Friday 16 February 2018

Mengaibkan !!! Najib Benar Diplomat Israel Masuk Malaysia Kata Mahfuz


Dalam kenyataan Media baru-baru ini Dato' Mahfuz omar mengkritik Najib Razak berikutan pentadbirannya membenarkan diplomat Israel masuk ke Malaysia secara rasmi . Di bawah adalah kenyataan media yang disiarkan di facebooknya.

1. Rakyat berasa gundah gulana dan amat terhina dengan laporan The Times of Israel bertarikh 12 Febuari 2018, 1058pm bertajuk *‘IN FIRST, ISRAELI DIPLOMATS ATTEND UN CONFERENCE IN MALAYSIA’* dan laporan The Jerusalem Post bertarikh 13 Febuari 2018, 8.35pm bertajuk *‘FIRST ISRAELI DIPLOMAT TO VISIT MALAYSIA IN 53 YEARS: COUNTRY TOUGH TO CRACK’*.


2. Apakah mainan dan dendangan sebenar Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. *Rakyat benar-benar rasa tertipu dan sedih* atas laporan dua portal rasmi Israel mengenai laporan lawatan kerja rasmi diplomat Israel ke Malaysia.

3. Disaat rakyat Palestin diratah dan dibunuh kejam oleh kerajaan Zionis Israel di Palestin, *Malaysia pula menjadi khadam menyambut delegasi kerajaan Zionis Israel* sebagai tetamu negara dalam persidangan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu World Urban Forum (WUF) di Kuala Lumpur.

4. Di saat rakyat Malaysia bersatu padu menentang keganasan serta kezaliman Zionis Israel terhadap Palestin dan terkini rakyat Malaysia sudah pun menyatakan bantahan hasrat Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump yang ingin memindahkan Kedutaan AS di Tel Aviv ke Baitul Maqdis, tiba-tiba *kerajaan UmnoBn Najib Razak menyambut delegasi Zionis Israel sebagai tetamu* serta dikatakan *turut mengadakan pertemuan dengan pegawai Malaysia dan menyatakan harapannya untuk melihat kerjasama antara Malaysia dan Israel* pada masa hadapan.

5. Ketika rakyat diminta bersolidariti bersama kerajaan Malaysia menganjurkan himpunan anti-Israel di Putrajaya dalam isu yang dilontarkan oleh Trump bagi memindahkan kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dan Himpunan Selamatkan Aqsa dengan perbelanjaan jutaan ringgit dan disokong penuh oleh parti PAS, tiba-tiba pada masa yang sama Kerajaan *Malaysia menjadi 'barua' mengiringi diplomat Zionis Israel dalam persidangan UN-Habitat*. Mainan dan wayang apakah yang ingin kerajaan hidangkan untuk rakyat Malaysia yang sekian lama telah membenci Israel?

6. Telah jelas bahawa Malaysia tiada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan tiada siapa boleh memaksa dan mengarah kerajaan Malaysia untuk mengizin dan membenarkan sebarang hubungan, kerjasama hatta lawatan warga Israel ke Malaysia bersandarkan perlembagaan Malaysia.Namun *bagaimana pegawai tinggi Israel David Yitshak Roet yang merupakan bekas Timbalan Duta Rasmi Israel ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, bekas Menteri Kabinet Israel, Ofir Pines-Paz bersama-sama beberapa pegawai kanan Kerajaan Zionis Israel boleh hadir dan berada dalam negara kita Malaysia?*. Adakah Imigresen Malaysia izinkan? Adakah Polis Malaysia izinkan? Logiknya, hanya Kerajaan Malaysia sahaja boleh mengatasi Imigresen dan Polis serta Perdana Menteri sahaja boleh memberi keizinan tersebut.Selaku tuan rumah, Malaysia disyaratkan meluluskan visa kepada semua perwakilan.

7. Sebelum ini, pasukan kriket Israel memasuki Malaysia bagi menghadiri satu kejohanan kriket di ibu negara pada tahun 1997 dan mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang tidak mahu pemain-pemain kriket Israel menjejakkan kaki ke negara ini.

Keberadaan pimpinan Zionis Israel dalam negara kita adalah *satu ‘pengkhianatan’ terhadap HARAPAN dan AMANAH rakyat kepada kerajaan Malaysia* pimpinan Najib Razak. Sifat dayus ini adalah suatu yang memalukan umat Islam Malaysia dan antarabangsa.

8. Lebih memalukan dalam laporan rasmi portal The Jerusalem Post dan The Times of Israel menyatakan sungguhpun Israel dan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik, namum *hubungan dagang antara Malaysia dan Israel sedang dan telah rancak berjalan dimana dagangan Malaysia-Israel pada 2014 - 2015 mencecah USD1.5 billion*,menunjukan satu nilai yang cukup tinggi berbanding hubungan dagang dengan negara Islam yang lain.

Dalam erti kata lain, *hubungan Malaysia-Israel seperti pasangan yang tidak berkahwin tapi tinggal bersekedudukan bersama*.

9. Selaku Ahli Parlimen Malaysia, saya ingin menyampaikan rasa kesal dan kecewa dengan sikap dan tindakan Presiden Umno Najib Razak dan mereka yang bersengkokol bersamanya bagi mengizinkan Zionis Israel dalam apa jua aktiviti dan hubungan walaupun Menteri Luar Datuk Hanipah Aman
menyatakan bukan kerajaan Malaysia yang mengundang Israel tetapi PBB yang undang.

Ingin saya tegaskan tanpa persetujuan kerajaan Malaysia,mana mungkin PBB boleh mengundang Israel.Tanpa kebenaran Malaysia juga diplomat Israel tidak boleh masuk ke Malaysia.Kenyataan Menteri Luar itu hanya sekadar untuk melepas tangan.Saya yakin bahawa segalanya hanyalah satu 'sandiwara antarabangsa' Najib Razak yang sedang bermain dengan jiwa dan raga umat Islam Palestin dan penipuan serta pembohongan berterusan UmnoBn kepada rakyat Malaysia.

10. Adakah kita masih menaruh HARAPAN terhadap UmnoBn dan Najib Razak? Adakah kita masih bersangka BAIK terhadap Umno dan Najib? Adakah kita sudi di tipu secara jelas oleh UmnoBn dan PM Najib Razak?.

#NajibYangMemalukan
#MalaysiaIsraelBersekedudukan
#JahanamUmnoBnIsrael
#SelamatkanMalaysia
#BinaSemulaNegara
#YaAllahLindungilahMalaysia

*DATO' HJ MAHFUZ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
2pm Taman AlWalid Alor Setar
15 Feb 2018/29 Jamadilawal 1439H

No comments:

Post a Comment