Monday 19 February 2018

'Apakah SKMM akan guna akta berita palsu terhadap Najib?'



Akta baharu menangani penularan berita palsu akan cuba dimasukkan dalam sidang Parlimen, Mac ini untuk digubal dan dibahaskan.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak, berkata undang-undang yang akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri itu masih di peringkat penelitian jawatankuasa khas.

Sementara itu pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan turut mengenakan hukuman terhadap pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyebaran 'berita palsu'.
"Bolehkah SKMM menjamin bahawa undang-undang baru dengan peningkatan denda sepuluh kali ganda berhubung 'berita palsu' akan dikenakan terhadap 'jerung' dan 'ikan bilis' dalam kerajaan termasuk Najib, dan bukan hanya mereka yang berbeza pendapat?" soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Operasi SKMM, Mazlan Ismail yang mencadangkan hukuman denda bagi kesalahan berhubung sebaran berita palsu ditingkatkan sehingga RM500,000 serta penjara 10 tahun.
Dalam kenyataannya, Lim mendakwa Najib melabelkan berita mengenai skandal 1MDB dan "Malaysian Official 1" sebagai berita palsu, dan mempersoalkan sama ada mereka yang menimbulkan soalan mengenai skandal berkenaan akan turut dikenakan tindakan.

Walaupun Najib memperkecilkan kontroversi 1MDB, termasuk tuduhan menerima AS$ 731 juta daripada dana yang disalahgunakan, setakat ini tiada rekod beliau menepis skandal berkenaan sebagai berita palsu.

https://www.malaysiakini.com/news/412641

Sebelum ini Tony Pua berkata induvidu pertama yang patut disiasat kerana menyebarkan “berita palsu” ialah Perdana Menteri Najib Razak kerana mendakwa hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion “tidak lesap”, 

Najib mempertahankan hutang 1Malaysia Development Bhd, berkata wang itu tidak pernah “hilang”, bukan seperti kerugian RM31 bilion yang dialami menerusi skandal urus niaga forex Bank Negara Malaysia (BNM).

Najib pada bulan lepas mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan undang-undang baharu untuk membanteras berita palsu, yang dikatakan menjadi ancaman kepada kestabilan politik dan ketenteraman awam.

“Namun, ironinya ialah penyebar terbesar berita palsu hari ini ialah tidak lain tidak bukan perdana menteri sendiri,” kata Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dalam satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment