Tuesday 16 May 2017

Jualan Merudum : Ibarat Meludah Ke Langit Harakah Tempah Bilik Neraka Lebih Awal



Ada maklumat mengatakan Jabatan Penerangan Pas yang bertanggungjawab menerbitkan akhbar parti itu Harakah telah mengambil keputusan drastik untuk mengosongkan bangunan yang menjadi ibu pejabat akhbar itu sekarang ini.

Semua unit penerbitan akhbar itu, editorial, iklan dan pemasaran dipindah ke bangunan lain yang juga milik Pas berhampiran restoran Yusuf Haslam. Kalau tidak silap ruang pejabat ini pernah menjadi pejabat akhbar gemulah Siasah.


Tindakan itu dibuat adalah kerana kekangan kewangan. Edaran Harakah kini jatuh merudum sama teruk dengan akhbar rakannya Utusan Malaysia. Jadi untuk mengatasi kekangan itu maka pejabat terpaksa dipindahkan.

Penyakit Utusan nampaknya sudah berjangkit kepada akhbar lidah rasmi PAS juga yang bernama Harakah. Salinan surat dari pejabat agung PAS kini berlegar di media sosial yang meminta setiap cawangan PAS melanggan 10 naskah Harakah setiap keluaran. Alasan yang diberikan ialah agar ahli-ahli PAS mendapat maklumat yang terkini dan tepat. 


Namun semua orang tahu Harakah kini sudah tidak laku di pasaran. Ramai pengedarnya sudah lari dan enggan menjual Harakah lagi.
Satu masa dulu jualan Harakah mencecah 70k ke 80k tetapi kini untuk capai 20k pun susah nak habis.

Manakala pejabat Harakah empat tingkat itu akan disewakan untuk mendapat sumber kewangan. Tidak dinafikan kemelesetan ekonomi negara kini turut sama mencengkam Harakah.

Di zaman kegemilangannya sehinggakan dapat membeli dua bangunan, termasuk yang menjadi pejabatnya yang kini hendak disewakan itu.

Difahamkan juga beberapa orang wartawan dan editor Harakah telah meletakkan jawatannya. Sebelumnya Harakah telah bertindak memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG (kerajaan campuran) dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS.
 

Dan yang paling zalim ialah tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman pada 2015, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor.

Selain itu,Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.

“Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?





 

No comments:

Post a Comment