Wednesday 18 January 2017

Tun Mahathir : Negara Dijual Penjenayah


Pada 14 Januari 2017 lalu dianggarkan lebih 5,000 orang mula membanjiri majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pad bertempat di Stadium Malawati Shah Alam 

Dalam majlis itu Tun Mahathir ada  menyentuh skandal 1MDB, Mahathir berkata, selepas mencapai kemerdekaan dan mengecapi kemajuan, kemewahan telah meracuni pemikiran bangsa Melayu.

"Maka berlakulah pencurian dan rasuah kerana tamak tak terhingga.

"Biarlah negara hancur asalkan yang dituntut didapati. Biarlah bangsa merana asal 'aku dapat',"

"Hari ini negara bangsa sudah dijual, dijual oleh penjenayah, dibantu oleh mereka yang bersubahat untuk sebahagian hasil jenayah," kata Mahathir.

Bagaimanapun, katanya meskipun Melayu lemah dan mudah lupa, terdapat segelintir mereka yang sedar keadaan yang menimpa bangsa itu.

"Tetapi Alhamdulillah. Ada segelintir yang tidak lupa. Ada yang sedar. Dan kesedaran ini, berasa takut akan apa yang sedang berlaku dan apa dia malapetaka yang akan timpa (mereka) di masa hadapan," kata Mahathir.

Katanya, mereka yang sayangkan negara, bangsa dan agama serta tidak tamak mempunyai keberanian melakukan perubahan.

Bekas perdana menteri itu turut menyeru anggota Umno supaya meninggalkan parti Melayu yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun itu.

"Saya sebagai bekas ahli dan bekas presiden Umno menyeru kepada ali-ahli Umno supaya tinggalkan parti pimpinan orang yang terlibat dengan rasuah dan rompakan, seorang kleptokrat.

"Tinggalkanlah Umno seperti saya, ramai pemimpin Umno dan ahli Umno meninggalkan Umno.

"Janganlah sesiapa menyokong parti Umno dan BN secara buta tuli. Parti yang dahulu banyak berjasa, hari ini sudah menjadi parti pengkhianat yang dilakukan pemimpin mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment