Thursday 25 May 2017

PMO bayar AS$250k kepada bekas pembantu Trump untuk melobi


Susulan laporan di sebuah portal berita berpangkalan di Amerika Syarikat, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melakukan semakan untuk menentukan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan khidmat bekas pembantu Presiden Donald Trump untuk tujuan melobi.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa rekod Jabatan Keadailan (DOJ) menunjukkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) kononnya mengupah Healy Baumgardner-Nardone dengan bayaran AS$ 250,000 (RM1.125 juta) pada 19 Mei.

Undang-undang Amerika Syarikat menetapkan bahawa sesiapa yang mahu melobi penjawat awam di negara itu bagi pihak negara asing perlu mengemukakan maklumat berkenaan kepada DOJ. Rafizi membekalkan salinan lobi Baumgardner kepada media.

Mengikut dokumen itu, Baumgardner dikehendaki menawarkan khidmat hubungan kerajaan dan perhubungan awam untuk pelanggannya.

Rafizi berkata perkhidmatan Baumgardner itu mendorong kepada persoalan mengapa kerajaan Malaysia perlu melantik seseorang yang dahulunya adalah sebahagian daripada kakitangan Trump untuk melobi kerajaan Amerika Syarikat.

“Kes yang mana yang perlu menggunakan seorang pelobi berbayar?

“Saya mendesak Najib menjelaskan kepada rakyat sama ada kerja-kerja lobi yang membabitkan pembayaran berjuta ringgit itu turut melibatkan kes-kes yang beliau mempunyai kepentingan peribadi.

“Ini termasuk dakwaan penyelewengan melibatkan dana 1MDB terhadap anak tiri beliau dan Jho Low,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Rafizi juga menggesa Najib untuk mendedahkan siapa di sebalik "Godfrey Group Limited", yang disenaraikan sebagai perantara untuk pejabat perdana menteri.

Menurut dokumen DOJ itu, Godfrey Group beralamat di Taman Molek, Johor Bahru.


Rafizi berkata semakan dengan Suruhanjaya Sekuriti mendedahkan bahawa rekod paling hampir dengan nama itu adalah Godfrey Enterprise, yang didaftarkan atas nama Lim Boon Hoo yang juga mempunyai alamat sama di Taman Molek.

http://www.malaysiakini.com/news/383473

No comments:

Post a Comment