Thursday 30 March 2017

Krisis Malaysia Dengan Korea Utara Sudah Selesai


Krisis diplomatik Putrajaya - Pyongyang berakhir. Ia diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Menurut beliau, pesawat udara membawa sembilan rakyat Malaysia sudah meninggalkan ruang udara Korea Utara.

Mengumumkan perkara itu perdana menteri berkata kumpulan terakhir rakyat Malaysia yang sebelum ini masih berada di Korea Utara dibawa keluar menaiki penerbangan khas sebentar tadi.

"Alhamdulillah, mereka berlepas dari Pyongyang hari ini pada jam 7.45 petang waktu Malayia dan akan mendarat di Kuala Lumpur kira-kira jam 5 pagi esok," katanya.

Ekoran perkembangan itu, Najib berkata, kerajaan juga akan membenarkan semua warga Korea Utara meninggalkan negara ini.

Sebagai tambahan, katanya, kerajaan juga akan menyerahkan mayat Kim Jong-nam kepada Korea Utara.

"Ekoran selesainya bedah siasat (Jong-nam) dan surat permohonan daripada keluarganya yang meminta mayat berkenaan dipulangkan ke Korea Utara, koroner meluluskan pelepasan mayat berkenaan," katanya.

Hubungan antara kedua-dua negara menjadi tegang apabila Jong-nam yang juga abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, 46, mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 pada 13 Februari lalu.

http://www.malaysiakini.com/news/377580

Tuesday 28 March 2017

Najib Pertimbangankan Beli Jet Tempur Rafale


Presiden Perancis Francois Hollande telah memulai lawatannya ke Asia Tenggara baru-baru ini, tiga negara yang menjadi tujuannya adalah Indonesia, Singapura dan Malaysia. 


Tidak sekadar melakukan pertemuan bilateral, Holande juga merayu Malaysia untuk membeli jet tempur Rafale. Pesawat itu merupakan produk generasi keempat buatan negara Perancis.

Meski begitu, sampai saat ini pemerintah Malaysia belum membuat putusan apapun soal pembelian armada baru. Hal inilah yang membuat Holande merasa mendapat angin segar untuk menawarkan produk dari negaranya.

Holande meyakinkan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, dia menyebut Rafale sebagai 'jet terbaik untuk kategorinya.'

"Anda juga boleh mengalih pandangan ke Perancis dan mendapatkan pesawat transport A400M dan Malaysia adalah negara non-NATO pertama yang memiliki pesawat ini," ujar Holande.

Namun, Najib menjawab sejauh ini beliau belum memutuskan soal jenis pesawat tempur yang akan dibeli negaranya dan tidak menutup kemungkinan Rafale sebagai salah satu alternatif untuk memperkuat pertahanan udara mereka.

"Kami belum memutuskannya sekarang, tetapi kami akan memikirkannya," sahut Najib, bila ditemuramah Asian Correspondent.

Sementara ada sumber menyebutkan, Malaysia sendiri berencana membeli 18 unit Rafale dengan nilai pembelian lebih dari USD 2 billion, RM 8.8 billion pembelian itu dibuat untuk menggantikan jet tempur MiG-29 buatan Rusia.

Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dilaporkan tengah mencari beberapa pesawat pengganti, di antaranya Rafale dan Eurofighter Typhoon, buatan perusahaan Britain, BAE System.









Monday 27 March 2017

Ganggu Proses Demokrasi Guru : Mahdzir Dinasihatkan Letak Jawatan



KUALA TERENGGANU: Guru yang aktif dalam mempromosi pembangkang dan asyik memburukkan kerajaan dinasihatkan berhenti daripada perkhidmatan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata setiap kakitangan awam sepatutnya sedar bahawa mereka terikat dengan peraturan yang ditetapkan dalam Perintah Am dan tindakan mengkritik hingga berbaur fitnah tidak sepatutnya berlaku.


"Jika dia masih lagi guru kemudiannya naik pentas hingga menghentam kerajaan...bagi syarahan, lepas tu ada unsur fitnah dalam tu...saya ingatkanlah elok kalau dia meninggalkan profesion dia.

Penulis ingin mengulas sedikit tentang demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Sebagai penjawat awam memang ada peraturan yang perlu dipatuhi dalam Perintah Am tetapi sejauh manakah Mahadzir mengklasifikasikan kutukan itu adalah fitnah atau sebaliknya.?

Jika kutukan itu membina maka ianya patut diambilkira kerana golongan guru merupakan kumpulan terpelajar dan berilmu .

Mengeluarkan kenyataan " Guru yang aktif dalam mempromosi pembangkang dan asyik memburukkan kerajaan dinasihatkan berhenti daripada perkhidmatan" agak terkelaluan dan menganggu proses demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.

Sebagai menteri dan wakil parlimen , Mahadzir harus menghormati proses-proses demokrasi yang sedang berjalan dan sekiranya beliau berterusan menganggu proses ini maka ada baiknya beliau meletakkan jawatan sebagai menteri.

Di Bawah ini saya pautkan berita tentang golongan pendidik mengkritik kerajaan mereka di seluruh dunia

http://www.breitbart.com/big-government/2017/01/18/fourth-grade-teacher-wont-let-students-watch-trumps-inauguration-speech/

http://www.dw.com/en/japans-nationalist-education-agenda-comes-under-criticism/a-18387950

http://sverigesradio.se/sida/artikel.aspx?programid=2054&artikel=6505680

Najib 'Juara' Belanja Wang Minyak Negara, kata Rafizi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membelanjakan lebih banyak pendapatan petroleum di negara ini berbanding pendahulunya sejak memegang jawatan itu pada tahun 2009, dakwa anggota parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata Najib adalah 'jaguh antara jaguh' dan telah membelanjakan RM376 bilion pendapatan petroleum di antara 2009 dan 2016, atau purata sebanyak RM54 bilion setahun.

"(Tun) Mahathir (Mohamad), sepanjang 22 tahun jadi PM belanjakan RM163 bilion, RM8 bilion setahun," kata Rafizi kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di parlimen hari ini.

Rafizi berkata, angka itu berdasarkan data disediakan Jabatan Perbendaharaan atas dividen petroleum, royalti minyak dan hasil petroleum dari tahun 1970 sehingga 2016.

Rafizi berkata, pendahulu Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi membelanjakan RM204 bilion pendapatan petroleum, atau RM41 bilion setiap tahun dari 2003 hingga 2009; Tun Hussein Onn membelanjakan RM8 bilion, atau RM1.6 bilion setahun (1976-1981); dan Tun Razak Hussein membelanjakan RM1 bilion atau RM175 Juta setahun (1970-1976).

Saturday 25 March 2017

Indeks Inflasi Melonjak Ke Paras 4.5 % Bulan Februari 2017 Sebulan Selepas Johari Ghani Umum Stabil Pada 3.2 %



Indeks harga pengguna Malaysia pada Februari meningkat kepada paras tertinggi dalam lapan tahun pada 4.5 peratus daripada setahun yang lalu, data kerajaan menunjukkan pada hari Jumaat.

Kadar inflasi tertinggi sejak November 2008 apabila ia mencecah 5.7 peratus.

Kadar inflasi Februari didorong oleh kos tertinggi pengangkutan dan makanan, data daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan.

Kadar inflasi adalah di atas 4.1 peratus ramalan pertumbuhan dalam satu tinjauan Reuters, dan melebihi sasaran inflasi purata Malaysia bagi tahun ini. Inflasi tahunan meningkat 3.2 peratus pada bulan Januari.

Bank pusat Malaysia berkata pada hari Khamis ia menjangka inflasi kepada purata antara 3 hingga 4 peratus bagi 2017.



Sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kerajaan membatalkan GST.

"Jika kerajaan tidak mampu untuk membatalkan GST, sekurang-kurangnya kerajaan perlu menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi sebagai langkah mengurangkan beban rakyat.

"Menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi tidak akan mengurangkan nilai kutipan GST kepada kerajaan kerana harga barangan yang lebih mahal akan mengimbangi penurunan kadar GST," kata Tuan Ibrahim.

RHB Research menjangka inflasi akan meningkat kepada tiga peratus tahun ini daripada 2.1 peratus pada 2016, katanya dalam satu nota penyelidikan.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan harga bahan api yang lebih tinggi, penghapusan subsidi ke atas harga barang terpilih, peningkatan kos perniagaan serta penyusutan ringgit yang menyebabkan harga import yang lebih tinggi, katanya.


Manakala Kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya berdasarkan turun naik inflasi dalam jangka pendek, kata Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, kenaikan kadar inflasi kepada 3.2 peratus pada Januari 2017 berkait rapat dengan lonjakan harga minyak dan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

"(Bagaimanapun) inflasi teras - tidak termasuk harga bahan api - kekal stabil pada 2.3 peratus - berbanding 2.1 peratus pada 2016 - dengan tidak menjangkan kenaikan harga berskala besar," kata Johari ketika dihubungi Malaysiakini.

Tuesday 14 March 2017

Laporan CIA Mukasurat 4 : Skandal BMF Tiada Kaitan Tun Mahathir


Berbekalkan laporan siasatan CIA yang didedahkan baru-baru ini, media arus perdana kawalan BN (sebut Barang Naik) pagi petang siang dan malam tak henti-henti mengaitkan Tun Mahathir dengan skandal BMF.

Baru-baru ini, anak Tun Mahathir, Dato Seri Mukhriz tampil menjawab isu skandal tersebut ketika ditanya dalam sesi soal jawab bersama penduduk Kampung Pinang, Pedu di Kuala Nerang Kedah.

Menurut Mukhriz, skandal BMF meletup pada bulan 4 atau bulan 5 tahun 1981 dan pada waktu itu ayahnya, Dr Mahathir belum lagi menjadi Perdana Menteri, (PM) Malaysia, kerana ayahnya mula mengangkat sumpah jawatan PM pada bulan 7 tahun 1981.

"Seperti mana yang kita tahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri tahun 81 jadi kes ini (skandal BMF) meletup pada bulan 4 ke bulan 5 tahun 81, Tun Mahathir angkat sumpah jadi Perdana Menteri bulan 7 tahun 81 jadi dia tak dan (tak sempat) bukan zaman dia," katanya.

Menurut Mukhriz lagi, Menteri Kewangan Malaysia pada masa meletupnya kes BMF adalah Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim Zainuddin hanya mula menjawat jawatan itu dalam tahun 1984.

"Lepas tu menteri kewangan sebab ini melibatkan bank bumiputera menteri kewangan pada waktu itu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim hanya ambil alih tahun 84," katanya.

Namun tambah Mukhriz lagi, Tun Mahathir sebagai ketua negara pada masa itu tetap mengambil tanggung jawab terhadap skandal tersebut.

"Tak apalah walaupun benda itu (skandal BMF) berlaku sebelum zaman tun tapi bila dia jadi Perdana Menteri dia pun bertanggungjawab sebagai ketua negara..." Katanya lagi.

Merujuk kepada laporan hasil siasatan CIA yang didedahkan kepada masyarakat umum, Mukhriz menyebut bahawa di muka surat 4 dokumen tersebut secara jelas menyatakan bahawa perdana menteri tidak terlibat dalam skandal tersebut.

"Tapi kalau baca betul-betul laporan CIA tu, terang-terang disebut dalam muka surat 4, dalam banyak-banyak muka surat panjang lebar lah cerita tu, tapi dalam muka surat 4 tu, dah disebut bahawa mereka siasat dan mendapati perdana menteri tak terlibat, tidak terlibat dalam kes BMF ini," katanya.

Isu Siapa TPM : Lim Kit Siang Ajar Arus Media Perdana Tentang Patriotisme


Terbaru, media arus perdana melancarkan serangan fitnah kononnya Kit Siang bercita-cita mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Ia termasuk laporan Utusan  yang memutar belit kenyataan AJK Biro Guaman DAP Kedah, Zulhazmi Shariff kononnya DAP menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Malah, Utusan bersama Berita Harian, New Straits Times dan TV3 turut ‘menyerang’ portal berita Malaysiakini yang dituduhnya menyokong ‘hasrat’ DAP tersebut sedangkan ia langsung tidak berasas.

“Biar saya jelaskan di sini yang saya tidak pernah bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

“Satu-satunya impian saya adalah memastikan usaha politik kita selama ini akan melahirkan generasi akan datang yang lebih bersatu-padu, adil, demokratik dan sejahtera,” tegas Kit Siang.

https://www.roketkini.com/2017/01/26/awas-kaki-fitnah-kit-siang-akan-ambil-tindakan-undang-undang/

Malam ini berlansungnya Majlis Dialog Anak Muda
Bersama YB Lim Kit Siang dan Perlancaran Sekretariat Pemuda PH + Armada  Pandan dan Ampang Selangor .

Dalam satu sesi soal jawab penulis tertarik dengan soalan yang diajukan oleh Ketua Srikandi Ampang, Siti Farah Abu Hassan 

Soalan Siti Farah

"Arus Media Perdana terus memainkan tomahan bahawa jika Pakatan Harapan menang maka YB Lim Kit Siang akan menjadi TPM ataupun PM? "

Jawapan YB Lim Kit Siang

"Mereka ( Arus Media Perdana ) kata saya begitu kuat, begitu gagah sehingga semua menjadi boneka saya . Anwar Ibrahim boneka saya, Wan Azizah boneka saya, Mat Sabu boneka saya, Tun Mahathir 22 tahun menjadi PM pun menjadi alat saya".

"Sebelum ini saya dengan Tun M ada perbezaan dalam beberapa perkara  tetapi oleh kerana matlamat untuk selamatkan Malaysia kami boleh bekerjasama tetapi dia bukan alat saya dia bukan alat beliau."

"Arus Media Perdana memainkan isu bahawa mahathir agen saya , saya mastermind , orang Tionghoa kata saya memperalatkan MCA." 

"Kita harus menghormati antara satu sama lain dan berjuang untuk apa kita rasa baik untuk negara, politik bukannya alat untuk sesiapa "

Mengulas kepada jawapan YB Lim Kit Siang jelas bahawa beliau lebih bersandarkan kepada matlamat pejuangan untuk negara daripada berfikir tentang jawatan dalam politik , apa yang disebut sebagai patriotisme.





Atas sebab patriotisme itulah, mereka semua di dalam Pakatan Harapan tanpa mengenal parti politik, agama dan bangsa bersatu  bagi memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.








    


Monday 13 March 2017

Debat Tun Mahathir - Nazri 25 Mac ini



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan debatnya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlangsung di Padang Rengas, Perak bermula jam 3 petang pada 25 Mac ini.

Katanya, debat itu adalah mengenai isu berbangkit dalam negara.

Menurut Nazri, beliau tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran debat itu.

"Perkembangan terbaru adalah, dia minta debat di Padang Rengas, saya sudah sediakan dewan, pada 25 Mac, jam 3 petang di Dewan Milineum di Padang Rengas.

"Saya akan hormatinya, tidak ada masalah, saya cuma mahu berdebat. Itu juga kerana dia mencabar saya," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, bekas presiden Umno itu mencadangkan agar diadakan debat berkenaan pelbagai isu termasuk 1MDB dan BMF.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya mencabar anggota Parlimen Padang Rengas untuk bertanding di kerusi terbabit dan mahu berbahas dengan Nazri di hapadan orang ramai.

Mengulas lanjut, Nazri berkata beliau menghormati Dr Mahathir dan mereka akan berdebat mengenai isu negara.

Nike Cipta Tudung Khas Atlet Muslimah


Untuk kali pertama, Nike kini menawarkan produk yang dianggap sesuai dipakai atlet Muslimah yang selama ini dihantui kekangan pakaian patuh syariah.

Tudung khusus untuk atlet Muslimah itu akan dilancarkan pada awal tahun depan, sekali gus menjadikan Nike sebagai pengeluar pertama yang menawarkan tudung kepada ahli sukan, kata syarikat itu dalam kenyataan rasminya.

Berfungsi sebagai penutup aurat wanita di bahagian kepala, tudung tersebut akan dipasarkan dengan jenama ‘Nike Pro Hijab‘ dengan reka bentuk membolehkan penggunanya mengekalkan prestasi di atas gelanggang.



Produk itu dihasilkan menggunakan bahan poliester yang ringan dan direka bentuk dengan lubang-lubang halus supaya tidak menyerap haba, serta cepat kering.

“Tempoh setahun diperlukan untuk mencipta produk ini dengan dorongan untuk kembali membawa misi Nike iaitu semua orang boleh menjadi atlet,” kata kenyataan tersebut.



Untuk mempromosi Nike Pro Hijab, syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu menggunakan beberapa atlet beragama Islam sebagai model.

Antaranya Amna Al Haddad, Manal Rostom dan Zahra Lari.
Usaha Nike itu juga bertitik tolak daripada aduan beberapa atlet wanita muslim kepada syarikat itu mengenai kesukaran mereka untuk memakai tudung sesuai ketika beraksi.

http://vox.malaysiakini.com/my/8950?utm_source=malaysiakini&utm_campaign=mkini&utm_medium=desktop&utm_content=vox_column_content

Wednesday 8 March 2017

Sinopsis Info Isu Malaysia vs Korea Utara


Korea Utara, negara yang pelik . Presiden pertamanya Kim Il-sung (1912-1994) tidak pernah dilucutkan jawatan sebagai 'presiden' walaupun dia dah lama mati. Korea Utara menganggap Il-sung Presiden sepanjang zaman.

Anaknya Kim Jong-il (1941-2011) yang menggantikannya tidak ditabal sebagai Presiden. Dia hanya mendapat jolokan 'Pemimpin Tertinggi Korea Utara'. Begitu juga pemimpin yang menggantikannya, tetap tidak dipanggil Presiden.

Jong-il mempunyai 3 orang isteri, Hong Il-chon (1966), Song Hye-rim (1968) dan Kim Yong-hui (1974). Dari 3 orang isteri ini Kim Jong-il memperoleh beberapa orang anak:

1. Kim Jong-nam (1971-2017)

2. Kim Sul-song (1974)

3. Kim Jong-chul (1981)

4. Kim Jong-un (1984)

5. Kim Yo-jong (1987)

Entah macam mana, setelah Kim Jong-il meninggal dunia (2011), anak keempatnya, Kim Jong-un yang baru berusia 26 tahun ditabal sebagai Pemimpin Tertinggi Korea Utara. Abang-abang yang lebih senior tidak terpilih. Jong-un lebih ke hadapan. Masih terlalu muda. Tapi ganas.

Bagi mengukuhkan kedudukannya, dia sanggup mengeluarkan perintah bunuh terhadap mana-mana ahli keluarga yang dibimbangi akan mengancam kedudukannya.

Abangnya (berlainan ibu) Kim Jong-nam dikatakan termasuk dalam senarai yang dikeluarkan perintah supaya dibunuh. Menyebabkan dia tidak boleh tinggal di Korea Utara. Berpindah randah dari satu negara ke negara lain. Hinggalah dia di bunuh di KLIA bulan lalu.

Malaysia sebuah negara berdaulat. Ada undang-undang. Bukan negara koboi. Apabila berlaku kes pembunuhan, ia perlu disiasat. Mayat perlu dibedah siasat. Suspek perlu ditahan, disiasat dan jika ada bukti perlu dihadapkan ke mahkamah.

Namun Korea Utara tidak membenarkan mayat itu dibedah siasat. Kedutaannya di KL juga tidak memberikan kerjasama dalam proses siasatan. Ketua Polis Negara pula mengisytiharkan salah seorang suspek pembunuhan sedang bersembunyi di Kedutaan Korea Utara, Kuala Lumpur.

Dutanya, Kang Chol pula tidak hadir apabila dipanggil ke Wisma Putra. Bahkan mempertikaikan undang-undang Malaysia. Menyebabkan Malaysia menggunakan peruntukan Artikel 9 Konvensyen Vienna untuk menghalau duta berkenaan pulang ke negaranya. Malaysia turut memanggil pulang pegawai-pegawai kedutaannya di Korea Utara.

Sebagai tindak balas, Korea Utara menyekat kepulangan kakitangan kedutaan Malaysia dan beberapa warganya yang bertugas di Pyongyang. Sebagai diplomat, mereka tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa.

Umum mengetahui, krisis ini adalah berat sebelah. Dari segi legal, tindakan Malaysia tertakluk kepada undang-undang tempatan dan antarabangsa. Korea pula dilihat hanya bertindak sebagai samseng pembuli.

Dari segi kekuatan ketenteraan, Malaysia bukanlah tandingan Korea Utara. Sejak sekian lama Korea Utara tidak pernah memperdulikan peraturan antarabangsa dalam membina kekuatan ketenteraannya.

Apa yang membimbangkan, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini antara kedua negara ini, kuasa besar dunia pasti akan masuk campur. Malaysia dilihat tidak mampu bersendirian dalam berhadapan dengan Korea Utara.

Malaysia terpaksa mencari rakan yang lebih kuat untuk membantu. Mungkin China dilihat boleh membantu berdasarkan hubungan intim Najib dengan pemimpin negara berkenaan sejak kebelakangan ini. Namun sehingga kini China dilihat tidak berminat masuk campur. China juga tidak mahu mengeruhkan hubungannya dengan Korea Ut
ara

Sunday 5 March 2017

Forest City : Tun Mahathir Buktikan Najib Berbohong Berkenaan Status Pemilikan Hartanah



Najib tanpa segan silu telah berbohong lagi kepada rakyat Malaysia tentang status pegangan hartanah di Forest City

Dalam ucapan Najib di Desa Pandan Januari 2017 Najib berbohong lagi mengatakan status pemilikan hartanah kepada orang luar adalah leasehold

“Bila kerajaan negeri Johor luluskan Forest City, bila tanah itu ditebus, reclaim land, kita jual kepada orang luar atas leasehold (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja.

Perkara ini telah dibuktikan oleh Tun Mahathir sendiri dalam lawatannya ke Fores City baru-baru ini. 

Terpampang papan tanda mengatakan hartanah yang dijual adalah berstatuskan hak milik kekal.


Penjualan terus tanah tambak persisiran pantai kepada orang asing dengan status hak milik kekal adalah satu tindakan yang mencabar kedulatan negara.

Jika status hak milik kekal di Forest City kenapa pula Najib mahu berbohong mengatakan ianya adalah pajakan 99 tahun?

Selain itu setelah diberi status hak milik kekal , Najib telah mewartakan Forest City sebagai kawasan bebas cukai

Thursday 2 March 2017

Lawatan Raja Salman : Tiada Pengesahan berkenaan Derma 2.6 Billion Bermakna Najib Gagal Meraih Kepercayaan Rakyat


Lawatan Raja Saudi, King Salman gagal menyelesaikan masalah utama yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak iaitu adakah benar beliau memberikan derma RM2.6 bilion kepada Najib.

Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataannya berkata, perkara paling utama yang patut diperolehi oleh Najib melalui kunjungan ini adalah pengesahan Salman mengenai, namun ia tidak berlaku.

Bagi beliau, kenyataan seorang profesor kononnya kedatangan Salman ke Malaysia mengesahkan beliau tidak terasa difitnah oleh Najib dalam isu ini tidak boleh diterima akal.

"Hujjah bahawa Raja Salman tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia jika Najib 'memfitnahnya' tidak boleh diterima akal.

"Ini kerana, bagaimana King Salman boleh mengenepikan sebuah negara OIC seperti Malaysia dalam siri lawatannya ke negara Asian yang meliputi enam negara, Indonesia, Brunei, Japan, China, Maldives dan Jordan," katanya.

Najib sebelum ini mendakwa wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun pribadi beliau adalah derma dari pemimpin negara Arab.

Beliau juga kemudiannya berkata, ia telah diserahkan kembali sebahagian besarnya.

Namun, Peguam Negara Amerika dalam penjelasan ketika Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika bertindak ke atas 1MDB di negara itu, wang yang masuk ke akaun Najib adalah dari 1MDB.