Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH) Khairuddin Abu Hassan menegaskan, Naib Presiden PKR itu seharusnya dikenakan tindakan kerana dilihat menggunakan platform media tanpa menggunakan saluran dalaman.
"Rafizi adalah Naib Presiden PKR. Apa sahaja yang dia tidak berpuas hati; bercakaplah melalui saluran parti," katanya dalam satu kenyataan Mei lepas.
Selepas mengkritik pelantikan menteri Kabinet, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menyangkal populariti Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan sebagai faktor kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.
Rafizi sebaliknya mendakwa isu kenaikan kos sara hidup serta pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah sebab utama Pakatan Harapan dapat meruntuhkan tembok Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14.
Beliau memetik laporan tinjauan pasca PRU-14 yang dilakukan oleh Invoke Malaysia yang mendapati bahawa rakyat lebih terkesan dengan dua isu tersebut berbanding pengaruh Dr. Mahathir yang kini merupakan Perdana Menteri.

Beliau juga telah mengkritik projek kereta Nasional ke 3 yang dibayangkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed yang masih dalam kajian tanpa mengikut saluran yang betul
Dalam satu kenyataan akhbar Rafizi menyelar Kerajaan Pakatan Harapan dikhuatiri akan ‘naik lemak’ sekiranya tidak ditegur meskipun masih baharu mengambil tampuk pemerintahan negara.
Pada pendapat penulis Rafizi sepatutnya tidak mengkritik kerajaan dari luar kerana terdapat saluaran dalaman tyang disediakan. Perbuatan mengkritik kerajaan dari luar seolah-olah Rafizi berada di belah pembangkang.
Jika kritikan dari luar ini berterusan maka sudah tentu hanya akan memberi kredit kepada pembangkang dan perkara ini akan merosakkan Pakatan Harapan.
No comments:
Post a Comment