Thursday, 22 June 2017

Siasatan 1MDB Di Switzerland : Terkini , Bank Rothschild didenda RM 43 juta



ZURICH: Pemantau Luxembourgh mendenda cawangan bank swasta Switzerland Edmond de Rothschild kerana mengendalikan dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilanda skandal, menurut sumber hari ini.

Pihak berkuasa dan bank mengesahkan Edmond de Rothschild didenda hampir €9 juta (RM43 juta) kerana gagal mengambil langkah kawalan terhadap pengubahan wang haram. Mereka tidak mengulas mengenai laporan berita mengatakan kes itu berkenaan 1MDB.

Membayar denda “menandakan berakhirnya prosiding di mana kami terlibat secara aktif,” kata bank itu dalam kenyataan, mengatakan cawangan bank itu di Luxembourg mengambil langkah mengukuhkan kepatuhan dan prosedur kawalan risiko.

Kumpulan itu melantik ketua pegawai eksekutif Emond de Rothschild (Eropah) baharu di Luxembourg tahun lepas dalam rombakan pengurusan.

Rothschild bank Switzerland terbaharu yang disambar dalam kes 1MDB, yang mencetuskan siasatan pengubahan wang di sekurang-kurangnya 6 negara termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB menafikan sebarang salah laku. Pihak berkuasa tempatan juga membersihkan beliau dari sebarang salahlaku.

Sebagai sebahagian daripada kajian semula besar-besaran ke atas transaksi berkaitan 1MDB, Singapura menutup cawangan bank Switzerland BSI dan Falcon kerana kegagalan kawalan pengubahan wang dan kelakuan tidak wajar pengurusan kanan, membekukan jutaan dolar dan mendakwa beberapa ahli jurubank swasta.

Kajian semula itu mendedahkan lingkaran transaksi kompleks melibatkan beberapa syarikat kosong dan individu yang beroperasi di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland, Hong Kong, Luxembourgh dan Malaysia.

Bank pusat Singapura bulan lepas mendenda Credit Suisse dan Bank United Overseas (UOB) sebanyak S$1.6 juta (RM4.94 juta) kerana memungkiri peraturan anti-pengubahan wang haram dalam transaksi berkaitan 1MDB.

Tahun lepas, ia mendenda DBS, UBS, Standard Chartered dan bank swasta Coutts kerana memungkiri undang-undang anti-pengubahan wang haram berkaitan dengan transaksi 1MDB.

Pemantau Switzerland Finma menegur Credit Suisse dan UBS kerana urusan sekitar 1MDB.

3 comments:

  1. Najib ni langsung tak tahu malukah? Segala bukti dapatan dari siasatan luar negara semuanya menuding ke arah dia, boleh buat muka macam sial ja. Selepas ini, bolehkah mereka laki bini melancong ke luar negara dengan muka selamba? Ada permata berlian dari hasil duit curi itu, bila nak pakai?

    ReplyDelete
  2. Najib & rosmah hanya 2 orang sahaja. Yg menjadi masalah adalah orang-orang yg terus menyokongnya yg bergantung pada manusia utk hidup!!! Oleh itu jadi begini sbb nak jaga periuk nasi!

    ReplyDelete