Wednesday 6 January 2021

Zahid berlari lama tapi setempat


Sejak Zahid mengambilalih jawatan presiden Umno daripada Najib pelbagai langkah drastik dan pembaharuan dibuat yang oleh beliau untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap Umno.

'diam saya emas gerak saya berlian'

Zahid yang dikritik hebat oleh dalaman Umno atas 47 kes yang sedang dihadapnya bingkas bangun mengalihkannya kepada isu mengenai hala tuju Umno ketika bertemu anggota dan pimpinan di seluruh negara serta matlamat parti itu untuk "menang dan kembali berkuasa.

Namun beliau seperti berlari di atas mesin ' treadmill ' tak ke mana walaupun lama mana pun beliau berlari tetap juga beliau berada di situ.

Langkah Zahid dan Najib yang mewujudkan Team A dalam UMNO memberi sokongan terhadap Anwar Ibrahim  belum dapat mengumpulkan SD yang secukupnya untuk membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah.

Menurut Astro Awani, hanya 10 Ahli Parlimen (MP) UMNO yang menyokong Anwar. 

Strategi itu tumpul apabila Majlis Tertinggi Umno telah bersepakat untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Anwar walaupun itu yang diharapkan oleh Zahid dan Najib.

Akhirnya mereka berdua dan team A mengambil keputusan untuk menyokong Bajet 2021.

 'boleh ambilalih kenapa perlu rampas?'

Akibat dari kegagalan di peringkat pusat itu Zahid dengan mengatur strategi merampas Perak daripada Bersatu melalui tidak menyokong undi percaya terhadap Bajet 2021 Perak maka muncullah kenyataan akhbar beliau ' diam saya emas gerak saya berlian' . 

Dilihat pada dasarnya rampasan kuasa itu bukanlah kejayaan yang membanggakan kerana perkara itu boleh dibawa berbincang dengan dalaman PN.

Bila Ku Nan dan Najib  pemimpin Umno  didapati bersalah oleh mahkamah , Zahid semakin tidak senang duduk mana tidaknya seperti Najib dan Ku Nan mereka tidak dapat menimbulkan keraguan terhadap bukti transaksi pada pendakwaan.

 'Tak tranksasi hilang di dunia '

Zahid yang kini dalam perbicaraan 27 kes penggubahan wang haram berkenaan Yayasan Akal Budi dilihat perlu menimbulkan lebih banyak keraguan dakwaan terhadap 27 transaksi yang dikatakan beliau adalah kesilapan pembantunya.

Apa yang perlu dilakukan oleh Zahid untuk Umno berkuasa semula sepatutnya ialah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti keramat itu dengan meletak jawatan dan fokus terdapat 47 kes dakwaan terhadap beliau.

No comments:

Post a Comment