Wednesday 27 June 2018

Jumlah hasil rampasan dianggar cecah RM1.1 bilion



POLIS hari ini  dalam sidang akhbar mendedahkan, jumlah hasil rampasan dari premis berkaitan Najib Razak pada bulan lalu adalah antara RM900 juta sehingga RM1.1 bilion.


8 pasukan petugas khas ditugaskan menganalisa barang rampasan dan 150 anggota polis telah terlibat dalam misi ini.

Senarai barangan yang dirampas :

1. Wang tunai dari 35 beg -- 116.7 juta ringgit

2. Barang kemas - 25 beg - 12 ribu item - 440 juta ringgit - 1 rantai emas berharga 6 juta

3. Beg tangan - 567 beg - 51.3 juta ringgit

4. Jam tangan - 423 utas - 78 juta ringgit

5. Cermin mata - 234 biji - 374 ribu ringgit


Jumlah sebenar barang kemas terbabit bagaimanapun mungkin mencecah sehingga RM660 juta atau RM880 juta kerana anggaran kos itu tidak melibatkan kos pembuatan dan rekaan, katanya.

Monday 25 June 2018

Malaysia akan jadi negara komunis jika wakil rakyatnya berterusan lompat parti



Semalam, Dr Noor Azmi mengumumkan sokongan dan dukungan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Beliau tidak menyebut alasan kenapa keluar Umno tetapi menjelaskan akan kekal sebagai wakil rakyat bebas.

Dr Noor Azmi adalah wakil rakyat BN yang ketiga di Perak yang keluar parti selepas dua wakil rakyat negeri, Zainol Fadzi Paharuddin (ADUN Sungai Manik) dan Nolee Ashiling Mohammed Radzi (ADUN Tualang Sekah) meninggalkan Umno dalam tempoh seminggu selepas PRU14.


Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen pasti ada gandingan antara pemerintah dan pembangkang, jika keputusan memihak kepada sesuatu parti maka dialah parti yang memerintah dan yang kalah akan menjadi pembangkang.

Akhir- akhir ini dilihat ramai dikalangan wakil rakyat yang partinya kalah pada PRU14 telah keluar parti dan menyokong kerajaan , jika keadaan ini berterusan maka pembangkang akan lemah dan kerajaan sedia ada akan memerintah selama-selamanya dan sudah tentu akan mirip kepada negara komunis kerana tiada parti pembangkang yang kuat untuk bertindak sebagai check and balance' kepada dasar - dasar baharu kerajaan

Wakil-wakil rakyat pembangkang tidak perlu keluar parti untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan tetapi harus menyokongnya dengan membawa suara rakyat ke parlimen

Peranan parti pembangkang dalam sistem demokrasi sangat penting kerana mereka dapat bertindak bagi `memeriksa' kerajaan dalam tindakan-tindakannya.

Merujuk kepada kenyataan akhbar terdahulu Tun Mahathir ada menyentuh tentang kepentingan pembangkang dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembangkang boleh menjadi `cermin' kepada kerajaan bagi menilai sama ada tindakan kerajaan itu memberi manfaat atau keburukan kepada rakyat dan negara.

``Kalau parti pembangkang itu banyak, lagi bagus kerana ia dapat memberi kesan yang lebih baik kepada kerajaan bagi menilai keputusan dan tindakan yang dibuatnya,'' katanya.

Jika pembangkang itu penting maka adalah wajar jika fenomena melompat parti ini dihentikan.

Friday 22 June 2018

Kulasegaran: Hanya tukang masak tempatan dibenarkan mulai tahun depan



PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai ini.

Menterinya M Kulasegaran berkata, bagaimanapun semua pengusaha diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan bekerja di restoran mereka dan peraturan baru itu dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2019.

“Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi…kami beri masa hingga 31 Dis untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi,” katanya, semalam.

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan anggota Persatuan Pengusaha Restoran India (Prisma) di Petaling Jaya.

Katanya kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan PRISMA serta Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (Presma) dalam masa terdekat untuk membincangkan pelaksanaan tukang masak tempatan di restoran.

Kulasegaran berkata langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan restoran tempatan terhadap pekerja asing, sekali gus menjaga kualiti makanan tempatan.

Beliau berkata tindakan kementeriannya ini selari dengan langkah diamalkan kerajaan negeri Pulau Pinang melarang warga asing menjadi tukang masak di kedai makan, restoran dan juga gerai sekitar pulau itu sejak 2014 dalam usaha memelihara warisan makanan negara.

Mengulas kenyataan Kulasegaran itu, Presiden Prisma P Muthusamy berkata keputusan itu agak mengejutkan dan bakal memberi implikasi besar kepada pengusaha.

“Sejak beberapa tahun lalu, kita menghadapi masalah mendapatkan tenaga kerja. Malah lebih 500 restoran ditutup sejak beberapa tahun lepas kerana kekurangan pekerja,” katanya.

Muthusamy berharap kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pengusaha kedai makanan di seluruh negara sebelum melaksanakan keputusan itu.

Presiden Presma, Ayub Khan pula berkata masalah pekerja di restoran semakin ketara kerana tidak ada pekerja tempatan mahu bekerja di restoran.

“Kami buat iklan, sanggup bayar gaji hingga RM2,500 pun orang tak nak datang (bekerja). Bukan senang (mahu) cari orang tempatan bekerja di restoran,” katanya.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/22/kulasegaran-hanya-tukang-masak-tempatan-dibenarkan-mulai-tahun-depan/

Nor Shamsiah dilantik sebagai Gabenor BNM yang baharu



KUALA LUMPUR: Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dinamakan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim yang meletak jawatan pada awal bulan ini, lapor Reuters memetik sumber kerajaan, hari ini.

Nor Shamsiah, yang merupakan bekas Timbalan Gabenor BNM sebelum ini disebut-sebut bakal menggantikan Muhammad selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan menerima surat perletakan jawatan Muhammad.

Muhammad meletak jawatan selepas dua tahun memegang jawatan sebagai Gabenor BNM, iaitu kurang sebulan selepas Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri baharu dan pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Sementara itu, Bloomberg melaporkan jurucakap Dr Mahathir mengesahkan pelantikan itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Berdasarkan rekod, Nor Shamsiah memulakan kerjayanya di BNM pada tahun 1987 dan berpengalaman luas dalam pembentukan pengawalan kehematan, undang-undang, dasar dan garis panduan untuk sektor kewangan.

Beliau juga terlibat dalam inisiatif penyelesaian sektor kewangan semasa krisis kewangan Asia dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan untuk pembangunan sistem kewangan Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2010.

Selain itu, Nor Shamsiah pernah memegang jawatan sebagai Penolong Gabenor yang bertanggungjawab terhadap penyeliaan institusi kewangan di bawah kawal selia BNM dan juga menyelia Jabatan Pengurusan Risiko BNM.

Beliau merupakan anggota Jawatankuasa Dasar Monetari BNM dan juga anggota Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Nor Shamsiah meninggalkan bank pusat pada November 2016, tujuh bulan selepas Tan Sri Zeti Akhar Aziz mengakhiri tempoh perkhidmatannya sebagai Gabenor pada April tahun itu, bagi menyertai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Wednesday 20 June 2018

Malaysia tidak harus terlibat dalam konflik Liga Arab di Yaman ujar Mat Sabu



KERAJAAN Malaysia sedang mengkaji semula penghantaran tenteranya ke Arab Saudi untuk mengelak terlibat dengan konflik di negara-negara teluk, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Langkah ini bagi mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai negara berkecuali, tegasnya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight.

"Kita sedang kaji dan kemungkinan akan tarik balik tentera kita dari sana kerana kita mahu kekal sebagai negara berkecuali,” katanya.

Tegas Mohamad, Malaysia tidak harus terlibat dengan konflik Arab Saudi dan negara-negara teluk berkenaan, apatah lagi apabila ia melibatkan serangan ke atas sebuah negara Islam.


"Buat apa kita terlibat menyerang Yaman, sebuah negara Islam dan kita tidak mahu terlibat dengan konflik sebegini.

"Jika tentera kita mahu terlibat di peringkat antarabangsa, ia hanya melalui PBB sahaja selepas ini," kata Mohamad yang baru mengangkat sumpah jawatan menteri pertahanan, sebulan yang lalu.


Beliau mengulas satu kenyataan Persatuan Patriot Kebangsaan (PPK) yang mempersoalkan penglibatan pasukan tentera Malaysia dalam pakatan negara Arab.

Ini memandangkan, Arab Saudi dan sembilan negara sekutunya didakwa menyerang Yaman atas alasan mempertahankan kerajaan itu yang sedang menghadapi ancaman dari kumpulan penentangnya.

Bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein pada November lalu menafikan Malaysia terlibat dalam operasi ketenteraan dan menjelaskan penyertaan itu adalah dalam misi kemanusiaan.


Namun alasan itu dipersoal kumpulan peguam Lawyers for Liberty yang menganggapnya sebagai penjelasan yang “tidak masuk akal”.

Pengarah eksekutifnya, Eric Paulsen dalam satu kenyataan semalam berkata, kerja-kerja kemanusiaan itu pastinya sudah tamat dan tidak perlu mengambil masa sehingga tiga tahun.

“Jika benar pasukan kita dihantar untuk membantu usaha pemindahan, kerja itu sepatutnya sudah siap sekarang dan tidak perlu dikekalkan untuk tempoh tiga tahun,” katanya.

Pada 14 April lalu, tentera Malaysia dilaporkan terlibat secara langsung dalam latihan yang dinamakan Gulf Shield 1 di Dammam, Arab Saudi.




Media Arab Saudi juga melaporkan, pembentukan gabungan pasukan dari 34 negara termasuk Malaysia itu bertujuan untuk "melawan keganasan". 


Sejak 2015, Arab Saudi mengetuai gabungan negara Arab itu melancarkan serangan udara bagi membantu kerajaan Yaman melawan pemberontak puak Houthi dan pihak yang setia kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh.

Kerjasama puak itu dengan Ali dikatakan menambahkan sokongan menggulingkan presiden yang disokong Arab Saudi, Abdrabbuh Mansour Hadi.

PBB mengeluarkan amaran kepada negara lain yang membantu Riyadh selepas penyiasatannya mendapati kebanyakan sasaran serangan di Yaman antara Mac dan Oktober tahun lalu adalah kawasan awam, melibatkan kematian 292 orang awam termasuk 100 wanita dan kanak-anak. – 20 Jun, 2018.

Tuesday 5 June 2018

MoF dedahkan skandal saluran paip RM9.4bil SSER


Kementerian Kewangan (KKM) telah menemui dua projek talian gas berjumlah RM9.4 bilion, di mana 88 peratus daripada jumlah itu telah dikeluarkan - tetapi hanya 13 peratus daripada kerja-kerja itu telah siap.

Ini adalah salah satu daripada projek yang 'tersembunyi' di bawah fail-fail merah yang jauh dari pengawasan kebanyakan pegawai di Perbendaharaan. 

Projek-projek ini dikendalikan oleh MOF Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER). Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bahawa beliau telah dimaklumkan oleh pegawai Perbendaharaan bahawa SSER adalah pemotretan SRC International, sebuah syarikat di bawah hutang yang dibelenggu 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

SSER adalah anak syarikat milik penuh MoF yang ditubuhkan pada 19 Mei 2016 dengan tujuan khusus untuk melaksanakan projek Jalur Lebar Multi-Produk (MPP) dan projek Paip Gas Trans-Sabah (TSGP). 

Kedua-dua projek itu telah diluluskan oleh kabinet pada 27 Julai 2016. MPP melibatkan saluran paip petroleum pelbagai produk 600km yang menghubungkan Melaka dan Port Dickson ke Jitra, Kedah bernilai 4.53 bilion yuan dan RM2.53 bilion, atau kira-kira RM5.35 bilion. 

TSGP, sebaliknya, membina saluran paip gas 662km dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau, dengan kos 3.08 bilion yuan dan RM2.14 bilion, atau lebih kurang RM4.06 bilion. Kedua-dua projek berjumlah RM9.41 bilion itu dianugerahkan kepada Biro Pipeline Petroleum China (CPPB) pada 1 Nov 2016. 

Perjanjian itu ditandatangani oleh Bendahari Agung, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, yang juga pengerusi SSER. Irwan telah meletak jawatan pada 23 Mei. SSER telah memperoleh pembiayaan dari China Exim Bank berjumlah 85% daripada nilai projek pada 22 Mac, 2017 manakala baki dana 15% yang diperlukan akan dibangkitkan melalui terbitan sukuk.

"Kami telah mendapati bahawa jadual pembayaran bagi kontrak di atas adalah berdasarkan hampir keseluruhannya pada pencapaian masa yang ditetapkan, dan bukan pada tonggak penyelesaian kerja yang progresif. 

Lebih buruk lagi, berdasarkan perjanjian yang ditandatangani, 85% daripada nilai projek akan dibayar pada 1 Mac, 2018, "kata Lim.

Selain itu, beliau berkata pembayaran itu tidak termasuk dua perjanjian perundingan lain yang ditandatangani untuk projek yang sama bernilai kira-kira RM312 juta dan RM213 juta, dan perjanjian penyelenggaraan bernilai RM476 juta, diberikan kepada syarikat-syarikat dari China, berjumlah tambahan RM1 bilion.

K’jaan beri tiga bulan bagi warga asing kosongkan rumah PPR



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi tempoh selama tiga bulan bermula hari ini bagi pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) mengosongkan rumah mereka yang disewa warga asing.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata sekiranya pemilik gagal mengosongkan premis berkenaan dalam tempoh tersebut, tindakan pengusiran terhadap penyewa warga asing itu akan dikuatkuasakan dan pemilik bakal berdepan dengan penalti dan hak pemilikan rumah ditarik balik.

“Tindakan ini diambil adalah bagi memastikan tiada lagi warga asing menduduki rumah PPR dan ini akan dimulakan dengan rumah yang di bawah jagaan KPKT dan seterusnya kita akan bergerak kepada sektor-sektor yang lain,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Katanya penguatkuasaan tersebut dilakukan dalam memastikan rakyat tempatan diberi keutamaan untuk mendapatkan rumah selain isu-isu sosial yang sering ditimbulkan oleh warga asing yang menduduki kawasan rumah terbabit.“Kita juga mahu mengawal selia isu harga sewa di kawasan berkenaan yang mana kita tahu kebanyakan warga asing akan menawarkan kadar yang lebih tinggi berbanding rakyat tempatan,” katanya.

Zuraida dalam pada itu berkata KPKT akan mengkaji semula pelbagai aspek perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk prosedur operasi standard sedia ada dan memberi perhatian keadaan semasa fasiliti JBPM termasuk kenderaan, pili bomba dan peralatan menyelamat.