Tuesday 1 May 2018

Nik Omar musnahkan doktrin PAS - Mazlan


Pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Dr Mazlan menyebut:

● “Penyertaan Nik Omar menjadi calon Pakatan Harapan (PH) di Chempaka seolah-olah meletakkan logo ‘halal’ kepada PH dan PAN khasnya”.

● “Penyertaan beliau telah berjaya memecahkan doktrin bahawa hanya PAS parti Islam dan mereka mula fikir undi PH ini tidak ada masalah”.

● “Kalau Dr Mahathir Mohamad hasilkan gelombang di kalangan Melayu luar bandar yang menyokong Umno selama ini, Nik Omar telah melahirkan gelombang baru kepada pengundi yang menyokong PAS selama ini.”

● “Bagi saya ini satu kejayaan besar Husam Musa dalam karier politiknya khasnya di Kelantan.”

Dalam laporan portal berita Malaysia Kini pula, Dr Mazlan menyebut:

● “Apabila Nik Omar, seorang anak yang rapat dengan arwah Tok Guru memilih PH, bermakna doktrin kononnya hanya PAS membawa Islam, sudah pecah.”

● “Nik Omar telah menghapuskan keraguan yang lama bersarang, yang menakutkan mereka memilih parti selain PAS. Jika orang sealim Nik Omar boleh masuk PAN, maka siapa yang lain-lain?”

● “Gelombang Nik Omar itulah akan bergabung dengan gelombang dibawa Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecahkan tembok Melayu luar bandar selama ini menghalang pakatan pembangkang.”

● “Saya percaya tindakan Nik Omar ini memberi impak besar seluruh negara terhadap orang yang pro-Islam tetapi was-was sama ada boleh atau tidak mengundi PAN selain PAS atau tidak.”

Dr Khairudin Damanhoeri dalam laporan portal berita Malaysia Date Line juga menyebut kononnya Nik Omar telah berjaya menarik sokongan pengundi wanita dengan ketara sekali di mana, kata beliau, “60 peratus undi wanita Kelantan kini bersama PH”.

1 comment:

  1. Tuan Guru Haji Hadi menyamakan anak-anak pemimpin PAS yang meninggalkan PAS masuk ke party lain sama dengan anak-anak Nabi Noh meninggalkan bahtra bapanya. Tinggalah bahtra itu penuh sesak dengan binatang sahaja. Adakah Haji Hadi menganggap mereka yang masih duduk dalam PAS itu, semuanya BINATANG.......????
    Jadi, tak salahlah kalau Nik Omar nak pindah keluar dari bahtera ayahnya yang kini dikendali oleh nakhoda bodoh. Dia tak mahu jadi macam binatang, tak tahu memilih mana yang lebih baik.

    ReplyDelete