Monday 26 September 2016

Matang Politik di Kedah, Imam Masjid Sertai PPBM



26 September 2016 Padang Serai, Senyuman manis jelas terpancar diraut wajah Tuan Haji Ismail bin Mustafa Iman 2 masjid Sungai Kok apabila menyerahkan borang pendaftaran ahli PPBM kepada saudara  Khairul Anuar wakil pendaftar PPBM Padang Serai petang tadi.

Ditanya kepada beliau , adakah Program Khas Haji Perdana Menteri yang ditaja oleh Yayasan 1mdb mempengaruhi keputusan imam untuk menyokong kerajaan ? 

Beliau menjawab , itu hak individu masing - masing nak menyokong kerajaan atau tidak. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan demokrasi kita berhak memilih pemimpin tanpa bias kepada satu satu parti.

Katanya lagi "di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung , kebenaran pasti dijulang." Saya tertarik dengan perjuangan yang cuba dipertengahkan oleh PPBM iaitu kebenaran.

Perkara ini jelas memperlihatkan kematangan politik di Kedah, mereka tidak senang-senang untuk terhutang budi kepada sesuatu parti dalam soal memangkah undi. Isu  semasa sentiasa mempengaruhi hala tuju politik di Kedah. 

Sejak 2011, program Khas Haji Perdana Menteri anjuran Yayasan 1mdb telah menghantar seramai 4611 orang imam dan JKKKP ke Mekah untuk menunaikan haji.

Ternyata program haji yang dianjurkan itu tidak mempengaruhi keputusan golongan Imam dan JKKKP untuk menyokong kerajaan.

No comments:

Post a Comment