Wednesday 27 September 2017

Bab Kata Kesat: Terbukti Najib Memang "Champion" Jadi Apa Perlunya Salleh Keruak Bidas Pemimpin Pembangkang Pulak?



Menteri Komunikasi dan Multimedia hari ini  Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas segelintir pemimpin pembangkang yang menggunakan bahasa kesat untuk mencaci penyokong Umno dan BN.

Beliau juga mempersoalkan kewajaran tindakan sedemikian hanya kerana perbezaan dan persaingan politik.

“Mat Sabu menghukum agamawan yang bersama Umno dan BN sebagai berfahaman celaka, Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengeluarkan fatwa berdosa mengundi PAS dan BN, dan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula menggelarkan orang Umno dan BN sebagai kaum jahiliah.

“Sebagai pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak perlulah kita mencarut. Cukuplah sekadar kita menggariskan hala tuju perjuangan parti dan mengkritik kelemahan kerajaan BN.

“Saya fikir itu lebih beradab daripada menggelarkan sesama kita dengan bahasa yang tidak bertamadun,” katanya dalam catatan di laman blognya hari ini.

“Sebagai pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak perlulah kita mencarut. Cukuplah sekadar kita menggariskan hala tuju perjuangan parti dan mengkritik kelemahan kerajaan BN.

“Saya fikir itu lebih beradab daripada menggelarkan sesama kita dengan bahasa yang tidak bertamadun,” katanya dalam catatan di laman blognya hari ini.

Bendahari Umno itu berkata tindakan Mat Sabu, Dr Mahathir (foto) dan Muhyiddin hanyalah untuk menggembirakan DAP yang dianggap boleh membawa mereka ke Putrajaya.

https://www.malaysiakini.com/news/396461

Salleh Keruak sepatutnya membidas Najib terlebih dahulu sebelum membidas pemimpin pembangkang.

Di bawah ini penulis sertakan video sebagai fakta kenapa Najib boleh dinobatkan sebagai "Champion" Juara Carut seMalaysia.



1. Haramjadah

“Haram jadah mereka tu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian (FGVHB). Saya nak tengok muka-muka mereka ni terima durian runtuh. Haram jadah,” Najib Razak Mei 2012





2. Sekor-sekor.

“Tuan-tuan ingat puak-puak yang terlibat dalam Bersih 4.0 semalam tu nak buat Felda tak? Cuba tengok muka sekor-sekor tu. Sekor-sekor dalam surat khabar tv tu. Ada hati perut nak bangunkan Felda?Ada hati perut nak bangunkan kawasan luar bandar? Najib Razak - September 2015



3. Bangsat

"Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap," "Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat, ..tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan," Najib Razak - Ogos 2015



4. Bangang

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan.Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang ni la ,bangang ye ..saya belajar daripada isteri saya bahasa minang ..bangang" Najib Razak - Disember 2014











Sunday 24 September 2017

Masyaallah : Zuhud Najib & Rosmah Yang Tidak Diketahui Umum


Lebih kurang dua bulan Najib menjadi Perdana Menteri dan Rosmah wanita pertama negara, mereka sering menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan mengatakan mereka amat boros sekali.

Berita keborosan pasangan ini bukanlah asing lagi malah perbagai berita tentang keborosan mereka sering menghiasi dada akhbar tempatan mahupun di luar negara, di media sosial dan di pentas-pentas politik pembangkang.




Barangkali akibat terlalu banyak berita tentang keborosan pasangan ini maka tertutuplah perkara-perkara zuhud yang pernah mereka lakukan sebelumnya.

Berpandukan kepada video pendek di u tube yang bertajuk Rosmah perempuan puaka yang dimuat turun pada tahun 2009 memberi sedikit gambaran tentang zuhudnya Najib dan Rosmah ketika mengadakan majlis perkahwinan.




Dalam video itu Che Mah Abdul Hadi  yang mengakui Rosmah Mansor berkahwin dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di rumah 159/50  Gedong Lalang, Seremban.

Bagaimanapun, ketika dihubungi melalui telefon, Che Mah (foto, bawah) berkata beliau sudah lupa tarikh tepatnya.Menurut Che Mah ketika itu Najib hendak bertanding Ketua Pemuda disekitar tahun 1987


"Tetapi dia (Rosmah) sudah tidak kenal saya, walaupun berkahwin di rumah saya," katanya lagi, mengulangi dakwaan dalam klip video sewaktu diwawancara.

Dalam temubual itu, Che Mah menceritakan saat-saat awal persiapan pernikahan Najib-Rosmah yang hanya membabitkan "14 hingga 15 orang" sehingga suaminya Ariffin memanggil lagi ahli-ahli Umno menjadikan 80 hadirin semuanya.

Masyaalah !!! Najib ketika itu dikata kan oleh Che Mah berkahwin dengan rosmah pada sekitar tahun 1987 berjawatan sebagai menteri Kebudayaan Belia dan Sukan sangat sangat berjimat dalam mengatur perkahwinannya dengan Rosmah Mansor . Pada awalnya hanya 14 hingga 15 orang dipanggil dan kemudian menjadi 80 orang hadirin kesemuanya. 

Dengan kehadiran 80 orang sahaja sudah tentu kenduri di adakan secara kecil-kecilan malah lebih zuhud dari Hadi Awang dan Nik Aziz ketika mereka menikah dahulu. 

Saturday 23 September 2017

Hubungan Uber dan Putrajaya kini disiasat Jabatan Kehakiman AS ( DoJ)




UBER Technologies Inc.yang berpejabat di Amerika Syarikat (AS) dikatakan sedang menyiasat kemungkinan ada "aturan kewangan" antara syarikat itu dengan kerajaan Malaysia yang mungkin mempengaruhi keputusan Putrajaya berhubung operasi perkhidmatan pengangkutan itu di negara ini.

AS mempunyai undang-undang menyekat mana-mana entiti perniagaan di negara itu daripada terlibat dalam amalan rasuah ketika melakukan perniagaan di negara-negara lain.

Menurut laporan Bloomberg, firma guaman O'melveney & Myers LLP yang mewakili Uber kini meneliti satu derma korporat yang diumumkan Ogos tahun lalu berjumlah puluhan ribu dolar kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia (MaGIC), sebuah hub usahawan yang disokong kerajaan.

"Peguam sedang cuba memastikan apakah ada sebarang bentuk balas budi (quid pro quo)," lapor Bloomberg.
Sebuah agensi berita antarabangsa melaporkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sedang menyiasat Uber untuk menentukan sama ada ia melanggar undang-undang berhubung rasuah di luar negara.

Laporan tersebut menyatakan sehubungan itu, firma undang-undang Uber sedang menyiasat derma korporat bernilai "berpuluh ribu dolar" yang dibuat Uber pada Ogos 2016 kepada MaGIC.

Dakwaan rasuah itu berkaitan dengan ASEAN Next Great Idea (ANGI) MaGIC yang dianjurkan secara bersama oleh MaGIC, Uber dan rakan kongsi korporat lain yang dilancarkan pada Ogos 2016.

Dalam kerjasama itu, MaGIC menyelaraskan kandungan, modul yang dirancang dan memasarkan program untuk mendapatkan peserta ASEAN manakala Uber bertanggungjawab bagi makmal pembentukan idea dan rakan kongsi korporat ketiga menyediakan strategi permulaan.


Manakala Bloomberg melaporkan bahawa peguam Uber sedang mengkaji beberapa transaksi kewangan dan urus niaga yang didakwa berkaitan kerajaan Malaysia yang mungkin mempengaruhi ahli parlimen di negara ini.

Para peguam dikatakan sedang meneliti derma korporat puluhan ribu ringgit, yang diumumkan pada Ogos 2016, kepada Pusat Inisiatif dan Kreativiti Antarabangsa Malaysia (Magic), yang adalah hab usahawan yang disokong kerajaan.

Sekitar masa sama, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP) dikatakan melabur AS$ 30 juta dalam Uber, lapor Bloomberg.

Kira-kira setahun kemudian, Parlimen meluluskan rang undang-undang menjadikan perkhidmatan ‘e-hailing’ sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang.


Siasatan Uber ke atas urusannya di Malaysia adalah sebahagian daripada semakan menyeluruh terhadap operasi syarikat itu di Asia, susulan siasatan yang dimulakan Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

Selain Malaysia, Uber turut mengarahkan siasatan dalaman di sekurang-kurangnya empat lagi negara Asia — China, India, Korea Selatan dan Indonesia.

Laporan Bloomberg menyebut semakan Uber ke atas operasinya di Indonesia mendapati pegawainya menyogok polis di Jakarta. Seorang pegawainya dipecat manakala pengurus yang meluluskan suapan itu digantung kerja. — 20 September 2017

Wednesday 20 September 2017

Kritikal : Rizab Malaysia Hanya Lebih Sedikit Daripada Hutang Yang Harus Dibayar Lapor Bloomberg




Kurang daripada sedekad yang lalu, Tabung Kewangan Antarabangsa IMF memberi gambaran bahawa negara -negara Asia adalah kumpulan negara yang  banyak menghimpunkan di stok simpanan rizab mereka. 

Tetapi kini krisis kewangan global dipengaruhi oleh kadar faedah A.S yang bersedia untuk terus melonjak , perlumbaan tersebut untuk mengenal pasti negara-negara mana yang mempunyai penampan kuat terhadap modal yang mengalir ke pasaran maju. 

Perkiraan IMF mendapati bahawa Thailand dan Filipina mungkin lebih baik untuk menahan tekanan yang lebih  ke atas mata wang yang muncul di Asia, berdasarkan pengiraan yang diambil sebelum pemulihan  A.S  yang menggugat pasaran pertukaran asing. 

IMF bulan lalu meramalkan rizab Thailand pada $ 163.3 bilion pada akhir tahun, berbanding dengan $ 64.9 bilion yang diperlukan mengikut apa yang dipanggil tolok ukur Rizab Kecukupan Menilai yang mengabungkan kriteria daripada hutang jangka pendek kepada bekalan wang, import dan aliran pelaburan.

Filipina sedang menuju ke pangkalan $ 84 bilion, berbanding dengan keperluan $ 31 bilion. "Dalam trend luas kekuatan dolar - atau kelemahan mata wang pasaran baru muncul - mata wang negara yang mempunyai banyak rizab mungkin akan lebih baik daripada yang lain," 

Tsutomu Soma, pengurus besar jabatan pendapatan tetap di Tokyo di SBI Securities Co., dalam temu bual telefon. "Anda tidak menyerang mata wang apabila anda tahu pihak berkuasa kewangan mempunyai banyak wang untuk campur tangan. Sebaliknya, anda mencari mata wang yang kurang kemampuan untuk mempertahankannya. "

Malaysia dan Turki adalah contoh klasik negara yang tahap rizabnya jatuh ke tahap kritikal berbanding jumlah hutang luar negeri jangka pendek mereka, "kata Takahide Irimura, seorang pakar ekonomi di Mitsubishi UFJ Kokusai Asset Management Co, yang mengawasi kira-kira $ 114 bilion, dalam temuramah telefon. "Apabila trend pasaran keseluruhan turun, pelabur mencari siapa yang lebih lemah dan kedudukan rizab yang lemah juga diserlahkan."