Wednesday 6 January 2021

Annuar Musa sahkan surat akuan Zahid dan Najib sokong Anwar dan tolak PN

Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa hari ini mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, akuan itu juga dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saya mengesahkan wujudnya sokongan secara hitam putih oleh presiden Umno kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan PN yang dianggotai BN.

Surat akuan  tersebut bukan sahaja menyatakan sokongan kepada malah menarik balik sokongan MP Umno terhadap Perikatan Nasional.


Dilihat surat akuan yang bertarikh 11 Oktober 2020 dihantar kepada YDPA Agong selepas Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbar pada 23 September 2020 mengumumkan beliau cukup majoriti untuk membentuk kerajaan tanpa sokongan Kem Tun Mahathir.

Namun rancangan Zahid dan Najib itu terbantut ekoran Majlis Tertinggi Umno tidak mahu bergabung dengan DAP dan Anwar.

Semalam , Annuar Musa telah dipecat oleh Umno sebagai Setiausaha Agung BN dan wakil  Sekateriat MN berkuatkuasa dari semalam atas alasan tidak senada dengan suara Umno.

UMNO pada 17 Oktober 2020 lalu menafikan ada mengeluarkan surat untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Perdana Menteri, sekali gus menegaskan kandungan ditularkan itu adalah palsu.






Zahid berlari lama tapi setempat


Sejak Zahid mengambilalih jawatan presiden Umno daripada Najib pelbagai langkah drastik dan pembaharuan dibuat yang oleh beliau untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap Umno.

'diam saya emas gerak saya berlian'

Zahid yang dikritik hebat oleh dalaman Umno atas 47 kes yang sedang dihadapnya bingkas bangun mengalihkannya kepada isu mengenai hala tuju Umno ketika bertemu anggota dan pimpinan di seluruh negara serta matlamat parti itu untuk "menang dan kembali berkuasa.

Namun beliau seperti berlari di atas mesin ' treadmill ' tak ke mana walaupun lama mana pun beliau berlari tetap juga beliau berada di situ.

Langkah Zahid dan Najib yang mewujudkan Team A dalam UMNO memberi sokongan terhadap Anwar Ibrahim  belum dapat mengumpulkan SD yang secukupnya untuk membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah.

Menurut Astro Awani, hanya 10 Ahli Parlimen (MP) UMNO yang menyokong Anwar. 

Strategi itu tumpul apabila Majlis Tertinggi Umno telah bersepakat untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Anwar walaupun itu yang diharapkan oleh Zahid dan Najib.

Akhirnya mereka berdua dan team A mengambil keputusan untuk menyokong Bajet 2021.

 'boleh ambilalih kenapa perlu rampas?'

Akibat dari kegagalan di peringkat pusat itu Zahid dengan mengatur strategi merampas Perak daripada Bersatu melalui tidak menyokong undi percaya terhadap Bajet 2021 Perak maka muncullah kenyataan akhbar beliau ' diam saya emas gerak saya berlian' . 

Dilihat pada dasarnya rampasan kuasa itu bukanlah kejayaan yang membanggakan kerana perkara itu boleh dibawa berbincang dengan dalaman PN.

Bila Ku Nan dan Najib  pemimpin Umno  didapati bersalah oleh mahkamah , Zahid semakin tidak senang duduk mana tidaknya seperti Najib dan Ku Nan mereka tidak dapat menimbulkan keraguan terhadap bukti transaksi pada pendakwaan.

 'Tak tranksasi hilang di dunia '

Zahid yang kini dalam perbicaraan 27 kes penggubahan wang haram berkenaan Yayasan Akal Budi dilihat perlu menimbulkan lebih banyak keraguan dakwaan terhadap 27 transaksi yang dikatakan beliau adalah kesilapan pembantunya.

Apa yang perlu dilakukan oleh Zahid untuk Umno berkuasa semula sepatutnya ialah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti keramat itu dengan meletak jawatan dan fokus terdapat 47 kes dakwaan terhadap beliau.

Tuesday 15 December 2020

Tiada keperluan ganti Muhyiddin dengan pemimpin yang sudah berbau tanah.



 
Seperti kebanyakan benda di dunia ini semua ada tarikh luputnya dari roti hinggalah kepada kenderaan berat begitu juga manusia mengalami proses yang sama.

Apabila meningkat usia hati lebih sensitif , mudah terasa dan merajuk . Sifat orang tua mudah terasa hati walaupun sebelumnya seorang yang berjiwa kental.Bila sudah tua kederat pun sudah tiada , otak tidak lagi mampu berfikir seperti dahulu.

Bau tanah yang dimaksud penulis bukanlah berkaitan dengan ajal tetapi merujuk kepada individu yang tersangat tua keadaannya. ( kamus nusantara ).

Sebagai rakyat yang prihatin maka  ada keperluannya  untuk merehatkan pemimpin ² yang sudah terlalu tua dan banyak jasanya kepada negara. Tidak berperikemanusian sekira kita masih lagi mahu golongan yang sudah berbau tanah ini memimpin negara meletakkan tugas dan tanggungjawab besar dibahu mereka.

Bak kata pepatah patah tumbuh hilang berganti.

Ramai lagi di luar sana yang lebih berkemampuan dari segi mental dan fizikal untuk mengalas tanggungjawab besar ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai seorang pemimpin berwibawa , prihatin dan berkemampuan sebagai Perdana Menteri maka berikan
 sedikit masa untuk beliau menetapkan garis-garis utama hala tuju kerajaan dan negara di bawah pentadbiran baharu.

Monday 14 December 2020

Tun Mahathir gadai prinsip untuk kembali berkuasa


Akhirnya Tun Mahathir memilih untuk bekerjasama dengan Tengku Razaleigh ( Umno ) parti yang dilebelkan oleh beliau sebagai penyamun duduk sepentas mengkritik kerajaan PN.

Dalam satu sidang akhbar petang tadi , mereka memohon Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menolak Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 yang dijadualkan esok.

Tun Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, mereka berdua mengharapkan agar kerajaan sedia ada dapat ditolak, dan diganti dengan kerajaan yang lebih kukuh demi masa depan negara.

Sebelumnya Tun Mahathir pernah berkata  tidak akan menjalin kerjasama dengan mana² pemimpin dari Umno yang masih dalam Umno.

Sepatutnya demi prinsip Tun Mahathir patut menjalinkan hubungan dengan PH kerana tiada Umno dalam gabungan tersebut namun beliau tidak pula boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang PH.

Thursday 10 December 2020

Zahid patut minta maaf pada Umno bukan pada Bersatu dan Pas

 

Zahid sebelum ini berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk membentuk jajaran baharu politik di negeri Perak namun MT Umno sebulat suara telah menolak cadangan itu dan mahu kerajaan PN kekal di Perak.

Ini menunjukkan bahawa MT Umno tidak bersetuju dengan tindak tanduk Zahid yang  mengkhianati persefahaman yang telah dimeterai bersama parti rakan ketika membentuk Perikatan Nasional.

Dilihat kerakusan Zahid dalam rancangannya untuk Umno berkuasa di Perak sehingga sanggup bergabung dengan DAP telah memecahbelahkan Umno itu sendiri.

Ramai pemimpin UMNO dan ahli parti dipelbagai peringkat dilihat berselisih pendapat dan tidak senang dengan cara Zahid mengemudi Umno sampaikan sanggup mengadaikan wardah perjuangan orang melayu demi kuasa.

Mengambil alih Perak pada mata kasarnya merupakan satu kejayaan buat Umno namun dilihat sebagai langkah sumbang yang menyebabkan orang melayu akan menolak Umno dan undi mereka beralih  kepada Bersatu dan PAS.

Pada PRU14 yang lalu Umno telah ditolak oleh orang melayu sehinggakan hilang kuasa kerana mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa namun setelah pemimpin-pemimpin mereka didakwa dan perkara itu sedikit sebanyak telah mendapat kembali kepercayaan orang Melayu melalui beberapa siri PRK yang lalu. 

Perlu diingatkan kejayaan Umno dalam siri PRK yang lalu sebenarnya juga di atas pertolongan PAS yang sama-sama membentuk Muafakat Nasional di mana ketika itu orang melayu tidak berpuashati dengan kerajaan PH yang telah mengingkari janji manifestonya.

Ibarat melepaskan anjing tersepit , Umno yang dulunya hilang kuasa diundang Bersatu untuk bersama-sama membentuk kerajaan Perikatan Nasional telah mengkhianati Bersatu dengan pelbagai cara.

Orang melayu bukan pekak dan tuli dalam hal ini , mereka yang melihat dan mendengar sudah pasti lebih selesa untuk mengundi Bersatu dan PAS  berbanding Umno.

Oleh itu Zahid sepatutnya tidak perlu meminta maaf kepada Bersatu dan PAS kerana peristiwa di Perak ini telah menguatkan lagi keyakinan orang melayu pada Bersatu dan PAS dan menambah pula kebencian mereka kepada Umno.

Saturday 2 November 2019

Tinjauan : Kaum Cina mahu calon PH kekal di Tanjung Piai


PONTIAN - Majoriti masyarakat Cina di Parlimen Tanjung Piai di sini masih mahu memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) untuk terus mengekalkan kerusi Parlimen itu sekurang-kurangnya sehingga habis penggal ini.

Seorang peniaga, Tan Hai Sun, 69, berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya menilai prestasi kerajaan PH ketika ini meskipun ramai berpendapat kerajaan PH gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya mereka.

Menurutnya, rakyat masih menaruh keyakinan kerajaan PH diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mampu membuat perubahan, sekali gus memastikan ekonomi negara kembali pulih.

"PH masih baru lagi. Kena bagi peluang dekat mereka pulihkan ekonomi.

"Lagipun, bekas wakil rakyat di sini (Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik) pun beri perkhidmatan bagus. Kira tunggu sampai pilihan raya umum (PRU) akan datanglah dulu," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Reaksi sama turut dikongsi seorang lagi penduduk asal Parlimen Tanjung Piai, Goh Tong Yap, 68, yang menyifatkan kerajaan PH masih membawa aspirasi perjuangan yang selari dengan kehendak masyarakat Cina.

Katanya, meskipun pelantikan calon Barisan Nasional (BN) dari MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng dilihat beri kelebihan kepada masyarakat Cina di Parlimen Tanjung Piai, pihaknya melihat keseluruhan aspek pembangunan rakyat.

"Dua-dua calon baik tapi bagi peluang kerajaan sekarang (PH) betulkan dulu apa yang rosak.

"Yang penting, rakyat jangan gaduh-gaduh, pilih calon boleh buat kerja. Bagi semua orang boleh cari makan," katanya.

Bagi seorang peniaga runcit, Ku Ah Liang, 80, dia lebih memilih calon pilihan raya yang benar-benar komited untuk bekerja untuk rakyat.

"Tidak kisah dia Melayu ke, Cina ke, MCA ke, PH ke. Yang penting kerja untuk rakyat mesti selalu buat," katanya.











Friday 1 November 2019

PH dijangka menang tipis di Tanjung Piai


Isu politik negara yang kelam kabut menyebabkan pengundi parlimen Tanjung Piai beralih kepada isu setempat seperti pembangunan , kemudahan sukan dan rekreasi , pemerkasaan ekonomi nelayan setempat dan kesihatan.

Peruntukan kos tambahan 7 juta yang diumum Tun M bulan lepas adalah kesinambungan usaha arwah Dr Md Farid yang patut diteruskan di bawah ahli parlimen Bersatu yang baharu.

Sebelum ini, parlimen itu telah menerima peruntukan RM14.7 juta melibatkan 17 projek pembangunan hasil usaha Dr Md Farid.

Karmaine calon anak tempatan, dilahirkan di sini dan berkelayakan dijangka akan meneruskan usaha Dr Md Farid memberi layanan yang adil dan saksama kepada masyarakat berbilang kaum di situ sekiranya dipilih.

Pengundi tempatan lebih tertarik kepada program-program pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan dari hal-hal politik negara yang tidak memberi apa-apa faedah secara langsung kepada mereka.