuhkan terhadap tertuduh
kerana mahkamah berpuas hati bahawa Abdul Murad telah banyak berjasa ketika berkhidmat sebagai pegawai tinggi di BNM.

Sunday 22 January 2017

Timbangtara 1MDB IPIC Temui Jalan Buntu



Rundingan mengenai penyelesaian tuntutan Abu Dhabi AS$6.5 bilion terhadap 1MDB telah menemui jalan buntu, demikian menurut laporan The Wall Street Journal.

Menurut laporan itu, Abu Dhabi dan Malaysia hampir mencapai perjanjian pada Disember lalu dengan Putrajaya perlu membuat pembayaran AS$1.2 bilion sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan pertikaian itu.

"Tetapi Malaysia menarik diri kerana penasihat kepada perdana menteri tidak berpuas hati dengan perjanjian itu," kata laporan itu yang memetik sumber yang biasa dengan perkara itu.

Pertikaian tersebut kini dijangka menjurus kepada peringkat timbang tara antarabangsa, katanya.

Menurut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, kira-kira AS$3.5 bilion dana 1MDB termasuk yang sepatutnya di bayar kepada Aabar Investments PJS, anak syarikat International Petroleum Investment Company dari Abu Dhabi telah dilencongkan ke beberapa individu termasuk Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

1MDB juga enggan membayar balik pinjaman kecemasan IPIC yang diberikan kepada dana Malaysia pada Mei 2015.

Pada bulan Jun tahun lalu, IPIC mengumumkan mahu membawa 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia ke proses timbang tara antarabangsa tetapi mengadakan rundingan atas permintaan Putrajaya.

Wednesday 18 January 2017

Tun Mahathir : Negara Dijual Penjenayah


Pada 14 Januari 2017 lalu dianggarkan lebih 5,000 orang mula membanjiri majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pad bertempat di Stadium Malawati Shah Alam 

Dalam majlis itu Tun Mahathir ada  menyentuh skandal 1MDB, Mahathir berkata, selepas mencapai kemerdekaan dan mengecapi kemajuan, kemewahan telah meracuni pemikiran bangsa Melayu.

"Maka berlakulah pencurian dan rasuah kerana tamak tak terhingga.

"Biarlah negara hancur asalkan yang dituntut didapati. Biarlah bangsa merana asal 'aku dapat',"

"Hari ini negara bangsa sudah dijual, dijual oleh penjenayah, dibantu oleh mereka yang bersubahat untuk sebahagian hasil jenayah," kata Mahathir.

Bagaimanapun, katanya meskipun Melayu lemah dan mudah lupa, terdapat segelintir mereka yang sedar keadaan yang menimpa bangsa itu.

"Tetapi Alhamdulillah. Ada segelintir yang tidak lupa. Ada yang sedar. Dan kesedaran ini, berasa takut akan apa yang sedang berlaku dan apa dia malapetaka yang akan timpa (mereka) di masa hadapan," kata Mahathir.

Katanya, mereka yang sayangkan negara, bangsa dan agama serta tidak tamak mempunyai keberanian melakukan perubahan.

Bekas perdana menteri itu turut menyeru anggota Umno supaya meninggalkan parti Melayu yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun itu.

"Saya sebagai bekas ahli dan bekas presiden Umno menyeru kepada ali-ahli Umno supaya tinggalkan parti pimpinan orang yang terlibat dengan rasuah dan rompakan, seorang kleptokrat.

"Tinggalkanlah Umno seperti saya, ramai pemimpin Umno dan ahli Umno meninggalkan Umno.

"Janganlah sesiapa menyokong parti Umno dan BN secara buta tuli. Parti yang dahulu banyak berjasa, hari ini sudah menjadi parti pengkhianat yang dilakukan pemimpin mereka," katanya.

Thursday 12 January 2017

Beza Erti Percuma Pada Dawn Raid 1981 Dan Sondakh Raid 2017


Hari ini Malaysia dikejutkan dengan berita Felda mencadangkan harga AS$505.4 juta (RM2.26 bilion) atau 582Rp sesaham sekadar untuk memiliki 37 peratus kepentingan saham di EHP.

Harga ini hampir menyamai harga kos keseluruhan AS$570 juta yang digunakan Rajawali ( Peter Sondakh ) untuk memiliki 68.6 peratus kepentingan saham di EHP yang dibeli pada 2014.

Sekiranya urusan pembelian Felda ini berjaya, maka ini bermakna Rajawali Group memiliki 31.6 peratus kepentingan saham EHP pada harga hampir percuma iaitu sekadar AS$64.6 juta manakala Felda pula memiliki 37 peratus kepentingan saham EHP pada harga AS$505.4 juta, 6.5 kali ganda lebih mahal daripada apa yang dibayar Rajawali Group.

http://www.malaysiakini.com/news/367524


Mari kita lihat sejarah Down Raid 1981 pula


Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.
Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”



http://www.jomjalan.com.my/2013/04/06/dawn-raid-guthrie-1981/

Kata Khalid Ibrahim “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Dilihat pada 1981 perkataan 'percuma' pada hal ehwal pelaburan negara amat menguntungkan tetapi malang sekali jika Felda membeli EHP maka perkataan 'percuma ' itu adalah amat-amat merugikan negara.

Monday 9 January 2017

Felda : Shahrir Samad Digesa Batalkan Pembelian EHP



Pengerusi Felda yang baru dilantik Tan Sri Shahrir Samad digesa membatalkan pembelian kontroversi Eagle High Plantation (EHP) Indonesia, kata pemuda PKR (AMK).

"AMK berpendapat Shahrir sebagai pengerusi Felda baru yang tidak terbeban dengan salahlaku dan silap pengurusan dulu wajar memberhentikan pembelian EHP yang jelas sudah terpesong daripada matlamat asal Felda untuk membela nasib rakyat dan peneroka.

"Batalkan pembelian tersebut segera untuk membuktikan Shahrir tidak gadaikan Felda dan bukan di bawah tunggangan mana-mana pihak berkepentingan," kata Ketua Penerangannya, Lee Chean Chung dalam satu kenyataan.

Lee juga menggesa Shahrir, yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru mempertimbangkan hutang sebanyak RM6.1 bilion yang ditanggung Felda pada 2014, dan baki tunai yang hanya berjumlah RM685 juta.

"Satu-satu jalan (bagi pembelian itu) adalah dengan melalui pinjaman yang mana sudah pasti akan memudaratkan keadaan kewangan Felda," kata Adun Semambu itu.

Pengambilalihan EHP menyebabkan kontroversi kerana meskipun mengusai 37 peratus pegangan, Felda tidak mempunyai kawalan langsung terhadap syarikat itu.

Harga sesaham juga adalah lebih dua kali ganda daripada nilai saham di pasaran terbuka, menyebabkan Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak turut mempersoalkan kewajaran pembelian berkenaan.

Felda bagaimanapun mempertahankan pembelian EHP dengan alasan untuk menembusi pasaran domestik Indonesia yang memiliki 260 juta penduduk.

Saturday 7 January 2017

Tempias Kejatuhan Ringgit : RM 10.74 Billion Rezab Negara Rentong


Bank Negara berkata rizab kasar antarabangsa berjumlah AS$94 bilion (RM420.60 bilion) setakat 30 Disember, lebih rendah berbanding AS$96.4 bilion (RM431.34) pada 15 Disember.

Ini bermaksud berlaku penurunan sebanyak AS$2.4 bilion (RM10.74 bilion).

Bank pusat itu berkata ia memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh, memetik laporan Reuters.

Sementara itu, Bernama melaporkan, menurut kenyataan Bank Negara Malaysia hari ini, paras rizab berkenaan telah mengambil kira pelarasan membabitkan perubahan penilaian semula pertukaran asing serta turut disokong oleh lebihan akaun semasa dan aliran masuk pelaburan langsung asing.

Bagaimanapun, ia diimbangi oleh pelaburan langsung di luar negara oleh syarikat Malaysia dan aliran keluar semula sebahagian pelaburan portfolio bukan pemastautin selain mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa.

Paras rizab itu juga mencukupi untuk memenuhi obligasi luaran dengan perlindungan rizab kepada hutang luar negara jangka pendek sebanyak 1.3 kali.

Hutang luar negara jangka pendek itu merujuk hutang yang ditakrif semula termasuk pinjaman luar pesisir jangka pendek, pegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lainnya.

Komponen utama rizab antarabangsa itu ialah rizab mata wang asing sebanyak US$87.6 bilion, kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas atau SDR (US$1.1 bilion), emas (US$1.4 bilion) dan lain-lain aset rizab (US$3.7 bilion).

Aset bank pusat itu termasuk emas, tukaran asing dan rizab lain antaranya SDR (RM424.155 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.264 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.527 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.739 bilion), hartanah, tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta aset-aset lain (RM11.297 bilion).

Liabiliti pula merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM144.856 bilion), mata wang dalam edaran (RM97.751 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM170.247 bilion), deposit oleh Kerajaan Persekutuan (RM9.293 bilion), lain-lain deposit (RM331.827 juta), kertas Bank Negara (RM8.602 bilion), peruntukan SDR (RM8.118 bilion) serta liabiliti lain (RM11.798 bilion).

Gagal Beri Gambaran Sebenar Ekonomi Negara , Irwan Serigar Harus Letak Jawatan



Ekonomi negara kukuh bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Bagaimanapun, katanya, kemerosotan ekonomi dan nilai ringgit berlaku disebabkan oleh tanggapan yang dicipta sesetengah pihak yang mesti diperbetulkan.

Katanya, isu seperti 1MDB dan pentadbiran Najib, yang menyebabkan kemerosotan mata wang negara semata-mata tanggapan.

“Saya pergi restoran dan pasar raya, siapa mereka?

“Orang ramai membeli-belah dan melancong,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

“Ada sesetengah kumpulan buat bising macam satu negara ada masalah.”
http://www.malaysiakini.com/news/368216

Mengulas kepada kenyataan Irwan Serigar, adalah tidak masuk akal untuk mengambarkan ekonomi negara hanya merujuk kepada tanggapannya pada suasana dipasaraya tanpa fakta-fakta yang jelas.

Jika benar ekonomi Malaysia kukuh, rakyat juga tidak perlu risau mengenai jangkaan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) bahawa 45,000 hingga 50,000 pekerja akan kehilangan punca pendapatan tahun ini!

Tiga hari lalu, Malaysia dikejutkan dengan nilai ringgit yang menjunam ke paras terendah baru iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.

Tempias kejatuhan matawang tempatan juga menyebabkan rizab antarabangsa Bank Negara merosot sekitar RM8 bilion setelah kini berlegar-legar di tahap AS$94.6 bilion (RM423.3 bilion) pada 30 Disember yang lalu.

Pada pertengahan bulan lalu, ia berada pada paras AS$96.4 bilion (RM431.4 bilion).

Di samping itu, Bursa Malaysia terus kekal dalam wilayah negatif setelah mengejutkan pasaran dan penganalisis apabila membuka tirai 2017 dengan kedudukan cukup lesu.

Sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan adalah menjadi tanggungjawab beliau menggubal, melaksanakan dan memastikan dasar fiskal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan.

Pada masa yang sama, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) turut menzahirkan kebimbangan pengilang mengenai kesan kenaikan harga gas terkumpul sehingga 22.6 peratus menjelang akhir tahun 2019.

Selain kesan harga terhadap keadaan ekonomi dan pasaran secara lazimnya, kenaikan tersebut akan menjejaskan daya saing industri berbanding pesaing peringkat serantau.

Tambahan pula, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Nikkei Malaysia menunjukkan pengecutan pengeluaran pembuatan selama 21 bulan berturut-turut dengan tiada tanda-tanda pemulihan.
http://www.malaysiakini.com/news/368409

Perbendaharaan Malaysia terletak di bawah Kementerian Kewangan dan objektif penubuhannya adalah untuk menggubal, melaksanakan dan memastikan dasar fiskal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan, menguatkan daya saing dan kebingkasan ekonomi negara, memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah, menjamin perkongsian kekayaan negara dengan saksama dan meningkatkan kesejahteraan dan taraf kehidupan masyarakat.

Sekiranya beliau gagal dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan ekonomi negara dalam keadaan baik wajar sekiranya beliau meletakkan jawatan untuk membenarkan yang lebih layak menganti tempatnya.




Wednesday 4 January 2017

Datuk Bahri : Pengamal Rasuah Jangan Cuba Jadi Juara Rakyat



Bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin, mengesahkan beliau memilih meninggalkan agensi penguat kuasa itu lebih awal kerana kecewa.

Bercakap kepada Malaysiakini, Bahri menjelaskan, perjalanan dan kesan siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB mendorong beliau memilih bersara awal.

Lebih daripada itu Bahri yang pernah bersumpah dengan nama Allah apabila pegawainya ditahan polis berkata, beliau tidak lagi wajar berkhidmat dengan "undang-undang sarang labah-labah".
http://www.malaysiakini.com/news/367980.

Bekas pengarah itu juga mengulas laporan berita yang mengaitkan persaraannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga komen oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan 


Ketika dihubungi Malaysiakini untuk reaksinya, Bahri berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.

“Menggunakan sumber belum masak orang ketiga dan buat ‘judgement syok’ sendiri.

“Tunggulah kenyataan dari mulut saya sendiri,” katanya.

Dalam laporan berita itu, portal FMT yang memetik sumber yang rapat dengan siasatan 1MDB mempersoalkan masa persaraannya.

'Pemakan dedak ada di mana-mana'

Menurut sumber itu, jika kes SRC adalah alasan Bahri berasa bersalah, beliau sepatutnya meletak jawatan tahun lalu atau pada 2015.

Bagaimanapun bekas pegawai kanan SPRM itu hanya tersenyum mendengar hujah itu.

“Pemakan dedak ada di mana-mana, di luar sana mahu pun dalam jabatan-jabatan kerajaan,” katanya.

Beliau juga membidas Abdul Rahman kerana mengadilinya tanpa fakta yang tepat.

“Tapi Rahman Dahlan dah adili saya tanpa merujuk kepada sumber asal iaitu saya sendiri.

"Maka berkewajipan bagi saya lepas pulih dari sakit nanti saya akan jawab satu persatu apa yang Pak Menteri itu tulis mengenai saya.

“Biar rakyat pula yang menjadi pengadilnya,” katanya.

Bahri turut memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak mencabarnya.

“Saya cukup pantang kalau orang pukul curi saya, dulu masa kes SRC Internation tengah memuncak ada sorang bekas ketua menteri membantai saya secara tidak adil...

“Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah.

“Ya, pengamal rasuah dan jangan cuba nak jadi juara kepada rakyat di luar sana,” katanya lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/368015























Tuesday 3 January 2017

PAS Mula Akur Pertandingan 3 Penjuru Juga Merugikan Pihaknya



PAS hari ini memberi amaran kepada parti-parti pembangkang lain untuk sama-sama berbincang mengenai kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Pesuruhjaya PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, sekiranya parti-parti lain boleh bersetuju dua penjuru, PAS sedia untuk menghormatinya.

Namun, sekiranya ia tidak berlaku, PAS seakan memberi amaran bahawa 'sama-sama kita menanggung akibatnya'.

“Jika ada persetujuan untuk dua penjuru, PAS boleh menghormatinya.

“Jika tidak ada persetujuan dan akan berlaku "free for all", PAS bersedia untuk menerokai kawasan-kawasan baru.

“Jentera PAS berupaya dikerah menghadapi kemungkinan tersebut. Sama-sama kita menanggung akibatnya,” kata Iskandar dalam kenyataannya hari ini.