Saturday 7 January 2017

Gagal Beri Gambaran Sebenar Ekonomi Negara , Irwan Serigar Harus Letak Jawatan



Ekonomi negara kukuh bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Bagaimanapun, katanya, kemerosotan ekonomi dan nilai ringgit berlaku disebabkan oleh tanggapan yang dicipta sesetengah pihak yang mesti diperbetulkan.

Katanya, isu seperti 1MDB dan pentadbiran Najib, yang menyebabkan kemerosotan mata wang negara semata-mata tanggapan.

“Saya pergi restoran dan pasar raya, siapa mereka?

“Orang ramai membeli-belah dan melancong,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

“Ada sesetengah kumpulan buat bising macam satu negara ada masalah.”
http://www.malaysiakini.com/news/368216

Mengulas kepada kenyataan Irwan Serigar, adalah tidak masuk akal untuk mengambarkan ekonomi negara hanya merujuk kepada tanggapannya pada suasana dipasaraya tanpa fakta-fakta yang jelas.

Jika benar ekonomi Malaysia kukuh, rakyat juga tidak perlu risau mengenai jangkaan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) bahawa 45,000 hingga 50,000 pekerja akan kehilangan punca pendapatan tahun ini!

Tiga hari lalu, Malaysia dikejutkan dengan nilai ringgit yang menjunam ke paras terendah baru iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.

Tempias kejatuhan matawang tempatan juga menyebabkan rizab antarabangsa Bank Negara merosot sekitar RM8 bilion setelah kini berlegar-legar di tahap AS$94.6 bilion (RM423.3 bilion) pada 30 Disember yang lalu.

Pada pertengahan bulan lalu, ia berada pada paras AS$96.4 bilion (RM431.4 bilion).

Di samping itu, Bursa Malaysia terus kekal dalam wilayah negatif setelah mengejutkan pasaran dan penganalisis apabila membuka tirai 2017 dengan kedudukan cukup lesu.

Sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan adalah menjadi tanggungjawab beliau menggubal, melaksanakan dan memastikan dasar fiskal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan.

Pada masa yang sama, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) turut menzahirkan kebimbangan pengilang mengenai kesan kenaikan harga gas terkumpul sehingga 22.6 peratus menjelang akhir tahun 2019.

Selain kesan harga terhadap keadaan ekonomi dan pasaran secara lazimnya, kenaikan tersebut akan menjejaskan daya saing industri berbanding pesaing peringkat serantau.

Tambahan pula, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Nikkei Malaysia menunjukkan pengecutan pengeluaran pembuatan selama 21 bulan berturut-turut dengan tiada tanda-tanda pemulihan.
http://www.malaysiakini.com/news/368409

Perbendaharaan Malaysia terletak di bawah Kementerian Kewangan dan objektif penubuhannya adalah untuk menggubal, melaksanakan dan memastikan dasar fiskal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan, menguatkan daya saing dan kebingkasan ekonomi negara, memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah, menjamin perkongsian kekayaan negara dengan saksama dan meningkatkan kesejahteraan dan taraf kehidupan masyarakat.

Sekiranya beliau gagal dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan ekonomi negara dalam keadaan baik wajar sekiranya beliau meletakkan jawatan untuk membenarkan yang lebih layak menganti tempatnya.




No comments:

Post a Comment