Thursday 31 May 2018

Kerajaan perlu lebih tegas atasi lambakan peniaga asing


LAMBAKAN peniaga asing di Lembah Klang bukanlah perkara baharu tetapi isu itu masih berlarutan seolah-olah tiada kesudahan.

Pelbagai aduan dan laporan telah dibuat sama ada dalam media elektronik mahupun cetak tetapi tetap juga berlaku. Kehadiran warga asing sama ada dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar semakin bertambah dan menguasai ibu kota.

Kelemahan penguatkuasaan menyebabkan mereka terus bertapak kukuh dan menguasai satu-satu kawasan hinggakan lokasi tersebut dibanjiri oleh mereka

Keadaan itu menjadikan mereka semakin berani dan tidak gentar dengan undang-undang negara. Sikap acuh tak acuh ,kerajaan Barisan Nasional, warga tempatan dengan kehadiran rakyat asing berkenaan menggalakkan lagi aktiviti mereka.

Bukti jelas dan nyata, Chow Kit dulu kebanyakan golongan peniaga adalah terdiri daripada rakyat tempatan tetapi kini lokasi berkenaan dibanjiri dan dikuasai oleh peniaga Indonesia.

Kebimbangan terhadap fenomena yang semakin parah itu mendapat perhatian dan telah disuarakan oleh pelbagai pihak yang mempertikaikan bagaimana warga asing ini boleh memperoleh lesen berniaga secara berleluasa tanpa sekatan oleh pihak bertanggungjawab.

Mereka begitu mudah mendapatkan lot-lot kedai yang disewa oleh warga tempatan berbanding dengan penduduk tempatan yang amat memerlukan lot berkenaan.

Menurut pihak berkenaan, keadaan itu akan menjadi kronik sekiranya anggota penguat kuasa tidak melaksanakan undang-undang dengan penuh integriti kerana boleh menyebabkan amalan rasuah berleluasa.

Terbaharu pendedahan akhbar tempatan mengenai kerenah penjaja warga Myanmar dan Bangladesh yang berniaga ‘sayur terpakai’ di Pasar Harian Selayang di Kuala Lumpur.

Mereka yang memulakan perniagaan seawal pukul 7 pagi mengutip lebihan sisa sayur-sayuran daripada peniaga pasar borong berhampiran dan kemudian menjualnya kepada pemilik restoran dan gerai makan sekitar ibu negara.

Sayuran itu mendapat sambutan pembeli kerana harganya jauh lebih murah berbanding kadar biasa, walaupun kualitinya sangat rendah.

Kegagalan pihak berwajib melaksanakan penguatkuasaan secara tegas menyebabkan kumpulan peniaga rakyat asing terus bebas menjalankan perniagaan tanpa rasa bersalah.

Justeru, kerajaan Pakatan Harapan perlu bertindak tegas sebelum keadaan menjadi lebih parah.


Sikap tamak peniaga tempatan yang mahu keuntungan segera menjadikan mereka sanggup memajak lesen kepada warga asing. Tambah beliau, DBKL perlu bangkit melaksanakan penguatkuasaan yang ketat dan tegas.

Jika tidak, lambakan peniaga asing akan terus berlaku dan menyebabkan perkara tidak diingini terjadi baik dari segi ekonomi, sosial dan sebagainya.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mempertahankan hak kita. Biarlah peluang ini dinikmati oleh warga kota sendiri dan bukannya diagih kepada orang yang tidak berhak.

Pihak berwajib khususnya DBKL, Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus turun padang dan membuat serbuan secara besar-besaran.

Tarik balik lesen peniaga tempatan yang menyewa lot-lot kedai mereka kepada rakyat asing.

Pihak SPRM juga harus menyiasat bagaimana lot-lot kedai kepunyaan peniaga tempatan itu boleh dipajak kepada peniaga asing tanpa diambil tindakan oleh pihak DBKL.

Penguat kuasa DBKL harus disiasat kerana membiarkan perkara berkenaan terus berlaku. Jangan biarkan kakitangan awam terus dinodai dengan amalan rasuah yang akan mencalarkan imej mereka dalam kalangan rakyat.



Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira), Mohd Ridzuan Abdullah hari ini menggesa Kerajaan wujudkan undang-undang ‘anti Ali Baba’ dalam usaha mengekang warga asing yang monopoli perniagaan.

“Peniaga warga asing yang terlalu ramai sekarang menyebabkan mereka telah monopoli sesuatu kawasan perniagaan. Mereka adakan rangkaian perniagaan, adakan jaringan pelindungan dari tindakan penguatkuasa undang-undang, termasuk adakan rangkaian hubungan dengan agensi terlibat melalui pintu belakang.

“Walaupun desakan supaya kerajaan ambil tindakan, tetapi masalah sukar di selesaikan kerana ada warga tempatan yang melindungi mereka,” kata Ridzuan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ada warga tempatan yang menjadi ‘Ali Baba’ dalam memberi premis perniagaan kepada warga asing.

“Kuasa warga asing hari ini mereka mengunakan kuasa wang untuk mendapat apa yang mereka mahu,” jelasnya.

“Saya minta kerajaan adakan undang-undang ‘anti Ali Baba’ dengan hukuman yang berat,” tegas Ridzuan.

“Dari sudut hasil kepada kerajaan, kerajaan rugi jutaan duit kerana mereka bukan pembayar cukai, lagi bahaya jika warga asing mengunakan perniagaan ini untuk melindungi aktiviti mengubal wang haram atau membiayai keganasan,” tambah beliau lagi.

Wednesday 30 May 2018

'Zahid mungkin jumpa hantu, bukan penderma Arab'- Rafidah


Dakwaan Zahid bertemu dengan penderma RM 2.6 Billion itu pada 2015 kini disangkal bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.

"Itu pastinya berlaku dalam mimpinya. Zahid nampaknya melihat hantu Arab, sebab tiada seorang pun yang boleh mengenal pasti Arab mana (yang menderma).

"Arab mana yang ada duit dan aset sebanyak itu untuk derma RM2.6 bilion?" kata pemimpin yang pernah mendapat gelaran 'wanita besi' itu dalam wawancara

Rafidah turut menyangkal dakwaan Zahid bahawa derma itu sebagai "penghargaan" terhadap usaha Malaysia melawan keganasan.

"Tolonglah, jangan mengarut. Mari kita selesaikan cerita ini kerana ia menjengkelkan semua...Mari kita cari dari mana sebenarnya duit ini," katanya.

Selepas bersara daripada politik pada 2013, Rafidah yang terkenal dengan ketajaman dan kelantangannya kembali ke pentas politik dalam menjelang PRU ke-14.

Pada mulanya beliau hanya menyuarakan pandangan melalui laman Facebooknya "Rafidah Aziz Malaysian Citizen", sebelum menyokong HARAPAN secara umum dalam


Wednesday 23 May 2018

PTPTN tangguh bayaran, bebas sekatan serta-merta



PUTRAJAYA – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih tidak memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran.

Demikian kata Menteri Pendidikan baharu, Dr. Maszlee Malik sambil menegaskan, langkah itu berkuat kuasa serta-merta sebagai menunaikan janji pilihan raya yang dibuat Pakatan Harapan (PH) dalam masa 100 hari selepas menang pilihan raya.

“Di peringkat pengajian tinggi, kita akan memberikan tumpuan sebab kita janji dalam 100 hari untuk meletakkan syarat kepada pembayar PTPTN iaitu mereka yang belum mencapai gaji RM4,000 mereka tak perlu membayar.

“Cuma kita perlu berhubung dengan pihak imigresen untuk menarik sekatan perjalanan mereka. Itu antara janji yang perlu kita tunaikan dan jadi keutamaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah-Terima Tugas bekas Menteri Pendidikan Tinggi kepada beliau di sini hari ini.

Manifesto PRU-14 PH tidak menawarkan pemansuhan hutang PTPTN seperti mana yang dijanjikan pada PRU-13 sebaliknya, manifesto PH tetap meneruskan PTPTN tetapi tempoh bayaran balik kepada peminjam dilanjutkan sehingga mereka mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 sebulan.

Ditanya sekiranya gaji peminjam PTPTN mencecah RM4,000 dalam masa beberapa tahun akan datang, beliau berkata, mereka dialu-alukan membuat bayaran sebagai tanda tanggungjawab.

“Tidak perlu bukan tak payah, kalau mereka nak bayar lagi bagus (gaji lebih RM4,000). Kita ingin wujudkan dalam kalangan warga Malaysia sikap bertanggungjawab.

“Bila gaji mereka sampai RM4,000 atau tak sampai mereka nak bayar pun dialu-alukan. Itulah sikap yang sepatutnya ada,” katanya.

Katanya lagi, penangguhan bayaran itu dibuat dengan mengambil kita keadaan ekonomi semasa dan tekanan rakyat terhadap kos sara hidup meningkat.

“Memandangkan keadaan ekonomi yang teruk pada hari ini, maka kita letakkan RM4,000 itu supaya bila mereka sampai tahap itu, mereka boleh membuat pembayaran,” katanya lagi

Tuesday 22 May 2018

Dulu kami cadang buang Najib tetapi kabinet tak bagi respon - Shukri



Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, semasa mengetuai pasukan siasatan, beliau dan bekas Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah mengadakan pertemuan dengan menteri kabinet agar meminta Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan dan diganti dengan pemimpin lain.

“Kami cakap, buang Najib. Ganti dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pun tidak mengapa,” katanya.

Menurutnya, daripada keseluruhan menteri kabinet, hanya tiga menteri sahaja memberi respons positif.

“Ketika itu, hanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,” katanya.

Mohd Shukri berkata, walaupun usaha itu tidak berhasil, beliau dan Abu Kassim juga tidak berputus asa.

Menyedari kesuntukan masa kerana dikhabarkan kedudukan Abu Kassim bakal digantikan, mereka terus menyusun strategi bagi meletakkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Mustafar Ali di kerusi nombor satu itu.

“Tetapi kami gagal untuk meyakinkan Najib dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa apabila tempat Abu Kassim digantikan dengan pegawai Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Dzulkifli Ahmad,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/skandal-dana-rm2-6-bilion-dan-src-benar-mohd-shukri-1.837445

Tuesday 15 May 2018

Apandi, Irwan Serigar, Dzulkifli dilarang ke luar negara


Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad kini dilarang keluar dari negara, sehari selepas meninggalkan jawatan mereka.

Selepas menyemak nombor kad pengenalan mereka di semakan status perjalanan Jabatan Imigresen, Malaysiakini mendapati ketiga-tiganya tidak termasuk dalam kategori "tiada halangan".

Apandi didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menyembunyikan bukti berkaitan skandal 1MDB, walaupun dinafikannya. Apandi memulakan cuti 30 hari tanpa rekod hari ini.

Irwan Serigar adalah pengerusi 1MDB. Beliau merupakan saksi utama dalam kedua-dua siasatan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) terhadap syarikat itu.

Dzulkifli pula menjadi ketua pesuruhjaya bermula 1 Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Peranannya dalam siasatan 1MDB tidak dapat dipastikan secara jelas.

Pada 2015, Abu Kassim menjadi sebahagian daripada pasukan tugas khas yang menyiasat isu 1MDB.

Pasukan itu turut dianggotai bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Mereka masih memegang jawatan masing-masing ketika itu.


Selepas menjadi perdana menteri minggu lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar untuk membuka semula siasatan terhadap 1MDB.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ramai individu yang terlibat dengan skandal 1MDB, termasuk pihak berkuasa yang menyembunyikan bukti, telah disenarai hitam daripada ke luar negara.

Mahathir juga mengesahkan beliau telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menyenaraihitamkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk keluar dari negara.


Thursday 10 May 2018

PRU 14 menyaksikan gugurnya 8 menteri, 19 timb menteri BN



PRU14 | Pilihan raya umum ke-14 ini bukan saja menyaksikan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak membawa gabungan itu kepada kekalahan pertama sejak kemerdekaan, tetapi juga beberapa 'orang kuatnya' juga.

Walaupun Najib menang dengan selesa di Pekan dengan majoriti 24,859 undi, lapan menteri dan 19 timbalan menteri kalah kerusi parlimen.

Tidak semua daripada mereka merupakan penyandang kerusi parlimen, kerana sesetengahnya ialah bekas senator yang bertanding dalam pilihan raya umum.

Menteri yang dikalahkan ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai (Kementerian Pengangkutan), Datuk Seri Dr S Subramanaim (Kementerian Kesihatan) dan Datuk Seri Mah Siew Keong (Kementerian Perladangan dan Kementerian Komoditi).

Ketiga-tiga mereka juga ialah pengerusi parti komponen BN, MCA, MIC dan Gerakan.Liow terlepas kerusi Bentong dengan majoriti 2,032 undi, Subramaniam kalah dengan majoriti 5,476 undi dan Mah Siew Keong tewas dengan majoriti 11,179 undi kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).

Menteri-menteri lain yang dikalahkan termasuk Datuk Seri Shabery Cheek (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Kementerian Kewangan), Datuk Seri Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Jamil Khir Baharom dan Datuk Abdul Rahman Dahalan (Menteri diJabatan Perdana Menteri ).

Salleh dan Abdul Rahman ialah antara penyokong kuat Najib. Keduanya dikalahkan calon WARISAN sekutu HARAPAN di Sabah.

Salleh kalah dengan majoriti 4,262 undi di Kota Belud manakala Abdul Rahman ditewaskan dengan majoriti 12,984 undi di Sepanggar.

Shabery pula kalah dengan majoriti 2,163 undi di Kemaman manakala Jamil kalah tipis kepada PAS dengan majoriti 539 undi di Jerai.

Johari tewas dengan majoriti 4,139 undi kepada BERSATU di Titiwangsa.

Seramai 19 timbalan menteri juga kalah.

Mereka ialah seperti senarai berikut:

Nasrudin Mansur (Kalah Silam dengan majoriti 6,401 undi kepada WARISAN)

Datuk Johari Baharum (Kalah Kubang Pasu dengan majoriti 13,009 undi kepada BERSATU)

Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Kalah Papar dengan majoriti 325 undi WARISAN)

Datuk Razali Ibrahim (Kalah Muar dengan majoriti 6,952 undi kepada BERSATU)

Datuk Othman Aziz (Kalah Jerlun dengan majoriti 5,866 undi kepada BERSATU)

Lee Chee Leong (Kalah Kampar dengan majoriti 11,801 undi kepada DAP)

Hamim Samuri (Kalah Ledang dengan majoriti 8,666 undi kepada PKR)

Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed (Kalah Pulai dengan majoriti 28,924 undi kepada AMANAH)

Chua Tee Yong (Kalah Labis dengan majoriti 3,408 undi kepada DAP)

Datuk Chew Mei Fun (Kalah Raub dengan majoriti 3,159 undi kepada DAP)

Datuk Hilmi Yahaya (Kalah Balik Pulau dengan majoriti 6,464 undi kepada PKR)

Datuk Aziz Kaprawi (Kalah Sri Gading kepada BERSATU dengan majoriti 3,288 undi)

Loga Bala Mohan (Kalah Segambut dengan majoriti 45,702 undi kepada DAP)

Nogeh Gumbek (Kalah Mas Gading dengan majoriti 3,024 undi kepada DAP)

Mary Yap (kalah Tawau dengan majoriti 4,727 undi kepada PKR)

Datuk P Kamalanathan (kalah Hulu Selangor dengan majoriti 13,391 undi kepada PKR)

Chong Sin Woon (Kalah Seremban dengan majoriti 30,694 undi kepada DAP)

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (Kalah Pasir Puteh dengan majoriti 1,360 undi kepada PAS)

S Devamany (Lost Sungai Siput dengan majoriti 5,607 undi kepada PKR)

Friday 4 May 2018

Rais Yatim : Puluhan Ribu hadir ceramah PH mencerminkan penerimaan sesebuah parti




Merujuk khusus kepada ceramah Pakatan Harapan di Kuantan dan Putrajaya, Rais Yatim berkata kehadiran puluhan ribu manusia itu boleh mencerminkan penerimaan sesebuah parti.


“Apakah gelombang puluhan ribu rakyat seperti di Kuantan dan Putrajaya boleh diiktiraf sebagai tahap sokongan tertinggi terhadap sebuah perjuangan?


“Tentu sekali begitu. Umno jangan takut, peluklah perubahan,” katanya.


Jelajah Pakatan Harapan Putrajaya malam tadi menyaksikan kehadiran lebih dari 10 ribu penyokong yang rata-ratanya dari kalangan penjawat awam dan memecah rekodkan penonton siaran langsung melalui facebook apabila 62,000 menontonnya. 

Tuesday 1 May 2018

Nik Omar musnahkan doktrin PAS - Mazlan


Pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Dr Mazlan menyebut:

● “Penyertaan Nik Omar menjadi calon Pakatan Harapan (PH) di Chempaka seolah-olah meletakkan logo ‘halal’ kepada PH dan PAN khasnya”.

● “Penyertaan beliau telah berjaya memecahkan doktrin bahawa hanya PAS parti Islam dan mereka mula fikir undi PH ini tidak ada masalah”.

● “Kalau Dr Mahathir Mohamad hasilkan gelombang di kalangan Melayu luar bandar yang menyokong Umno selama ini, Nik Omar telah melahirkan gelombang baru kepada pengundi yang menyokong PAS selama ini.”

● “Bagi saya ini satu kejayaan besar Husam Musa dalam karier politiknya khasnya di Kelantan.”

Dalam laporan portal berita Malaysia Kini pula, Dr Mazlan menyebut:

● “Apabila Nik Omar, seorang anak yang rapat dengan arwah Tok Guru memilih PH, bermakna doktrin kononnya hanya PAS membawa Islam, sudah pecah.”

● “Nik Omar telah menghapuskan keraguan yang lama bersarang, yang menakutkan mereka memilih parti selain PAS. Jika orang sealim Nik Omar boleh masuk PAN, maka siapa yang lain-lain?”

● “Gelombang Nik Omar itulah akan bergabung dengan gelombang dibawa Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecahkan tembok Melayu luar bandar selama ini menghalang pakatan pembangkang.”

● “Saya percaya tindakan Nik Omar ini memberi impak besar seluruh negara terhadap orang yang pro-Islam tetapi was-was sama ada boleh atau tidak mengundi PAN selain PAS atau tidak.”

Dr Khairudin Damanhoeri dalam laporan portal berita Malaysia Date Line juga menyebut kononnya Nik Omar telah berjaya menarik sokongan pengundi wanita dengan ketara sekali di mana, kata beliau, “60 peratus undi wanita Kelantan kini bersama PH”.