Tuesday 29 August 2017

Juara Sukan Sea Milik Rakyat,Juara Rasuah Milik Siapa?


Boleh dikatakan tanpa mengira latar belakang, keturunan, agama, budaya warna kulit, semua rakyat Malaysia begitu teruja dengan kejayaan kontinjen Sukan Sea.


Tahniah kepada kontijen Sukan Sea Malaysia atas kejayaan selaku juara keseluruhan Sukan Sea  walaupun terpaksa mengharung kehidupan sukar di zaman pemerintahan Najib tetapi masih boleh menjadi juara keseluruhan.

Rakyat terbeban kos sara hidup yang kian meningkat ekoran kenaikan bermacam harga barangan dan perkhidmatan,k
enaikan Tol, GST, penarik balikan pelbagai subsidi,kejatuhan nilai ringgit dan bermacam-macam lagi membuatkan rakyat di negara ini makin rimas dan tertekan.

Menjadi juara keseluruhan Sukan Sea 2017 membuktikan, rakyat komited menyumbang kepada perubahan positif kepada negara.

Namun, sejak terbongkarnya Skandal 1MDB dan 'derma' RM2.6 billion yang melibatkan Perdana Menteri, DS Najib Razak bermulalah juga era Malaysia menjadi tumpuan dunia atas sebab yang negatif. Sebuah negara yang satu ketika dahulu diakui sebagai sebuah negara model bagi negara-negara membangun dan Islam, kini diiktiraf seantero dunia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kleptokrasi.

Daripada sebuah negara yang berstatus juara bagi negara-negara membangun dan Islam, ia menjunam ke lembah kehinaan bilamana masyarakat antarabangsa 'menganugerahkan' Malaysia dengan gelaran Juara Dunia Rasuah!

Gelaran yang selama ini digenggam oleh Mexico, begitu mudah diambil alih oleh Malaysia di bawah kepimpinan DS Najib Razak.

'Pencapaian' ini juga jauh mengatasi jiran rapat Malaysia, Indonesia yang tampak sudah bergerak ke arah yang lebih positif sejak Presiden Jokowi menerajui republik berkenaan.

Malahan Singapura, republik yang sering dituduh oleh UMNO sebagai negara perkauman dan menyisihkan masyarakat Melayu, diletakkan dalam kedudukan kedua paling bersih dari aspek rasuah selepas Jepun.

Sebagai perbandingan, di Jepun kita sering mendengar yang para penguasanya akan meletakkan jawatan apabila dikaitkan dengan isu rasuah walaupun belum dibicarakan mahupun disiasat kerana mereka sedar betapa imej negara jauh lebih penting berbanding kekal berkuasa secara peribadi.

Sangat berbeza dengan di Malaysia, walaupun sudah terbukti bahawa memang ada wang dalam jumlah yang sangat banyak berada dalam akaun peribadi seorang Perdana Menteri, Peguam Negara boleh membebaskannya begitu sahaja hanya dengan kata-kata individu berkenaan, "saya tidak tahu siapa yang masukkan" atau hanya dengan kata-kata keramat, "ianya derma"!

"Saya tidak tahu" nampaknya sudah menjadi satu trend yang terbukti mampu membebaskan ahli politik daripada sebarang dakwaan rasuah. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan juga telah menggunakan jawaban berkenaan dan beliau masih menjawat jawatan menteri!

Sampai bilakah Malaysia akan kekal dengan kejuaraan ini?