Thursday 10 December 2020

Zahid patut minta maaf pada Umno bukan pada Bersatu dan Pas

 

Zahid sebelum ini berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk membentuk jajaran baharu politik di negeri Perak namun MT Umno sebulat suara telah menolak cadangan itu dan mahu kerajaan PN kekal di Perak.

Ini menunjukkan bahawa MT Umno tidak bersetuju dengan tindak tanduk Zahid yang  mengkhianati persefahaman yang telah dimeterai bersama parti rakan ketika membentuk Perikatan Nasional.

Dilihat kerakusan Zahid dalam rancangannya untuk Umno berkuasa di Perak sehingga sanggup bergabung dengan DAP telah memecahbelahkan Umno itu sendiri.

Ramai pemimpin UMNO dan ahli parti dipelbagai peringkat dilihat berselisih pendapat dan tidak senang dengan cara Zahid mengemudi Umno sampaikan sanggup mengadaikan wardah perjuangan orang melayu demi kuasa.

Mengambil alih Perak pada mata kasarnya merupakan satu kejayaan buat Umno namun dilihat sebagai langkah sumbang yang menyebabkan orang melayu akan menolak Umno dan undi mereka beralih  kepada Bersatu dan PAS.

Pada PRU14 yang lalu Umno telah ditolak oleh orang melayu sehinggakan hilang kuasa kerana mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa namun setelah pemimpin-pemimpin mereka didakwa dan perkara itu sedikit sebanyak telah mendapat kembali kepercayaan orang Melayu melalui beberapa siri PRK yang lalu. 

Perlu diingatkan kejayaan Umno dalam siri PRK yang lalu sebenarnya juga di atas pertolongan PAS yang sama-sama membentuk Muafakat Nasional di mana ketika itu orang melayu tidak berpuashati dengan kerajaan PH yang telah mengingkari janji manifestonya.

Ibarat melepaskan anjing tersepit , Umno yang dulunya hilang kuasa diundang Bersatu untuk bersama-sama membentuk kerajaan Perikatan Nasional telah mengkhianati Bersatu dengan pelbagai cara.

Orang melayu bukan pekak dan tuli dalam hal ini , mereka yang melihat dan mendengar sudah pasti lebih selesa untuk mengundi Bersatu dan PAS  berbanding Umno.

Oleh itu Zahid sepatutnya tidak perlu meminta maaf kepada Bersatu dan PAS kerana peristiwa di Perak ini telah menguatkan lagi keyakinan orang melayu pada Bersatu dan PAS dan menambah pula kebencian mereka kepada Umno.

No comments:

Post a Comment