Wednesday 27 September 2017

Bab Kata Kesat: Terbukti Najib Memang "Champion" Jadi Apa Perlunya Salleh Keruak Bidas Pemimpin Pembangkang Pulak?



Menteri Komunikasi dan Multimedia hari ini  Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas segelintir pemimpin pembangkang yang menggunakan bahasa kesat untuk mencaci penyokong Umno dan BN.

Beliau juga mempersoalkan kewajaran tindakan sedemikian hanya kerana perbezaan dan persaingan politik.

“Mat Sabu menghukum agamawan yang bersama Umno dan BN sebagai berfahaman celaka, Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengeluarkan fatwa berdosa mengundi PAS dan BN, dan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula menggelarkan orang Umno dan BN sebagai kaum jahiliah.

“Sebagai pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak perlulah kita mencarut. Cukuplah sekadar kita menggariskan hala tuju perjuangan parti dan mengkritik kelemahan kerajaan BN.

“Saya fikir itu lebih beradab daripada menggelarkan sesama kita dengan bahasa yang tidak bertamadun,” katanya dalam catatan di laman blognya hari ini.

“Sebagai pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak perlulah kita mencarut. Cukuplah sekadar kita menggariskan hala tuju perjuangan parti dan mengkritik kelemahan kerajaan BN.

“Saya fikir itu lebih beradab daripada menggelarkan sesama kita dengan bahasa yang tidak bertamadun,” katanya dalam catatan di laman blognya hari ini.

Bendahari Umno itu berkata tindakan Mat Sabu, Dr Mahathir (foto) dan Muhyiddin hanyalah untuk menggembirakan DAP yang dianggap boleh membawa mereka ke Putrajaya.

https://www.malaysiakini.com/news/396461

Salleh Keruak sepatutnya membidas Najib terlebih dahulu sebelum membidas pemimpin pembangkang.

Di bawah ini penulis sertakan video sebagai fakta kenapa Najib boleh dinobatkan sebagai "Champion" Juara Carut seMalaysia.



1. Haramjadah

“Haram jadah mereka tu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian (FGVHB). Saya nak tengok muka-muka mereka ni terima durian runtuh. Haram jadah,” Najib Razak Mei 2012





2. Sekor-sekor.

“Tuan-tuan ingat puak-puak yang terlibat dalam Bersih 4.0 semalam tu nak buat Felda tak? Cuba tengok muka sekor-sekor tu. Sekor-sekor dalam surat khabar tv tu. Ada hati perut nak bangunkan Felda?Ada hati perut nak bangunkan kawasan luar bandar? Najib Razak - September 2015



3. Bangsat

"Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap," "Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat, ..tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan," Najib Razak - Ogos 2015



4. Bangang

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan.Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang ni la ,bangang ye ..saya belajar daripada isteri saya bahasa minang ..bangang" Najib Razak - Disember 2014











No comments:

Post a Comment