Thursday 25 May 2017

Tinjauan dapati pembaca di media massa sokong Dr M jadi PM



Majoriti pembaca Malaysiakini mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.

Menurut 12,777 responden yang mengundi dalam tinjauan portal ini, seramai 8,926 orang (69.9 peratus) mahukan Mahathir menjadi calon perdana menteri pembangkang manakala 3,276 (25.6 peratus) tidak bersetuju.

Sekumpulan kecil menjawab "tidak pasti" atau "tidak peduli" terhadap tinjauan yang berlangsung selama enam hari bermula 19 Mei lalu.

Kaji selidik itu dijalankan mengikut tiga bahasa, yang mana keputusannya menunjukkan pola pengundian yang berbeza berdasarkan demografi.


Pembaca versi bahasa Inggeris adalah yang paling ramai mahukan Mahathir dan ini dikuti oleh versi Bahasa Melayu dan kemudian versi Cina.

Seramai 76.6 peratus pembaca versi bahasa Inggeris bersetuju Mahathir sebagai calon perdana menteri manakala di kalangan pembaca versi Bahasa Melayu,dan kemudian versi Cina.

Seramai 76.6 peratus pembaca versi bahasa Inggeris bersetuju Mahathir sebagai calon perdana menteri manakala di kalangan pembaca versi Bahasa Melayu, 68.6 peratus bersetuju dengannya.

Walau bagaimanapun, hanya 51 peratus daripada mereka terlibat dalam kajian menerusi soal selidik dalam bahasa Cina yang menyokong Mahathir untuk jawatan tertinggi, manakala 43.9 peratus tidak bersetuju.



PMO bayar AS$250k kepada bekas pembantu Trump untuk melobi


Susulan laporan di sebuah portal berita berpangkalan di Amerika Syarikat, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melakukan semakan untuk menentukan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan khidmat bekas pembantu Presiden Donald Trump untuk tujuan melobi.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa rekod Jabatan Keadailan (DOJ) menunjukkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) kononnya mengupah Healy Baumgardner-Nardone dengan bayaran AS$ 250,000 (RM1.125 juta) pada 19 Mei.

Undang-undang Amerika Syarikat menetapkan bahawa sesiapa yang mahu melobi penjawat awam di negara itu bagi pihak negara asing perlu mengemukakan maklumat berkenaan kepada DOJ. Rafizi membekalkan salinan lobi Baumgardner kepada media.

Mengikut dokumen itu, Baumgardner dikehendaki menawarkan khidmat hubungan kerajaan dan perhubungan awam untuk pelanggannya.

Rafizi berkata perkhidmatan Baumgardner itu mendorong kepada persoalan mengapa kerajaan Malaysia perlu melantik seseorang yang dahulunya adalah sebahagian daripada kakitangan Trump untuk melobi kerajaan Amerika Syarikat.

“Kes yang mana yang perlu menggunakan seorang pelobi berbayar?

“Saya mendesak Najib menjelaskan kepada rakyat sama ada kerja-kerja lobi yang membabitkan pembayaran berjuta ringgit itu turut melibatkan kes-kes yang beliau mempunyai kepentingan peribadi.

“Ini termasuk dakwaan penyelewengan melibatkan dana 1MDB terhadap anak tiri beliau dan Jho Low,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Rafizi juga menggesa Najib untuk mendedahkan siapa di sebalik "Godfrey Group Limited", yang disenaraikan sebagai perantara untuk pejabat perdana menteri.

Menurut dokumen DOJ itu, Godfrey Group beralamat di Taman Molek, Johor Bahru.


Rafizi berkata semakan dengan Suruhanjaya Sekuriti mendedahkan bahawa rekod paling hampir dengan nama itu adalah Godfrey Enterprise, yang didaftarkan atas nama Lim Boon Hoo yang juga mempunyai alamat sama di Taman Molek.

http://www.malaysiakini.com/news/383473

Tuesday 16 May 2017

Pendedahan Terbaru : Razifi Gesa BN Pulangkan Wang Yang Curi Dari SRC


Di bawah ini adalah pendedahan baru yang dilakukan oleh Rafizi berkaitan dana SRC International. Oleh kerana beberapa nama atau badan disebut, maka adalah menjadi kewajipan mereka yang berkenaan untuk tampil memberi penjelasan.

Pilihanraya sudah dekat, maka sebagaimana yang dituntut oleh Rafizi dan tentunya dipersetujui oleh sebahagian besar daripada kita, berdiam diri atau menyembunyikan diri bukanlah jawapan dalam era keterbukaan dan ketelusan ini
.


Senaraikan penerima-penerima wang SRC (yang bermula dari wang pencen rakyat) seperti yang terkandung di dalam dokumen SPRMInsider yang berkait dengan Umno:

i. Pada 22 Julai 2014, Barisan Nasional Bandar Tun Razak dilaporkan menerima RM170,000 dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak

ii. Pada 22 Julai 2014, UMNO (saya andaikan ini ibupejabat UMNO) dilaporkan menerima RM1.5 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak

iii. Pada 24 Julai 2014, UMNO Pulau Pinang dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak

iv. Pada 26 Ogos 2014, UMNO (saya andaikan ini ibupejabat UMNO) dilaporkan menerima RM5 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak

Wang ini datangnya dari SRC yang dipindahkan ke dalam beberapa syarikat sebelum sampai ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib.

Dalam bulan Februari 2015, ada beberapa bayaran lagi kepada parti Barisan Nasional atau tokoh-tokoh/bahagian Umno seperti berikut:

i. Pada 17 Februari 2015, parti UPKO dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib. Nama naib presiden UPKO, YB Datuk Dr Marcus Mojigoh disenaraikan sebagai individu yang bertanggungjawab

ii. Pada 17 Februari 2015, seorang bernama Asmadi Talib dilaporkan menerima RM50,000 dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib. Semakan mendapati Ketua Umno Padang Serai, Kedah adalah seorang yang bernama Asmadi Talib

iii. Pada 26 Februari 2015, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dilaporkan menerima RM1 juta dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib

iv. Pada 3 Mac 2015, Umno Bahagian Johor Bahru dilaporkan menerima RM300,000 dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib

Pembayaran di dalam Februari 2015 adalah lebih sensitif kerana dalam bulan Disember 2014, anak-anak syarikat Putra Perdana Berhad telah memasukkan wang sejumlah RM140 juta ke dalam akaun SRC bagi menggantikan wang yang telah diambil beberapa bulan sebelum itu. Dalam bulan Disember 2014 juga, Tabung Haji telah menyuntik sebanyak RM193.5 juta wang ke dalam kumpulan Putra Perdana Berhad.

Ini menimbulkan tanda tanya besar sama ada wang yang dipindahkan dari SRC ke akaun Dato’ Seri Najib selepas Disember 2014 adalah dana dari Tabung Haji, yang kemudiannya dilaporkan digunakan untuk membayar parti Barisan Nasional seperti UPKO dan tokoh-tokoh/bahagian Umno yang lain.

Jumlah yang dipindahkan dari akaun Dato’ Seri Najib kepada tokoh-tokoh Umno, Umno sendiri dan parti-parti Barisan Nasional adalah RM10,020,000 seperti senarai di atas. 


Rafizi mendesak supaya semua yang dinamakan di atas memberi maklumbalas mengenai dokumen ini dan membersihkan nama mereka.
 

Rafizi juga menggesa supaya mereka memulangkan kembali wang ini kepada SRC, terutamanya UPKO yang berisiko tinggi berkemungkinan besar menerima wang Tabung Haji untuk perbelanjaannya; jika mereka tidak dapat membuktikan mereka tidak menerima wang ini seperti yang didedahkan dokumen.

 http://rafiziramli.com

Jualan Merudum : Ibarat Meludah Ke Langit Harakah Tempah Bilik Neraka Lebih Awal



Ada maklumat mengatakan Jabatan Penerangan Pas yang bertanggungjawab menerbitkan akhbar parti itu Harakah telah mengambil keputusan drastik untuk mengosongkan bangunan yang menjadi ibu pejabat akhbar itu sekarang ini.

Semua unit penerbitan akhbar itu, editorial, iklan dan pemasaran dipindah ke bangunan lain yang juga milik Pas berhampiran restoran Yusuf Haslam. Kalau tidak silap ruang pejabat ini pernah menjadi pejabat akhbar gemulah Siasah.


Tindakan itu dibuat adalah kerana kekangan kewangan. Edaran Harakah kini jatuh merudum sama teruk dengan akhbar rakannya Utusan Malaysia. Jadi untuk mengatasi kekangan itu maka pejabat terpaksa dipindahkan.

Penyakit Utusan nampaknya sudah berjangkit kepada akhbar lidah rasmi PAS juga yang bernama Harakah. Salinan surat dari pejabat agung PAS kini berlegar di media sosial yang meminta setiap cawangan PAS melanggan 10 naskah Harakah setiap keluaran. Alasan yang diberikan ialah agar ahli-ahli PAS mendapat maklumat yang terkini dan tepat. 


Namun semua orang tahu Harakah kini sudah tidak laku di pasaran. Ramai pengedarnya sudah lari dan enggan menjual Harakah lagi.
Satu masa dulu jualan Harakah mencecah 70k ke 80k tetapi kini untuk capai 20k pun susah nak habis.

Manakala pejabat Harakah empat tingkat itu akan disewakan untuk mendapat sumber kewangan. Tidak dinafikan kemelesetan ekonomi negara kini turut sama mencengkam Harakah.

Di zaman kegemilangannya sehinggakan dapat membeli dua bangunan, termasuk yang menjadi pejabatnya yang kini hendak disewakan itu.

Difahamkan juga beberapa orang wartawan dan editor Harakah telah meletakkan jawatannya. Sebelumnya Harakah telah bertindak memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG (kerajaan campuran) dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS.
 

Dan yang paling zalim ialah tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman pada 2015, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor.

Selain itu,Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.

“Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?





 

Monday 15 May 2017

Pengstrukturan Hutang 1mdb Gagal Apabila Dana Yang Diharap Najib Tidak Kunjung Tiba


Pembatalan perjanjian penjualan Bandar Malaysia akan menjejaskan pelan menyelamatkan 1MDB dan memberi isyarat bahawa projek-projek kepentingan China di negara ini tidak seindah dibayangkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Naib presiden PKR Rafizi Ramli berkata, pentadbiran Najib akan terus menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB terutama bila projek-projek yang disusun dengan pembiayaan dana Kerajaan China mula bermasalah.

"Ini bermakna, Datuk Seri Najib akan terus dihantui oleh masalah hutang akibat 1MDB yang akan mengheret beliau dan rakyat Malaysia terus berdepan dengan risiko kehilangan berpuluh bilion ringgit untuk menutup lubang hutang tersebut," katanya.

Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan merujuk kepada laporan-laporan media mengenai pengumuman tarikh luput tempoh masa memenuhi syarat-syarat perjanjian jual beli tanah-tanah Pangkalan Udara Sungai Besi yang kini dipanggil 'Bandar Malaysia'.

Ia membabitkan TRX City Sdn Bhd, iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih projek itu dari 1MDB.

Pengumuman itu menyatakan syarikat usahasama milik Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan anak syarikat Kerajaan China, China Railway Engineering (M) Sdn Bhd telah gagal membeli pegangan 60% di dalam pembangunan Bandar Malaysia, projek yang diumumkan bernilai RM7.42 bilion.

"Ini bermakna pengumuman-pengumuman sebelum ini bahawa kononnya pentadbiran Datuk Seri Najib Razak telah berjaya menstrukturkan kembali hutang-hutang 1MBD dengan sendirinya terbatal.

"Secara langsung, ia mengesahkan hakikat bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib masih belum ada jalan untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB yang kini ditanggung oleh rakyat dan bakal diwariskan," tegas Rafizi.

Menurutnya, penjualan 60% pembangunan Bandar Malaysia pada hujung 2015 telah mengundang kemarahan rakyat kerana tanah pangkalan udara yang sangat strategik dan bersejarah dijual kepada syarikat asing.

"Alasan yang diberikan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib pada ketika itu ialah keperluan nasional untuk menstrukturkan semula hutang-hutang 1MDB.

"Walau bagaimana pun, terbatalnya penjualan tersebut bermakna hutang yang ditanggung oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd (anak syarikat 1MDB) dan 1MDB keseluruhannya masih kekal tidak diselesaikan.

"Ini termasuklah sejumlah RM1.55 bilion yang perlu dibayar kepada Tabung Haji akibat kertas hutang sukuk yang diterbitkan Bandar Malaysia Sdn Bhd dan dibeli oleh Tabung Haji dalam tahun 2014," jelas Rafizi lagi.

Bayaran pokok pertama yang perlu dibuat kepada Tabung Haji, ujar beliau adalah pada 2021 dan bakinya pada 2024.

Sehubungan itu, beliau menggesa peneraju Tabung Haji memberi maklum balas kepada para pendeposit berhubung pembelian sukuk tersebut memandangkan belum ada tanda-tanda dana Tabung Haji berjumlah RM1.55 bilion itu akan dapat dibayar sepenuhnya tanpa melibatkan penggunaan dana awam.

Beliau menambah, pembatalan urusniaga syarikat usahasama IWH-CREC ini juga mempunyai kesan yang lebih besar kepada masa depan politik Najib.

"Pemerhati politik dan ekonomi sedia maklum bahawa kekuatan kewangan syarikat milik kerajaan China (iaitu CREC) adalah sebab utama kenapa tanah yang begitu strategik dijual kepada satu syarikat usahasama asing.

"Malah kebelakangan ini, Datuk Seri Najib dilihat cukup akrab dengan kerajaan China sehingga menimbulkan spekulasi sebahagian besar dana yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kewangan akibat 1MDB berkemungkinan datangnya dari China," ujarnya.

Beliau yakin pembatalan jual beli melibatkan syarikat gergasi milik kerajaan China itu menandakan hubungan di antara pentadbiran Najib dan kerajaan China tidaklah sebaik yang diuar-uarkan.

"Jika ada perbezaan besar mengenai jual beli Bandar Malaysia hingga menyebabkan pertikaian terbuka di antara anak syarikat kerajaan China dengan kerajaan Malaysia, itu bermakna hubungan yang mendingin itu akan turut terpalit kepada projek-projek besar yang lain seperti pembinaan Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL)," katanya.

Thursday 4 May 2017

Nama-nama yang disebut Rafizi Ramli didakwa menerima duit SRC International dari akaun PM


3 Mei 2017 , dalam sidang akhbar oleh Rafizi Ramli sebagai menunaikan janjinya untuk terus mendedahkan aliran wang daripada akuan peribadi Najib Razak yang dananya didakwa berpunca daripada SRC International, anak syarikat 1MDB yang memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP, tiga pihak lagi dinamakan sebagai penerimanya.


Nama-nama yang disebut Rafizi Ramli didakwa menerima duit SRC International dari akaun PM :

1.Datuk Amhari Effendi

- Penasihat Kanan PM.

- Menerima RM2 juta.

- Diterima melalui syarikat Orb Solution yang mana beliau ada 50 peratus saham.

- Orb Solution adalah developer bagi apps Najib Razak.

- Dikaitkan sebagai perunding kerajaan bagi penyelesaian dispute 1MDB - IPIC/Aaabar.

2. Datuk Seri Najib Razak

- Membayar dua kad kredit dari akaun AmIslamic bernombor 221202201880 dan 2112022011906 pada 8 0gos 2014.

- Jumlah bayaran dua kad kredit ialah RM3.28 juta bagi pembelian barang kemas di De Grisogono, Itali dalam tempoh satu hari.

- Pembelian barang kemas dipercayai bagi kegunaan isterinya, Rosmah Mansor.

3. Yayasan Al Abrar

- Menerima RM5 juta.

- Yayasan Al Abrar menganjurkan malam Malaysia Berselawat pada 17 Dis 2013 dihadiri kira-kira 15,000 orang.

- Pengerusi, Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah

Nama individu-individu lain terlibat akan didedahkan pada sidang akhbar seterusnya.