Monday 30 July 2018

Edisi Kantoi : Kula Segaran akhirnya mohon maaf


Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran akhirnya memohon maaf susulan kontroversi dakwaan beliau menyifatkan orang Melayu sebagai pendatang.

“Saya sepenuhnya mohon maaf terhadap pihak yang terluka dan menarik ucapan ofensif dalam ucapan spontan itu,” kata menteri sumber manusia itu.


Sebelum itu beliau mengatakan telah difitnah tetapi memohon maaf apabila video ucapannya tular di media sosial 



Berikut merupakan transkrip terjemahan

“Sejarah buku teks kata kita di sini 130 tahun, bila kita datang ke sini. Ia tidak betul. Bilakah kita datang ke sini ? 2500 tahun lalu.

Manakah bukti itu? Boleh lihat di Lembah Bujang. Terdapat pelbagai kuil yang tertanam. Pada sejarah silam tersebut, mereka adalah pendatang, bukan kita pendatang.Kita dan mereka adalah sama.

Tapi , kita sudah lupa sekarang, tanya pelajar-pelajar sekarang, berapa lamakah hubungan Hindu,mereka akan jawab 100 tahun, cikgu kita yang ajar. Cikgu yang berkata sebegitu perlu diketuk kepala, disebabkan negara kita ada had sebegitu sahaja.

Jika anda pergi ke Lembah Bujang sekarang, amat jelas ada bukti hubungan kita.Kita perlu bercakap dengan semua orang dan masyarakat kita. Baru kita tahu kita tiadanya beza dengan mereka.

Kita juga berhak untuk tinggal sini, ini adalah tanahair kita. Tiada yang lain, jika anda berfikir 2,500 tahun lalu, bagaimanakah keadaanya, kita ada segala hak. Jangan berputus asa.” – M. Kula Segaran


Dalam kenyataan hari ini, Kulasegaran juga berkata beliau tidak pernah menjadi sosok kontroversi dalam isu kaum dan agama dan berikrar mempertahankan perlembagaan.

Beliau juga berkata sesuatu perkataan boleh berubah-ubah maksud jika diterjemah ke bahasa lain.

Beliau bercakap dalam bahasa Tamil dalam ucapan kontroverinya di Nilai minggu lalu.

Kulasegaran juga menjelaskan beliau meminta maaf bagi mengelakkan kontroversi sekitar dirinya itu makin parah.

Sunday 29 July 2018

M Kula Segaran tahukah anda Tamil merupa bangsa terbesar tanpa negara di dunia?


Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu.

Menteri Sumber Manu­sia itu juga mendakwa, masya­rakat Hindu telah mula menjejakkan kaki di negara ini sejak 2,500 tahun lalu.

Dakwanya, semua bukti mengenai kedatangan agama Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan banyak kuil telah ditemukan di sana.

“Kebanyakan orang telah lupa, orang Hindu mula jejak negara ini 2,500 tahun dulu. Apa buktinya? Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, ke­semua bukti terdapat di sana. Terdapat banyak kuil lama yang ditemui di sana.

“Apabila kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka, merekalah (Melayu) yang sebenarnya pendatang! Kita dan Melayu adalah setaraf. Ini tanah air kita!” dakwanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam Youtube di sini baru-baru ini.

Kula Segaran dikatakan melakukan dakwaan demikian di dalam bahasa Tamil pada satu program di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu.

Dakwanya, guru di sekolah telah mengajar anak-anak murid tentang sejarah asal usul orang Hindu yang menetap di negara ini sejak 100 tahun lalu sahaja.

“Kita mesti mengetuk kepala guru-guru yang ajar sejarah salah yang sebegini! Pergi beritahu kepada semua, kenya­taan ini keluar dari mulut saya, Hindu, kaum pertama di Malaysia, 2,500 tahun yang lepas.


Adakah benar dakwaan Melayu sebagai bangsa pendatang?

Dakwaan Melayu sebagai bangsa pendatang ternyata tidak benar apabila kajian mendapati nenek moyang bangsa itu datang ke rantau ini kira-kira 60,000 tahun lalu, lebih awal berbanding penghijrahan manusia ke Yunnan iaitu 40,000 tahun.

Penemuan itu juga sekali gus menyangkal dakwaan kaum Melayu sebenarnya tidak wujud kerana ia terhasil daripada campuran pelbagai kaum lain.

Sejarah termasuk dalam pembelajaran di sekolah selama ini menyatakan bahawa orang Melayu dikaitkan dengan manusia yang berhijrah dari Yunnan.

Penyelidik sejarah dan penulis dari Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Zaharah Sulaiman berkata, sarjana barat Dr. Steven Oppenheimer, pakar Paleontologi Wilhelm G. Solheim dan Professor Arysio Nunes dos Santos telah mengambil bukti-bukti geologi dan mitologi dan digabungkan dengan bukti arkeologi, genetik serta linguistik bersetuju orang Melayu sebenarnya berasal dari sebuah tamadun yang hilang dinamakan Benua Melayu Sunda.

“Asid deoksiribonukleik (DNA) Orang Asli Semenanjung menunjukkan pertalian dengan Austro-Asiatics selatan Burma yang berkembang secara sendiri di Andaman, Siam, Kemboja dan Champa.

“Orang Melayu yang berada di negara ini adalah berasal daripada Orang Asli. Mereka berevolusi menjadi orang Melayu moden apabila mereka keluar dari hutan dan bersemenda dengan orang yang berada di luar.


Penemuan Perak Man oleh ahli arkeologi di Lenggong, Perak telah membuktikan bahawa wujud zaman Paleolitik di Malaysia. 

Manusia Perak (Perak Man) adalah rangka manusia yang tertua pernah dijumpai di Asia Tenggara dianggap 'penduduk Tanah Melayu' paling lama pernah diketahui wujud, lantaran hidup lebih 11,000 tahun lalu sebelum dikebumikan di Gua Gunung Runtuh.

Bukti di atas sudah cukup mengatakan bahawa Melayu bukan kaum pendatang malah telah pun membentuk negara 

Persoalannya 

1. Adakah penduduk Bali yang beragama hindu itu semuanya pendatang?dan penduduk asalnya Tamil?

2. Adakah beliau tahu akan bangsanya sendiri iaitu kaum Tamil adalah bangsa terbesar tanpa negara di dunia?

Dengan populasi sekitar 77 juta  yang tersebar di seluruh dunia, suku Tamil adalah salah satu bangsa tanpa negara yang tertua dan terbesar di dunia moden.

Suku Tamil berjumlah 15,36% dari populasi Sri Lanka; 5,91% dari populasi India; 5,83% dari populasi Mauritius; 5% dari populasi Singapura; serta 5,7% dari populasi Malaysia.

Di Indonesia, ada sekitar 75 ribu orang Tamil di Indonesia, baik yang asli maupun keturunan. Sekitar 40 ribu jiwa tinggal di Sumatera Utara.[5]

Friday 27 July 2018

Pemilihan PKR secara e-voting - setiausaha agung


Pemilihan PKR kali ini menyaksikan pertama kali pengundian dibuat secara dalam talian menerusi e-voting bagi melancarkan dan mempercepatkan proses mengundi membabitkan lebih 800,000 anggota parti itu di seluruh negara.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak parti sedang menjalankan ujian terhadap sistem e-voting itu bagi mengenal pasti sebarang masalah yang ada supaya dapat dikemas kini sebelum berlangsung pemilihan pada Ogos hingga September ini.

"Pada dua pemilihan parti sebelum ini PKR menggunakan kertas bagi proses mengundi, kali ini online. Anggota parti hanya perlu hadir di pusat pengundian dan tunjukkan kad pengenalan bagi mengesahkan keahlian sebelum terus ke gajet yang kami sediakan untuk mengundi serta klik calon yang mereka pilih," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Bayan Baru, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata menerusi sistem e-voting itu juga proses pengiraan undi akan dilakukan secara automatik dalam sistem dan keputusan penuh akan diumumkan oleh jawatankuasa pemilihan PKR selepas proses mengundi selesai.

Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata parti merancang menjalankan proses pengundian mengikut zon dan persiapan rapi sedang dijalankan supaya ia berjalan lancar kerana PKR satu-satunya parti yang memberi hak kepada setiap anggotanya memilih pemimpin parti.

"PKR menerima lebih 300,000 anggota baharu mendaftar menyertai parti itu sejak 9 Mei hingga 26 Jun lepas dan sekarang ini kami mempunyai lebih 800,000 anggota parti, semua mereka akan mengundi pada pemilihan kali ini," katanya.

Sementara itu, Saifuddin Nasution menafikan penetapan kadar yuran sehingga mencecah puluhan ribu ringgit yang dikenakan ke atas calon yang mahu bertanding pada pemilihan parti kali ini seperti yang tular di media sosial.

Katanya memang terdapat cadangan yuran dikenakan kepada calon bertanding dan ia telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan PKR kerana duit itu akan digunakan untuk membiayai serta menampung kos pemilihan PKR kali ini.

"Yuran itu untuk membiayai kos pemilihan parti kerana kami tiada sesiapa yang menaja serta perlu mencari sumber kewangan sendiri tetapi mereka yang mahu bertanding tidak perlu bimbang kerana jumlah (yuran) yang akan dikenakan adalah rendah dan mampu untuk calon bayar."

"Yang ditularkan itu bukanlah jumlah yang PKR telah tetapkan, ia dicadangkan serta masih di peringkat rundingan dan saya beri jaminan yuran dikenakan munasabah, kami akan keluarkan pekeliling (yuran dikenakan) dalam masa terdekat," katanya.

Baru-baru ini, tersebar di media sosial berhubung peraturan pemilihan PKR yang menetapkan syarat kepada anggota yang ingin bertanding untuk membayar yuran mengikut kadar tertentu.

Difahamkan calon bagi jawatan presiden perlu membayar RM25,000, timbalan presiden (RM20,000), naib presiden (RM10,000) dan anggota Majlis Kepemimpinan Pusat (RM5,000) manakala di peringkat sayap, jawatan ketua (RM10,000), timbalan ketua (RM7,000), naib ketua (RM5,000) dan anggota Majlis Kepemimpinan (RM3,000) serta di peringkat cabang pula dikenakan yuran antara RM500 hingga RM200.

-- BERNAMA

SJKC kurang murid : DAP patut kempen tambah kelahiran kaum Cina


Baru-baru ini dua wakil rakyat DAP membidas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kerana tidak memberikan peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Ini selepas Maszlee, dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di parlimen, mengatakan sekolah-sekolah berkenaan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak akan menerima peruntukan kementerian.

"KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional," kata Maszlee.


Tuntutan  peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah swasta Cina (SMPC) ini tiada keperluannya kerana jumlah murid di SKJC pun kurang


Ketika ini, terdapat 1,294 buah SJKC di seluruh negara termasuklah sekolah SJKC baru dibina. Buat masa ini sekolah-sekolah SJKC juga dalam pembinaan di kawasan padat penduduk kaum Cina. Malah, kerajaan mempunyai perancangan untuk membina sekolah-sekolah ini termasuklah di Puchong, Serdang, Kuala Lumpur dan Johor. Daripada jumlah 1,294 sekolah, sebanyak 455 adalah sekolah kurang murid (kurang 150 murid).

Masalah kekurangan murid Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) diakui sehinggakan di Jabor Kemaman SJKC menerima lebih ramai murid Melayu berbanding keturunan Cina bagi kemasukan tahun satu 2017.

Manakala pada 2016 hanya seorang Murid Daftar Tahun 1 di SJKC Chee Nan, Jerlun

"Masalah kekurangan murid Cina di SJKC seharusnya mendapat perhatian serius daripada pelbagai pihak, terutama pertubuhan dan badan-badan pendidikan serta golo-ngan ibu bapa.

Shee Fatt Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Besar Malaysia berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon baru-baru ini, mengenai jumlah penurunan seramai 2,283 murid SJKC di seluruh negara berbanding tahun lalu.

Salah satu punca kekurangan murid Cina di SJKC adalah berkaitan rapat dengan penurunan jumlah kelahiran bayi Cina. Manakala satu lagi punca ialah terdapat banyak pilihan bagi ibu bapa yang tinggal di kawasan bandar.Ketika ini, pelbagai sekolah vernakular wujud dengan kurikulum, falsafah negara dan pedagogi, sistem, struktur organisasi dan kewangan diberi status urus tadbir sendiri.

Tetapi sayangnya, desakan sama rata dari aspek sistem persekolahan, bahasa pengantar, sukatan pelajaran, kokurikulum, kemudahan prasarana, tenaga pengajar dan jenis sekolah menjadi idea dan hakikat untuk mendesak pemerintah.

Sama ada mahu diakui atau tidak, masih ramai dalam kalangan masyarakat Cina tidak mahir bertutur dan tidak menggunakan bahasa kebangsaan dalam majlis bersifat formal. Apalagi dalam program anjuran pihak swasta dan perniagaan.

Kaum-kaum lain juga ada hak membela kepentingan dan kebajikan masing-masing, biarpun masyarakat Melayu dilihat mengalah tetapi nilai tolak ansur dan kekitaannya tinggi.

Bagi pandangan penulis sebelum DAP meminta apa-apa peruntukan untuk sekolah swasta Cina daripada kerajaan mereka seharusnya mewujudkan  satu  keperluan kepada tuntutan ini. Sekolah SJKC mengalami penurunan yang teruk dari segi jumlah pelajar .

Salah satu punca kekurangan murid Cina di SJKC adalah berkaitan rapat dengan penurunan jumlah kelahiran bayi Cina.

Laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini menunjukkan jumlah penduduk di negara kita pada tahun ini dianggarkan 31.7 juta orang iaitu meningkat sebanyak 0.5 juta berbanding 31.2 juta orang pada tahun lepas.

Etnik Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi bagi kategori penduduk warganegara di Malaysia iaitu sebanyak 68.6 peratus (21.74 juta) diikuti oleh etnik Cina, 23.4 peratus (7.41 juta), India 7.0 peratus (2.21 juta) dan lain-lain 1.0 peratus (3.17 juta).

Melihat perkembangan terbaru ini, Lidah Pengarang Sin Chew Jit Poh merumuskan bahawa walaupun jumlah keturunan Cina telah melebihi tujuh juta orang, namun kadar pertumbuhannya menunjukkan penurunan dan keadaan ini perlu diberikan perhatian serius.

Mengikut laporan, walaupun kadar pertumbuhan kaum Melayu turut menunjukkan penurunan, namun ia hanya berlaku pada tahun 2000 berbanding jumlah bangsa Cina yang telah menurun sejak tahun 1980 lagi.

Pada tahun lalu, kadar kelahiran kaum Melayu adalah 2.6 dan kaum Cina hanyalah 1.4, iaitu jumlah yang paling kurang berbanding dengan kaum-kaum lain di negara kita.

Untuk mengatasi masalah kekurangan kaum Cina ini, akhbar ini berpendapat, bagi setiap keluarga Cina, mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak untuk mengimbangi kadar kelahiran kaum Melayu.

DAP disarankan untuk mengadakan kempen secara besaran supaya kaum Cina mempertingkatkan aktiviti seks bersama pasangan mereka supaya tahap kelahiran kaum Cina tinggi bagi mengatasi kekurangan murid di SJKC



Siapa Ong Boon Piow Yang Mahu Mempertikaikan Perlantikan Maszlee?




Dalam satu kenyataan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham Ong Ong Boon Piow menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar meneliti semula sama ada Maszlee sesuai untuk terus memegang jawatan sebagai menteri pendidikan.

Perkara ini berlaku selepas Maszlee, dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di parlimen, mengatakan sekolah-sekolah berkenaan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak akan menerima peruntukan kementerian.

Ong berkata ramai ibu bapa daripada kaum Melayu dan India menghantar anak-anak mereka ke SMPC, manakala UEC diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa.

"Menteri pendidikan dari HARAPAN tetapi jawapannya merosakkan dan tidak menghormati sekutu HARAPAN. (Langkah ini) mesti dikritik dalam HARAPAN," katanya.


Penulis bertanya kepada Ong Boon Piau sebagai adun Bercham apa rasionalnya beliau mengeluarkan kritikan yang tidak masuk akal dan menjejaskan kemakmuran kaum di Malaysia.

Sekiranya Maszlee dikatakan tidak layak memegang potfolio kementerian pendidikan adakah dia juga layak mengkitik tanpa usul periksa? adakah Ong paham tentang kandungan Dasar Pendidikan Kebangsaan?

Kenapa pula Maszlee dikatakan tidak layak sebagai menteri pendidikan sedang jawapan bertulisnya kepada Wee Ka Siong merujuk kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan?

Ong dikatakan membidas selepas Maszlee, dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di parlimen, mengatakan sekolah-sekolah berkenaan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak akan menerima peruntukan kementerian.

"KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional," kata Maszlee.




Thursday 26 July 2018

PRK Sungai Kandis : Kehadiran Kleptokrat Cemar Kempen Umno



SG KANDIS l Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terkenal sebagai pemimpin kleptokrat hari ini “turun padang” bagi membantu calon BN, Datuk Lokman Noor Adam pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.


Bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu tiba di Bilik Gerakan BN N49 Sungai Kandis kira-kira jam 8.50 pagi disambut oleh Pengarah PRK DUN Sungai Kandis yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Lokman.

Kehadiran Najib masih mendapat sambutan daripada penduduk, walaupun tidak semeriah semasa beliau berada dalam kerajaan suatu ketika dahulu. Penyokong turut mengambil kesempatan bergambar dengan Najib
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini sedang didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta bebas setelah diikat jamin sebanyak RM 1 juta dijangka akan dibicarakan pada 18 Febuari tahun depan.
Sebelumnnya Datuk Seri Mohammad Hasan berkara UMNO diibaratkan kembali menjadi ‘kain putih’ selepas mengalami kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pemimpin serta ahli parti untuk ‘pandai-pandai’ membawa diri serta berhenti melakukan perkara yang boleh membuatkan rakyat marah.
Persoalannya apa perlunya Najib Razak diajak untuk membantu kempen Umno di Sungai Kandis? sedangkan Najib Razak adalah punca rakyat menjadi marah dan menolak Umno pada PRU14 yang lalu.Jika Umno di ibaratkan kain putih kenapa kain buruk kotor di bawa ke Sungai Kandis?

Nampaknya Najib Razak pula seperti masih tidak sedar bahawa beliau adalah punca utama kekalahan BN dalam pilihanraya umum 9 Mei lalu.

Kiranya beliau sedar siapa dirinya dan kerana dirinyalah BN kalah serta ditolak rakyat, tidak ada sebab untuk beliau turut sama turun berkempen membantu calon BN bagi pilihanraya kecil Sungai Kandis

Sebagai orang yang menjadi punca utama kekalahan BN, Najib sepatutnya menjauhkan dirinya daripada UMNO dan BN ketika ini jika beliau mahu melihat harapan kemenangan lebih berpihak kepada calon BN.

Beliau lebih wajar menumpukan perhatiannya kepada usaha membersihkan namanya di mahkamah tanpa mencampuri lagi urusan parti. Lagi pun, beliau bukan siapa-siapa lagi, hanya ahli biasa saja.

Hadirnya Najib di Sungai Kandis tidak akan membantu BN, malah hanya akan menyebabkan penolakan pengundi yang lebih besar kepada calon BN, Lokman Noor Adam.

Ketika beliau menjadi Perdana Menteri pun, cakap dan kempennya tidak laku, maka mustahil setelah BN kalah yang disebabkan olehnya dan kemudian didakwa pula di mahkamah serta sebelum itu bertimbun-timbun wang tunai serta barang kemas dirampas polis daripada kediamannya, kehadirannya berkempen di Sungai Kandis mampu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat bagi BN di pilihanraya kecil itu.

Monday 23 July 2018

BSKL dijangka naik ke paras 1800 mata petanda pelabur mula yakin


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangkakan bergerak ke paras lebih tinggi, antara 1,800 dan 1,820 minggu ini, selepas merosot ke paras 1,750 minggu lalu berikutan jualan besar-besaran saham wajaran tinggi disebabkan reaksi pelabur terhadap pengumuman tahap hutang negara, kata peniaga.


Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata pengumuman kerajaan bahawa hutang negara melebihi RM1 trilion, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur berhubung keupayaan kerajaan mengurus ekonomi.

Bagaimanapun, beliau berkata kebimbangan itu mula reda selepas kerajaan mengumumkan siri rancangan untuk menjana pendapatan, termasuk mengkaji semua projek mega dan melaksanakan pengurangan kos.

"Seperti yang dapat kita lihat, reaksi berlebihan mereka (pelabur) kini kembali reda, dan menyaksikan indeks tempatan kembali pulih apabila meningkat 23 mata pada Jumaat," katanya kepada BERNAMA.

Kenyataan daripada pelabur China baru-baru ini yang menyatakan keyakinan mereka dan akan meneruskan perniagaan di bawah kerajaan baharu, juga memberikan sokongan kepada pasaran dan berkemungkinan akan berterusan ke minggu ini.

Bagaimanapun katanya, ketegangan ekonomi global mungkin mengehadkan peningkatan pasaran tempatan minggu ini, dengan pelabur serantau kini memantau rapat perkembangan rundingan dagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

"Wujud juga kebimbangan baharu dalam kalangan pelabur selepas Presiden AS Donald Trump membatalkan sidang kemuncaknya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un," katanya.

Bagi minggu baru berakhir, Bursa Malaysia kebanyakannya ditutup lebih rendah susulan momentum tekanan jualan berterusan saham wajaran tinggi terpilih, serta kaunter yang banyak bergantung kepada keadaan semasa.

Presiden Donald Trump membatalkan sidang kemuncak bersama pemimpin Korea Utara Kim Jong Un," katanya.

Bursa Malaysia memulakan dagangan hari pertama minggu lalu bercampur-campur, sebelum mula merosot dari Selasa hingga Khamis, selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan hutang negara melebihi paras RM1 trilion atau 65 peratus daripada keluaran dalam negara kasar.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI turun 57.10 mata lebih rendah kepada 1,797.40 daripada 1,854.5.



Indeks FBM Emas turun 322.44 mata kepada 12,540.78, Indeks FBMT100 susut 314.68 mata kepada 12,348.68, FBM 70 susut 111.75 mata kepada 14,840.62 dan Indeks FBM EMAS Shariah turun 337.34 mata kepada 12,608.30.

FBM Ace merosot 195.49 mata kepada 5,189.61.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 448.73 mata kepada 17,879.56, Indeks Perindustrian turun 90.48 mata kepada 3,213.41 dan Indeks Perladangan berkurangan 78.13 mata kepada 7,844.11.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 12.90 bilion unit bernilai RM15.95 bilion daripada 20.14 bilion unit bernilai RM21.61 bilion.

Jumlah dagangan di pasaran utama menyusut kepada 8.17 bilion saham bernilai RM15.19 bilion daripada 13.97 bilion saham bernilai RM20.6 bilion.

Jumlah dagangan waran susut kepada 3.07 bilion unit bernilai RM519.62 juta berbanding 3.67 bilion unit bernilai RM523.83 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 1.55 bilion saham bernilai RM233.17 juta daripada 2.46 bilion saham bernilai RM472.54 juta sebelumnya. - BERNAMA

Thursday 19 July 2018

BN mesti pulangkan RM 470 juta dana terkait 1MDB – Kit Siang


Parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan SUPP perlu memulangkan semula sejumlah RM470 juta yang diterima daripada dana 1MDB, kata tokoh veteran DAP Lim Kit Siang.

Kenyataan ini dibuat merujuk kepada laman mini terbitan Malaysiakini yang mendedahkan sekurang-kurangnya RM470 juta dana 1MDB mengalir keluar kepada pertubuhan politik melalui 102 transaksi, tidak termasuk individu antara bulan April 2012 dan Ogos 2013.

“UMNO menerima sejumlah besar dana iaitu RM417.4 juta atau 88.8 peratus daripada jumlah itu. Penerima kedua terbesar pula ialah MIC iaitu RM20.55 juta dan MCA sebanyak RM16.5 juta,” katanya dalam kenyataan.

Pendedahan laporan tersebut katanya telah diagih-agihkan kepada beberapa cabang parti termasuk perpustakaan milik parti.

“UMNO, MCA, MIC dan SUPP mempunyai Anggota Parlimen dan mereka perlu menjawab pendedahan oleh Malaysiakini itu semasa ucapan membahas titah diraja,” katanya lagi
.

Monday 16 July 2018

KKMM kaji cadangan RTM siar EPL secara langsung



PUCHONG: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengkaji cadangan menyiarkan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada masa depan.

Menterinya, Gobind Singh Deo, berkata ia tidak dapat dilakukan tahun ini mahupun tahun depan, namun akan berusaha merealisasikan impian peminat di Malaysia itu paling awal pada 2020.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebarang perancangan membabitkan siaran langsung EPL mungkin berubah mengikut situasi semasa, termasuk keadaan ekonomi dan dana kerajaan ketika itu.

"Menyiarkan EPL secara langsung melalui RTM ialah antara perkara dibawa kepada perhatian KKMM.

"Tahun ini, kita tidak boleh berbuat demikian kerana ia menelan kos besar melebihi dana diperlukan untuk siaran Piala Dunia 2018 yang mendapat tajaan berjumlah RM30 juta.

"Pada masa sama, kerajaan mengambil inisiatif mengurangkan perbelanjaan negara seperti disarankan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Mungkin bukan tahun ini, bukan tahun depan (siaran langsung EPL), kita tengok masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program 


Jom Bola Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 bersama Menteri KKMM di padang Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Gobind berkata, 'Media City' dibangunkan di Wisma Angkasapuri RTM dengan dilengkapi peralatan dan teknologi moden, ialah antara usaha KKMM memperkasakan kualiti penyiaran stesen televisyen berkenaan.

"Bangunan itu akan disiapkan dalam tempoh dua bulan lagi. Di situ, RTM akan ada akses terhadap peralatan moden untuk menyiarkan pelbagai program, termasuk segmen sukan secara langsung dan lebih berkualiti," katanya.

Saturday 14 July 2018

Adakah Mukhriz masih mahu sekolah vernakular ditamatkan?


Penulis ingin mengimbas kembali cadangan Mukhriz pada 2008 ketika  beliau masih di dalam UMNO ketika 
menjawat jawatan timbalan menteri perdangangan antarbangsa dan industri,

Persoalannya apakah pendirian Mukhriz dengan isu hangat tentang pengiktirafan UEC baru-baru ini? 

Adakah segala pandangan terdahulunya beliau sudah tidak relevan sejak menyertai pakatan harapan ? Jika cadangan beliau itu ada asasnya kenapa tidak lagi mahu bersuara tentangnya?

Cadangan Datuk Mukhriz Mahathir supaya sistem sekolah vernakular ditamatkan merupakan cadangan yang amat baik. Malah, bukan pertama kali cadangan seumpama itu dikemukakan. Penyata Razak 1956 secara jelas mencadangkan supaya ditubuhkan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada pelajar daripada semua kaum.

Dengan menutup sekolah pelbagai aliran, ini akan memberi ruang kepada sekolah kebangsaan yang sedia ada untuk membawa aspirasi cadangan ini. Pelajar daripada semua kaum akan belajar di bawah sistem satu sekolah.

Ini bukan sahaja akan membolehkan mereka melalui sukatan pelajaran yang sama, malah turut memberikan pendedahan awal untuk mereka hidup dalam persekitaran kepelbagaian kaum.

Pendedahan awal untuk mereka hidup dalam persekitaran kepelbagaian kaum adalah amat penting. Ini akan membolehkan mereka menyerap segala permasalahan yang timbul sesama mereka dan seterusnya mencapai persefahaman daripadanya di peringkat seawal sekolah rendah.

Ini akan menjadi satu batu asas yang amat kukuh buat para pelajar yang melalui sistem satu sekolah untuk mencorak kehidupan bermasyarakat di masa hadapan dengan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia.

Namun saya berpandangan, untuk mengukuhkan lagi cadangan Mukhriz adalah amat besar keperluan untuk bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem ini. Ini termasuklah dengan menamatkan program pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang ternyata akan merosakkan usaha murni untuk membina kesatuan di kalangan pelajar dalam sistem satu sekolah. Ini kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang dapat dimanfaatkan sebagai bahasa perpaduan dan kesatuan di antara kaum.

Malah kita tidak menafikan cadangan mewajibkan bahasa lain dalam sistem satu sekolah untuk diajarkan kepada para pelajar berasaskan kaum iaitu Bahasa Mandarin untuk kaum Cina dan Bahasa Tamil untuk kaum India.

Sistem sekolah vernakular sememangnya antara faktor penting yang menyumbang kepada polarisasi kaum yang semakin tampak jelas di Malaysia pada hari ini. Seharusnya para pemimpin yang mewakili kaum masing-masing harus berasa gusar dengan perkembangan yang cukup mencemaskan ini. Tidak terhad kepada pimpinan di lapangan politik, pimpinan di lapangan ekonomi dan sosial juga harus maju ke hadapan memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah ini.

Pandangan Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arsyad bahawa perlu ada keazaman politik untuk merealisasikan objektif daripada cadangan Mukhriz harus diberi pertimbangan mendalam oleh para pimpinan yang mewakili kaum masing-masing. Sekiranya benar kita semua serius untuk menangani masalah polarisasi kaum hari ini, para pimpinan kaum perlu secara tulus dan telus untuk mencapai persefahaman dalam hal ini.

Sekiranya para pimpinan kaum masing-masing asyik berkeras menuding jari tanpa bersedia duduk semeja secara serius untuk mencapai persefahaman, maka Malaysia sebenarnya sedang menuju fasa akhir kewujudan sesebuah negara selari dengan teori Ibnu Khaldun di dalam Kitab Mukaddimah karangannya.

Saya optimis, sekiranya Malaysia masih punya pimpinan yang jujur dan berjiwa besar, masalah polarisasi kaum hari ini akan dapat diselesaikan dalam kadar yang segera. Seperti mana batu asas perpaduan kaum yang dibina oleh pimpinan kita di awal penubuhan Malaysia, kesediaan pimpinan hari ini untuk mengabaikan kepentingan yang bersifat rigid dan individualistik akan berhasil membina batu pengukuh perpaduan di Malaysia.

Demi mencapai manfaat yang lebih besar dan berpanjangan di Malaysia, polarisasi kaum harus segera dihapuskan. Langkah awalnya adalah dengan bersetuju secara bersama untuk menamatkan sistem sekolah vernakular ke arah sistem satu sekolah buat semua kaum.

Peranan parti pembangkang dalam sistem demokrasi sangat penting


Penulis ingin mengimbas kembali apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir pada 2006 bahawa kewujudan pembangkang itu sangat penting dalam sistem demokrasi adalah amat tetap sekali

Baru - baru ini Tun Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memberi peruntukan kepada anggota Parlimen pembangkang dalam memastikan rakyat di kawasan tersebut tidak dipinggirkan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet buat kali ketiga hari ini.

Bagaimanapun, Mahathir berkata jumlah peruntukan itu sedikit berbeza daripada pusat.

"Kita akan tetap bagi peruntukan kepada mereka tapi kurang sikitlah. RM500,000 untuk kita dan RM100,000 kepada mereka,” katanya.


Ini kali pertama anggota Parlimen pembangkang diberi peruntukan. Sebelum ini, kerajaan BN hanya memperuntukkan dana untuk wakil rakyatnya sedangkan pembangkang tidak menerima sebarang bayaran.

Persolannya adakah parti-parti pembangkang di Malaysia ini sudah bersedia untuk mengalas tugas penting ini? 

Sila bacakan kenyataan Tun Mahathir pada 2006

Peranan parti pembangkang dalam sistem demokrasi sangat penting kerana mereka dapat bertindak bagi `memeriksa' kerajaan dalam tindakan-tindakannya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembangkang boleh menjadi `cermin' kepada kerajaan bagi menilai sama ada tindakan kerajaan itu memberi manfaat atau keburukan kepada rakyat dan negara.

``Kalau parti pembangkang itu banyak, lagi bagus kerana ia dapat memberi kesan yang lebih baik kepada kerajaan bagi menilai keputusan dan tindakan yang dibuatnya,'' katanya.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan bertajuk Krisis Kepimpinan dan Teknik-Teknik Komunikasi Strategik pada Forum Krisis dan Risiko: Pendekatan Hadhari, Penjelasan dan Relevannya kepada Cabaran-Cabaran Global Kontemporari, di sini hari ini.

Forum sehari itu dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Dr. Mahathir berkata, pembangkang juga akan memastikan kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa, memperalatkan penyokongnya serta memastikan kerajaan tidak `menjual' negara ini kepada pihak luar.

Beliau turut menggariskan ciri-ciri tertentu bagi membentuk kepimpinan yang berkesan iaitu pemimpin mesti berani membuat keputusan dengan mengambil kira kepentingan penyokong dan penentang.

Katanya, apabila berlaku sesuatu masalah, keputusan harus dibuat dengan cepat.

``Pemimpin harus mampu mengawal penyokong-penyokongnya dan berdoa supaya keputusan itu diberkati Allah,'' ujarnya .

Menurutnya, apabila seseorang pemimpin itu gagal menerapkan ciri-ciri tersebut, maka akan berlaku krisis kepimpinan.

Dr. Mahathir berkata, apabila berlaku krisis kepimpinan, seseorang pemimpin boleh kehilangan kuasanya jika mereka tidak mampu menanganinya dengan betul.

Beliau juga menekankan pentingnya kepimpinan mengamalkan pendekatan komunikasi strategik bagi memastikan semua keputusan kerajaan dilaksanakan dengan berkesan.

``Saya telah memperkenalkan sistem itu bagi memastikan keputusan Kabinet dapat sampai kepada kakitangan awam dengan jelas bagi memudahkan mereka melaksanakannya,'' kata beliau.




Friday 13 July 2018

Tuntutan pengiktirafan UEC sepatutnya tidak dilayan - Prof Dr Teo


Pada 8 Julai lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching Nie Ching dipetik dalam sebuah portal berita sebagai berkata, beliau mahu pengiktirafan UEC yang menjadi sebahagian daripada janji PH dalam manifesto PRU-14, diselesaikan sebelum hujung tahun ini sambil, menyatakan UEC tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

Bagaimanapun, isu itu mendapat pandangan berbeza daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahu pendekatan menyeluruh supaya pelaksanaannya kelak tidak menjejaskan perpaduan kaum dan menggadaikan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, tuntutan berkenaan sepatutnya tidak dilayan sejak dulu, bagi menamatkannya lebih awal.


Katanya, kini ia menjadi barah kerana gagal dirawat sejak awal dan seolah-olah segala masalah ditimbulkan kerajaan sekarang, sedangkan ia bermula sejak kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, sepatutnya menteri atau timbalan menteri terdahulu menjawab isu itu secara tegas "kita tidak layan tuntutan", bukan ayat penyedap 'kaji', 'bincang' dan lebih teruk 'pertimbangkan'.

"Pengiktirafan UEC hanya akan menguntungkan segelintir kaum Cina di negara ini, dan bukannya untuk kepentingan kaum itu secara keseluruhan.

"Sekiranya sijil itu diiktiraf terutama untuk kemasukan ke UA dan kemasukan ke sektor awam, sudah tentu ia akan menjejaskan peluang pelajar Cina mengikuti persekolahan dalam aliran kebangsaan.

"Ramai yang tidak menyedari bahawa mengiktiraf UEC menyebabkan peluang anak Cina daripada aliran kebangsaan untuk mendapat tempat di UA dan sektor awam akan terjejas kerana mereka terpaksa bersaing dengan pelajar UEC," katanya.

Kok Seong berkata, UEC diasaskan berdasarkan sistem pendidikan di Taiwan yang dengan sendirinya memberi kesan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu dan dilihat sebagai bertentangan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Katanya, apa juga jenis persekolahan yang tidak berada dalam sistem pendidikan negara perlu dianggap sebagai tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang antaranya mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Di luar sistem pendidikan negara

Beliau berkata, dalam konteks ini UEC yang dikendalikan dalam bahasa lain dan tidak mengikuti sukatan Kementerian Pendidikan, jelas sekali berada di luar sistem pendidikan negara.

"Sebenarnya semua sekolah menengah atau sekolah tinggi persendirian Cina di negara ini sudah diberi peluang untuk menyertai sistem pendidikan kebangsaan, sewaktu kita mencapai kemerdekaan.

"Dalam hal ini, ada yang menyertainya dan ada yang tidak menyertainya dengan menjadi sekolah persendirian Cina yang dilihat tegas menawarkan UEC untuk kemasukan ke UA dan sektor awam," katanya.


Petikan temuramah dengan Felo Utama Institut Kajian Etnik (KI TA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), PROF. DATUK DR. TEO KOK SEONG.

SOALAN: Cadangan untuk mewujudkan sekolah satu aliran itu bukan perkara baharu. Ia sering timbul apabila wujud masalah dalam hubungan antara kaum tetapi tidak pernah dibincangkan secara serius. Komen Datuk?

KOK SEONG: Ia hangat sekejap sahaja. Nampaknya kita tidak ada keberanian politik. Kerajaan yang memerintah pun tidak sanggup melakukannya dan yang berhasrat memerintah pun, saya rasa tidak sanggup melakukannya. Apa yang kita boleh buat sekarang ialah kita manfaatkan sistem yang pelbagai ini. Kita cari jalan terbaik.

Bukan tidak ada usaha daripada pihak kerajaan. Kerajaan sudah cari jalan. Tetapi nampaknya setiap kali Kementerian Pendidikan cari jalan untuk kita manfaatkan yang ada sekolah Cina dan macam-macam ini, ada pihak yang membantah. Sebagai contoh pada 2011, kita sudah mula dalam sistem pendidikan sekolah rendah itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kita mulakan dengan satu sistem seragam. Hendak seragamkan kurikulum di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan tetapi tidak berjaya.

Contoh, hendak seragam sukatan pelajaran Bahasa Melayu, yang di sekolah kebangsaan tidak sama dengan yang di sekolah jenis kebangsaan tetapi tindakan itu ditolak oleh kaum Cina dan India. Maksudnya mereka curiga dan balik kepada perasaan tidak percaya ini. Mereka fikir ada agenda politik daripada orang Melayu untuk memelayukan anak-anak Cina dan akhirnya mengislamkan anak-anak Cina.

Sebelum itu pun kita ada Sekolah Wawasan dan ada pihak yang bantah iaitu kaum Cina.Sekolah Wawasan itu tiga pentadbiran yang berlainan dan hanya wujud sebelah menyebelah sahaja, berkongsi padang permainan, kantin sekolah dan macam-macam lagi supaya ada integrasi antara murid. Di situ pun sudah nampak orang-orang tua ini tidak mahu dan hendak sekat. Mereka fikir ini ada agenda licik untuk memelayukan dan mengislamkan anak Cina. Sampai ke situ mereka fikir.

Cina Malaysia mesti jadi Cina Malaysialah. Dalam diri mereka mesti ada komponen Melayu sebab Melayu kaum dominan. Cina Malaysia mesti bezakan diri mereka dengan Cina di Hong Kong dan Taiwan. Takkan kita hendak struktur itu lagi. Itu zaman dahulu.

Kalau kita tengok orang bukan Melayu sama ada Cina atau India di Malaysia yang fasih berbahasa Melayu, kita nampak sikap positif mereka terhadap bahasa dan bangsa Melayu. Yang tidak fasih ini ada sikap negatif. Kita dapat fasihkan bahasa Melayu anak-anak kita melalui sekolah satu aliran. Mereka yang bersekolah di sekolah vernakular memang tidak fasih berbahasa Melayu.

Apabila fasih kita nampak sikap mereka lain seperti boleh ajak berunding dan toleransi. Apabila mereka fasih bahasa Melayu, mereka tahu budaya Melayu. Apabila tahu budaya Melayu, tidak ada salah konsep dan stereotaip serta benci membenci dan tidak ada kejutan budaya. 

Tuesday 10 July 2018

Tuntut RM59.8 juta : Tukang emas ke tukang karut?


Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Beirut, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay, berkata, Rosmah merupakan pelanggan lama dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia termasuk kepada keluarga diraja.

Dakwa syarikat itu, seperti tahun-tahun sebelum ini, firmanya akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar oleh Rosmah sendiri ataupun oleh pihak ketiga. Barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Menurut syarikat itu lagi, Rosmah adakalanya akan meminjam barang kemas itu dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai yang turut disertakan dengan memorandum penyerahan yang menerangkan terma dan syarat bahawa hak milik barangan berkenaan tetap dengan firma tersebut.

Menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10 Februari 2018, Global Royalty telah menghantar 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang setiap satunya bernilai antara RM498,852 ke RM3,721,737.50. Malah dalam surat bertulis yang bertarikh 22 Mei, Rosmah mengakui menerima barangan berkenaan.





"Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia," kata kenyataan tuntutan tersebut.


Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah kepada 44 unit barangan kemas yang dirampas polis dan memohon perintah mandatori agar barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif. Sekiranya tidak dapat dipulangkan, Rosmah perlu membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.


Difahamkan, kes tuntutan itu akan diadakan hari ini. 


Penulis masih merasakan tuntutan ini agak karut kerana ianya dilakukan dalam jumlah yang besar dan tidak masuk akal jika dibeli dalam satu masa yang singkat.

Agak-agak siapa dalang tuntutan ini? cuba fikirkan

Friday 6 July 2018

Tun Mahathir dijangka lawat China setelah projek ECRL dan paip petroleum bekukan


KUALA LUMPUR: Pegawai dari Malaysia dan China kini dalam perbincangan bagi kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Beijing tidak lama lagi, menurut dua sumber kepada Reuters.

Perkembangan ini berlaku susulan keputusan kerajaan Malaysia menggantung projek disokong China yang bernilai lebih AS$20 bilion (RM80.85 bilion).

Menurut satu sumber yang terbabit dalam perancangan lawatan itu, kunjungan Mahathir ke Beijing difahamkan dipersetujui pada pertengahan Ogos ini.

Bagaimanapun, jurucakap Perdana Menteri tidak memberi sebarang ulasan, begitu juga Kementerian Luar China yang enggan memberi sebarang komen.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menarik berbilion dolar pelaburan China dan adalah salah seorang penyokong kuat dari Asia Tenggara mengenai 'Belt and Road Initiative' oleh Presiden Xi Jinping.

Minggu ini, beliau ditahan atas tuduhan rasuah, namun Najib mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin, semalam.

Mahathir sebelum ini dilihat amat kritikal terhadap manfaat daripada projek China kepada Malaysia. Sejak mengambil alih jawatan, beliau berjanji untuk mengadakan rundingan semula syarat projek walaupun kerja-kerja pembinaan sudah berjalan.

Dalam satu pengumuman mengejut minggu ini, Kementerian Kewangan di bawah arahan Mahathir mengarahkan tiga projek dibekukan, termasuk projek AS$20 bilion (RM80.85 bilion) Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip bernilai AS$2.3 bilion (RM9.30 bilion).

Dua sumber lain yang mengetahui perkara itu berkata, tindakan kerajaan Malaysia membekukan projek itu adalah sebahagian daripada strategi rundingan memandangkan kejayaan ECRL amat penting kepada inisiatif kerajaan China.

"Ia usaha menghantar mesej kepada China. Mereka tidak mahu kegagalan menjejaskan nama mereka," kata salah seorang sumber yang juga pegawai kanan di Kementerian Kewangan. - Reuters


https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/07/445608/dr-mahathir-dijangka-lawat-china-ogos-ini

Wednesday 4 July 2018

Najib hadapi 3 tuduhan pecah amanah, satu salahguna kuasa


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di sini antara 24 Dis 2014 dan 29 Dis 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan ketiga, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama.

Bagi pertuduhan keempat, Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Febi 2012.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Najib mengangguk faham selepas empat pertuduhan itu dibacakan. Kes juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Barisan pendakwaan diketuai Peguam Negara Tommy Thomas yang dibantu 11 Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Datuk Suhaimi Ibrahim, Datuk Umar Saifuddin Jaafar, Datuk Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Budiman Lutfi Mohamed, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan yang dibantu oleh lima peguam Harvinderjit Singh, Datuk Raj Krishnan, Farhan Read, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Shafee.

Dalam kalangan enam bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib adalah yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.


Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada jam 2.35 petang semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu hadir ke ibu pejabat SPRM dua kali untuk direkodkan keterangan berhubung kes berkenaan.

SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Tuesday 3 July 2018

SPRM Tangkap Najib Hari Ini : Misteri Hari Selasa Akhirnya Terungkai



Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dispekulasi telah dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada hari ini iaitu bersamaan Selasa 3 Julai 2018

Beberapa sumber polis dan SPRM mendakwa Najib dibawa dari rumahnya petang tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi Malaysiakini tidak mengesahkan perkara itu, namun berkata beliau sedang berjumpa dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun.

"Saya sedang berjumpa dengan ketua polis negara sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan media sekejap lagi," katanya.

Sumber bagaimanapun memberitahu bahawa Najib dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk soal siasat lanjut.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan spekulasi kemungkinan Najib ditangkap hari ini.

Beberapa media telah melaporkan sumber yang mengesahkan tangkapan itu.

Sebelumnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipanggil ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada hari Selasa 18 Mei 2018 yang lepas berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd.

Sejak Selasa 7 Julai 2015 yang lalu satu Malaysia jadi tegang menunggu hari Selasa. Najib mahu menyaman akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang berpusat di New York pada hari Selasa. 

Selasa datang Selasa pergi. Selasa terapung Selasa tenggelam. Bertaburan hari Selasa yang dijanjikan oleh Najib sampai dan hilang bagitu saja. Najib tidak menyaman WSJ.

Minggu menjadi bulan. Bulan datang bulan pergi. Selasa sampai Selasa senyap. Najib tidak juga menyaman WSJ. Bulan menjadi tahun. Tahun berganti. Saman Najib tak kunjung sampai kepada WSJ.

Dari hari Sabtu 5 Julai 2015 hingga ke hari Isnin 2 April 2018 - Najib masih belum menyaman. Pada hari Isnin itu, saya menggarap tulisan ini - apakah esok Selasa 3 April Najib akan menyaman WSJ? Satu dunia sedang menunggu.


Sehinggalah pada hari ini misteri hari selasa seakan-akan terungkai kerana SPRM telah memilih hari yang sama untuk menangkap Najib.