Wednesday 8 March 2017

Sinopsis Info Isu Malaysia vs Korea Utara


Korea Utara, negara yang pelik . Presiden pertamanya Kim Il-sung (1912-1994) tidak pernah dilucutkan jawatan sebagai 'presiden' walaupun dia dah lama mati. Korea Utara menganggap Il-sung Presiden sepanjang zaman.

Anaknya Kim Jong-il (1941-2011) yang menggantikannya tidak ditabal sebagai Presiden. Dia hanya mendapat jolokan 'Pemimpin Tertinggi Korea Utara'. Begitu juga pemimpin yang menggantikannya, tetap tidak dipanggil Presiden.

Jong-il mempunyai 3 orang isteri, Hong Il-chon (1966), Song Hye-rim (1968) dan Kim Yong-hui (1974). Dari 3 orang isteri ini Kim Jong-il memperoleh beberapa orang anak:

1. Kim Jong-nam (1971-2017)

2. Kim Sul-song (1974)

3. Kim Jong-chul (1981)

4. Kim Jong-un (1984)

5. Kim Yo-jong (1987)

Entah macam mana, setelah Kim Jong-il meninggal dunia (2011), anak keempatnya, Kim Jong-un yang baru berusia 26 tahun ditabal sebagai Pemimpin Tertinggi Korea Utara. Abang-abang yang lebih senior tidak terpilih. Jong-un lebih ke hadapan. Masih terlalu muda. Tapi ganas.

Bagi mengukuhkan kedudukannya, dia sanggup mengeluarkan perintah bunuh terhadap mana-mana ahli keluarga yang dibimbangi akan mengancam kedudukannya.

Abangnya (berlainan ibu) Kim Jong-nam dikatakan termasuk dalam senarai yang dikeluarkan perintah supaya dibunuh. Menyebabkan dia tidak boleh tinggal di Korea Utara. Berpindah randah dari satu negara ke negara lain. Hinggalah dia di bunuh di KLIA bulan lalu.

Malaysia sebuah negara berdaulat. Ada undang-undang. Bukan negara koboi. Apabila berlaku kes pembunuhan, ia perlu disiasat. Mayat perlu dibedah siasat. Suspek perlu ditahan, disiasat dan jika ada bukti perlu dihadapkan ke mahkamah.

Namun Korea Utara tidak membenarkan mayat itu dibedah siasat. Kedutaannya di KL juga tidak memberikan kerjasama dalam proses siasatan. Ketua Polis Negara pula mengisytiharkan salah seorang suspek pembunuhan sedang bersembunyi di Kedutaan Korea Utara, Kuala Lumpur.

Dutanya, Kang Chol pula tidak hadir apabila dipanggil ke Wisma Putra. Bahkan mempertikaikan undang-undang Malaysia. Menyebabkan Malaysia menggunakan peruntukan Artikel 9 Konvensyen Vienna untuk menghalau duta berkenaan pulang ke negaranya. Malaysia turut memanggil pulang pegawai-pegawai kedutaannya di Korea Utara.

Sebagai tindak balas, Korea Utara menyekat kepulangan kakitangan kedutaan Malaysia dan beberapa warganya yang bertugas di Pyongyang. Sebagai diplomat, mereka tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa.

Umum mengetahui, krisis ini adalah berat sebelah. Dari segi legal, tindakan Malaysia tertakluk kepada undang-undang tempatan dan antarabangsa. Korea pula dilihat hanya bertindak sebagai samseng pembuli.

Dari segi kekuatan ketenteraan, Malaysia bukanlah tandingan Korea Utara. Sejak sekian lama Korea Utara tidak pernah memperdulikan peraturan antarabangsa dalam membina kekuatan ketenteraannya.

Apa yang membimbangkan, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini antara kedua negara ini, kuasa besar dunia pasti akan masuk campur. Malaysia dilihat tidak mampu bersendirian dalam berhadapan dengan Korea Utara.

Malaysia terpaksa mencari rakan yang lebih kuat untuk membantu. Mungkin China dilihat boleh membantu berdasarkan hubungan intim Najib dengan pemimpin negara berkenaan sejak kebelakangan ini. Namun sehingga kini China dilihat tidak berminat masuk campur. China juga tidak mahu mengeruhkan hubungannya dengan Korea Ut
ara

2 comments:

  1. DPRK bergantungan dengan ROC dan USSR. Walaupun berbalah mereka sebenarnya bersekutu. Bagaikan air dicincang takkan putus begitu sahaja. Kemungkinan ROC mahu menggantikan Jong Un dengan Jong Nam motif pembunuhannya hanya andaian. Kepimpinan Malaysia dilihat lemah memungkinkan insiden ini berlaku. Dengan INI ROC menguatkan cengkamannya keatas pemimpin yang longlai.

    ReplyDelete
  2. DPRK bergantungan dengan ROC dan USSR. Walaupun berbalah mereka sebenarnya bersekutu. Bagaikan air dicincang takkan putus begitu sahaja. Kemungkinan ROC mahu menggantikan Jong Un dengan Jong Nam motif pembunuhannya hanya andaian. Kepimpinan Malaysia dilihat lemah memungkinkan insiden ini berlaku. Dengan INI ROC menguatkan cengkamannya keatas pemimpin yang longlai.

    ReplyDelete