Thursday 29 March 2018

Malu PM tua, tapi tak malu PM 'pencuri'


ULASAN | Najib Razak malu jika perdana menteri (PM) Malaysia terdiri dari orang tua berumur 90 tahun lebih.

Tetapi Najib tak berasa malu apabila Malaysia mempunyai PM yang dunia kenal sebagai kleptokrat, perasuah dan pencuri.

Apabila percubaan untuk membersihkan duit yang dicuri dari 1MDB oleh anak tirinya dengan membeli mahligai di London, New York dan Hollywood, membuat filem 'lucah' dan sebagainya dan didakwa oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kerana melanggar undang-undang pengubahan wang haram di Amerika dan harta-harta yang dibeli dirampas, perdana menteri Malaysia yang dituduh terlibat tidak berasa sedikit pun malu.

Kapal layar Equanimity dirampas oleh polis Indonesia bersama FBI – Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat.

TV dan majalah Indonesia melapor kapal ini dibeli dengan duit yang dicuri dari 1MDB oleh Jho Low, sahabat karib Najib.

Seluruh Indonesia dan kepimpinannya sekarang tahu Najib terlibat dengan mencuri duit 1MDB, Najib sedikit pun tak berasa malu.

Malah Najib hadiri mesyuarat ASEAN/Australia di Melbourne tanpa sedikit pun berasa malu berada bersama presiden Indonesia dan Perdana Menteri Australia dan Singapura, bahkan semua ketua-ketua kerajaan yang hadir tahu akan dakwaan pencuriannya.

Tidak pun malu apabila cuba menasihat ketua-ketua Kerajaan ASEAN dan Australia akan cara menangani masalah.

Negara malu mempunyai perdana menteri yang seluruh dunia percaya telah selewengkan berbilion ringgit duit kerajaan.

Negara malu Malaysia diklasifikasi sebagai negara rasuah dan kleptokrasi. Demikianlah rakyat berasa malu sehingga tidak mengakui rakyat Malaysia apabila ditanya di luar negara.

Rakyat Malaysia malu tetapi perdana menteri mereka tidak malu. Kononnya mempunyai perdana menteri, berumur lebih dari 90 tahun memalukan Najib.

Sesungguhnya amat pelik perdana menteri Malaysia ini. Apalah nasib rakyat Malaysia mendapat perdana menteri yang dipandang hina oleh dunia dan tak tahu malu.

Rakyat malu.

Najib tak malu; tak malu apabila berjumpa dengan pemimpin negara lain dengan berlagak sebagai seorang yang boleh nasihat pemimpin negara lain.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri keempat yang dicalonkan sekali lagi ke jawatan itu oleh Pakatan Harapan.

https://www.malaysiakini.com/news/417587

Saturday 24 March 2018

Adakah Najib PM pilihan Khairy itu sihat fizikal dan spiritualnya?



KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata seorang calon Perdana Menteri (PM) perlu sihat dari segi mental dan fizikal untuk menangani tekanan kepada jawatan tertinggi negara itu.

Ujarnya, memilih seorang calon PM bukan seperti memilih calon Ketua Kampung yang mana aspek kesihatan dan fizikal tidak menjadi syarat kepada perkara itu.

“Tun Mahathir (Mohamad) nampak sihat tapi kita juga terfikir di usia 93 tahun, kamu tidak bertanding nak jadi ketua kampung tetapi nak jadi PM.

“Untuk menjelajah ke seluruh negara, kamu perlu kekuatan fizikal. Nak hadir empat hingga lima majlis sehari, jadi isu seorang PM itu mesti sihat dan kuat itu adalah releven,” katanya dalam satu acara di Parlimen Titiwangsa yang turut dihadiri wakilnya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/03/23/calon-pm-mesti-sihat-kita-bukan-nak-pilih-ketua-kampung-kj/

Adakah kriteria sihat yang dikatakan Khairy itu hanya berbentuk fizikal ? kenapa tidak pula sihat itu dilihat dari sudut spiritual

Untuk memilih pemimpin walaupun sebagai ketua kampung sekalipun kriteria sihat fizikal dan spiritual harus dijadikan kayu pengukur




Keadaan tahap kesihatan yang lengkap bergantung kepada kesempurnaan

1. Fizikal

Kesihatan tubuh badan

2.Spiritual

Dimensi spiritual tidak terbatas hanya pada keagamaan. Kalau kita lihat dari perkataan asal, spiritual berasal dari bahasa Latin Spiritus, yang bererti nafas atau roh. Jadi spiritual bererti kerohanian atau kejiwaan. Sebagai manusia, kita tidak dapat melihat ataupun menyentuh roh atau jiwa kita kerana ia bukan dalam dimensi fizikal. 

Seseorang yang sihat spiritualnya tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak sihat seperti rasuah,penyelewengan,salahgunakuasa,penakut, suka berbohong dan tidak amanah.

Jadi jika Khairy mengatakan Najib itu lebih layak dikekalkan sebagai PM berbanding dengan Tun Mahathir maka adakah Najib benar-benar sihat fizikal dan spiritualnya?




Definasi berita palsu perlu diperjelas sebelum AKTA baru diluluskan




Bagaimana kerajaan boleh mengklasifikasikan sesuatu berita itu tidak benar tanpa ada satu kayu pengukurnya?


Baru-ini hampir 52 buah portal media asing telah menyiarkankan berita berkenaan penyelewengan 1mdb malah 2 portal media terkemuka The Economist dan MNBC telah mengelar Najib Razak sebagai pencuri

Kerajaan buat masa ini masih berdolak dalih berkenaan berita ini dan merujukan kepada siasatan PAC untuk mengklasifikasikan berita media asing berkaitan dengan 1mdb itu palsu

Media asing tidak tertakluk kepada hasil penyiasatan PAC, jika kerajaan mahu mengklasifikasikan berita media asing itu palsu maka kerajaan harus mengambil tindakan menyaman mana-mana media asing yang menyebarkan berita palsu itu

Seperti sedia maklum, kerajaan masih gagal menyaman portal media asing walaupun ada cadangan untuk menyamannya merujuk kepada kenyataan Najib yang mahu menyaman WSJ pada hari selasa

Diperlihatkan rakyat pun ada kayu pengukur sendiri untuk mengklasifikasikan sesuatu berita itu palsu atau tidak menerusi fakta2 transaksi2 bank dan pelbagai dokumen yang sahih

Jika proses saman di Mahkamah adalah kayu pengukur yang sesuai untuk mengklafisikasikan berita palsu maka akta yang baru ini bukanlah sesuatu yang baharu malah kita sudah ada akta

Persoalannya adalah, adakah benar kita perlu undang-undang baru? Jawapannya tidak. Kita sebenarnya sudah pun mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk digunakan ke atas ‘berita palsu’. Kita tidak perlu undang-undang baru untuk diperkenalkan.

Bagi media cetak, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ada memperuntukkan kesalahan menyiarkan ‘berita tidak benar’.

Menurut Seksyen 8A akta tersebut, jika terdapatnya penerbitan yang dengan niat jahat menerbitkan apa-apa berita tidak benar, maka mereka yang terlibat dengan penerbitan tersebut boleh dikenakan tindakan dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi portal berita atas talian pula, Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia menjadikan ia satu kesalahan untuk memuat naik sesuatu bentuk komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali.


Oleh itu, adalah jelas bahawa undang-undang yang sedia ada sememangnya mencukupi untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang menerbitkan atau menyebarkan ‘berita palsu’.

Apa yang dikhuatiri adalah bahawa undang-undang yang dicadangkan ini akan dijadikan alasan untuk mengambil tindakan ke atas suara-suara yang menentang kerajaan, dan bukannya untuk menangani berita palsu.

Kritikan ke atas undang-undang yang mengekang kebebasan bersuara sebelum ini mungkin akan berulang dengan undang-undang yang dicadangkan.

Apatah lagi sekiranya ‘berita palsu’ itu tidak diberi takrifan yang khusus dan boleh disalahgunakan bagi tujuan selain daripada apa yang diuar-uarkan.

Kita harus sentiasa peka dan berwaspada dengan apa-apa undang-undang baharu yang ingin diperkenalkan. Lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan kekangan ke atas kebebasan asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Adalah diharapkan bahawa kerajaan menyemak semula keperluan untuk memperkenalkan suatu rang undang-undang anti berita palsu. Undang-undang bukanlah jalan penyelesaian untuk semua permasalahan kita.

Cara yang terbaik untuk menangani berita palsu adalah dengan mendidik orang ramai untuk menggunakan media sosial dengan lebih berhemah, bukannya dengan menghukum

Azman Americana

Wednesday 21 March 2018

PRU 14 : Tok Mat Hasan hasut pemuda cetus kekacauan di Rembau




REMBAU, 18 MAC lalu – Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan dan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan melancarkan Briged Gempur Pemuda Rembau 2314 di Rantau Eco Park, Rantau.


Dalam ucapannya Menteri Besar telah menghasut pemuda umno mencetuskan kekacauan sebagai salah satu cara menangani fitnah

katanya 

"Jika ada kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajaan, gempur kedai kopi tersebut,ganyang dia, terbalikkan meja dia ,kena tangkap dengan polis saya jamin,jangan bagi muka dengan pembangkang,hentam pembangkang"

Dari pandangan penulis untuk bertindak liar mencetuskan kekacauan seperti yang dipromosikan oleh Tok Mat Hasan ini adalah amat-amat tidak bertanggungjawab dan melanggar undang-undang negara.

BN tidak perlu menangani fitnah pembangkang dengan cara samseng , jika ianya tidak betul  boleh buat laporan polis atau disaman untuk dibicarakan dimahkamah .

Disarankan kepada pemuda BN Rembau supaya tidak terpengaruh kepada hasutan Tok Mat Hasan ini dan harus meneliti setiap berita itu adakah ianya betul atau palsu sebelum mengklasifikasikan ianya sebagai fitnah pembangkang.

Sekiranya terdapat berita fitnah dari pembangkang pemuda patut lebih cerdik untuk melaporkan kepada pihak polis daripada bertindak sendiri membabi buta dan akhirnya didapati bersalah kerana mencetusan kekacauan.

Tok Mat Hasan hanya menjamin anda supaya tidak dilokap dan belum tentu anda bersalah atau tidak kerana sebarang keputusan akan dibicarakan di Mahkamah






Sunday 18 March 2018

Najib digelar pencuri oleh The Economist dan MSNBC



Seluruh negara berasa aneh dengan sikap yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memilih untuk berdiam diri dari menjawab atau mendakwa media antarabangsa yang menggelarkannya sebagai ‘pencuri’.

Satu demi satu persoalan muncul, sekiranya Najib berani mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Pakatan Harapan dan media tempatan berhubung perkara itu, mengapa pula tidak media asing?

Persoalan ini semakin menimbulkan kecurigaan kepada rakyat Malaysia tentang kejujuran Perdana Menteri menangani dakwaan ‘kecurian’ dana berdaulat negara melibatkan 1MDB.

Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, kelantangan media antarabangsa itu menggelar Perdana Menteri negara ini sebagai ‘pencuri’ merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah 61 tahun negara.

“Apakah Najib akan saman? Apakah PM Malaysia akan membersihkan nama dan reputasi beliau, bukan hanya untuk dirinya tetapi untuk negara Malaysia dan 30 juta rakyatnya?

Katanya, dua hari berturut-turut antarabangsa iaitu The Economist dan MSNBC menggelar Perdana Menteri sebagai ‘pencuri’.

Laporan The Economist pada 8 Mac lalu dalam artikel bertajuk “Stop, thief! Malaysia’s PM is about to steal an election” mendakwa Najib sedang ketakutan kerana pengundi mungkin tidak lagi akan memilih Barisan Nasional (BN).

Laporan itu turut menyentuh skandal 1MDB dan pelbagai helah Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya termasuk melakukan persempadanan semula.

Pada 9 Mac 2018 pula, pengacara Rachel Maddow turut menggelar Najib ‘pencuri’ dalam rancangan “The Rachel Maddow Show” siaran MSNBC.

Pengacara terkenal itu juga menceritakan secara terperinci mengenai permulaan skandal 1MDB sehinggalah ke perkembangan mutakhir melibatkan rampasan kapal pesiaran mewah Equainimity milik Jho Low di Bali, Indonesia.

Kit Siang berkata, skandal 1MDB bukan sahaja dilaporkan dalam media barat di Amerika Syarikat, Australia, Britain dan Eropah tetapi juga oleh media negara Asean seperti di Majalah Tempo, Indonesia.

“Najib tidak boleh terus bersikap mendiamkan diri seolah-olah matanya tidak melihat, telinga tidak mendengar dan mulut tidak mampu bertutur.

Monday 12 March 2018

Manifesto : PH kembalikan RM416.6 bilion kepada rakyat




Pakatan Harapan dalam manifestonya akan memansuhkan sebanyak RM416.6 bilion kutipan melalui cukai barang dan perkhidmatan (GST), tol, pinjaman perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan duti eksais dimansuhkan.

Pemansuhan GST akan mengembalikan semula cukai yang dikira tidak patut dikenakan kepada rakyat sebanyak RM45 bilion, manakala pemansuhan tol sebanyak RM338 bilion, PTPTN (RM3.9 bilion) dan duti eksais (RM2.4 bilion).

Pakatan Harapan (PH) 8 Mac 2018 melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.

Ia terangkum dalam 5 teras utama Buku Harapan yang dilancarkan calon perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam di hadapan pimpinan PPBM, DAP, PKR dan Amanah dan lebih 1,000 yang hadir.

“Matlamat PH ialah berganding bahu memacu reformasi berterusan untuk membentuk masa depan lebih baik untuk semua – maju, makmur dan bahagia – menerusi asas-asas seperti nilai bersama, budaya ilmu, kebebasan, kebenaran, keadilan sosial dan ekonomi, maruah, ketamadunan, keamanan, perpaduan, kemakmuran, demokrasi dan meritokrasi,” kata buku itu.

Dalam 100 hari itu juga Pakatan Harapan mahu mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk menyiasat dan menangani isu-isu yang menimbulkan kontroversi, termasuk 1MDB dan Perjanjian Malaysia 1963.
Menghapuskan GST dan mengurang kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.
Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.

Pakatan Harapan juga akan melaksanakan 4 perkara lain menyasarkan hutang yang ditanggung peneroka dan lepasan universiti dan perlindungan untuk suri rumah dan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40):

Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.
Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.

Dalam 100 hari itu juga, Pakatan Harapan akan mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk mengkaji dan menangani isu-isu kontroversi:

Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.
Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.
Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

Menerusi buku bertajuk “membina negara memenuhi harapan” ini, gabungan pembangkang itu turut menggariskan 60 janji untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun dan 5 iltizam.

Dr Mahathir dalam ucapannya berkata Pakatan Harapan tidak akan mampu melaksanakan janji-janji ini jika gabungan itu gagal menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14.

“Kalau kita kalah, janji-janji ini tidak dapat dilaksanakan. Walaupun kita yakin menang tapi hari ini kita belum menang dan kita perlu berusaha mencapai kemenangan. Ketepikan perkara lain, ketepikan kepentingan peribadi, kita akan menang.”

Turut hadir di majlis malam tadi, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail, Set

Friday 9 March 2018

Sanusi meninggal ketika tunggu solat subuh



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, meninggal dunia ketika menunggu waktu solat subuh di rumahnya di Pantai Dalam di sini, pagi tadi.

Anaknya, Akramsyah Sanusi, berkata Allahyarham ditemui ahli keluarga dalam keadaan duduk ketika menunggu azan subuh.

"Malam tadi, beliau kelihatan sihat dan normal. Malah pagi tadi, Allahyarham bangun dan mengambil wuduk seperti biasa.

"Ketika menunggu azan subuh, kami mendapati arwah sudah tiada. Allahyarham pergi dalam keadaan yang baik," katanya ketika ditemui.

Akramsyah berkata, Sanusi menghidap beberapa penyakit, termasuk masalah jantung.

Katanya, jenazah arwah akan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, selepas sembahyang Jumaat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham pernah menyandang jawatan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Kedah dari 1996 hingga 1999.