Saturday 23 September 2017

Hubungan Uber dan Putrajaya kini disiasat Jabatan Kehakiman AS ( DoJ)




UBER Technologies Inc.yang berpejabat di Amerika Syarikat (AS) dikatakan sedang menyiasat kemungkinan ada "aturan kewangan" antara syarikat itu dengan kerajaan Malaysia yang mungkin mempengaruhi keputusan Putrajaya berhubung operasi perkhidmatan pengangkutan itu di negara ini.

AS mempunyai undang-undang menyekat mana-mana entiti perniagaan di negara itu daripada terlibat dalam amalan rasuah ketika melakukan perniagaan di negara-negara lain.

Menurut laporan Bloomberg, firma guaman O'melveney & Myers LLP yang mewakili Uber kini meneliti satu derma korporat yang diumumkan Ogos tahun lalu berjumlah puluhan ribu dolar kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia (MaGIC), sebuah hub usahawan yang disokong kerajaan.

"Peguam sedang cuba memastikan apakah ada sebarang bentuk balas budi (quid pro quo)," lapor Bloomberg.
Sebuah agensi berita antarabangsa melaporkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sedang menyiasat Uber untuk menentukan sama ada ia melanggar undang-undang berhubung rasuah di luar negara.

Laporan tersebut menyatakan sehubungan itu, firma undang-undang Uber sedang menyiasat derma korporat bernilai "berpuluh ribu dolar" yang dibuat Uber pada Ogos 2016 kepada MaGIC.

Dakwaan rasuah itu berkaitan dengan ASEAN Next Great Idea (ANGI) MaGIC yang dianjurkan secara bersama oleh MaGIC, Uber dan rakan kongsi korporat lain yang dilancarkan pada Ogos 2016.

Dalam kerjasama itu, MaGIC menyelaraskan kandungan, modul yang dirancang dan memasarkan program untuk mendapatkan peserta ASEAN manakala Uber bertanggungjawab bagi makmal pembentukan idea dan rakan kongsi korporat ketiga menyediakan strategi permulaan.


Manakala Bloomberg melaporkan bahawa peguam Uber sedang mengkaji beberapa transaksi kewangan dan urus niaga yang didakwa berkaitan kerajaan Malaysia yang mungkin mempengaruhi ahli parlimen di negara ini.

Para peguam dikatakan sedang meneliti derma korporat puluhan ribu ringgit, yang diumumkan pada Ogos 2016, kepada Pusat Inisiatif dan Kreativiti Antarabangsa Malaysia (Magic), yang adalah hab usahawan yang disokong kerajaan.

Sekitar masa sama, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP) dikatakan melabur AS$ 30 juta dalam Uber, lapor Bloomberg.

Kira-kira setahun kemudian, Parlimen meluluskan rang undang-undang menjadikan perkhidmatan ‘e-hailing’ sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang.


Siasatan Uber ke atas urusannya di Malaysia adalah sebahagian daripada semakan menyeluruh terhadap operasi syarikat itu di Asia, susulan siasatan yang dimulakan Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

Selain Malaysia, Uber turut mengarahkan siasatan dalaman di sekurang-kurangnya empat lagi negara Asia — China, India, Korea Selatan dan Indonesia.

Laporan Bloomberg menyebut semakan Uber ke atas operasinya di Indonesia mendapati pegawainya menyogok polis di Jakarta. Seorang pegawainya dipecat manakala pengurus yang meluluskan suapan itu digantung kerja. — 20 September 2017

No comments:

Post a Comment