Thursday 27 September 2018

Zahid patut tangguh idea kerajaan perpaduan kerana ramai pemimpin UMNO dilokap SPRM



KUALA LUMPUR: UMNO berharap penubuhan kerajaan perpaduan di antara parti itu dengan mana-mana parti politik dalam kerajaan dapat direalisasikan segera.

Presidennya Zahid Hamidi, berkata walaupun UMNO tidak menetapkan tempoh tertentu, parti berharap ia dicapai menerusi persetujuan bersama.

"Kami terbuka (tubuh kerajaan perpaduan) sebelum atau selepas Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

"Perundingan dengan mana-mana parti tidak ada tempoh atau had masa kerana sesuatu keputusan memerlukan persetujuan sepenuhnya pihak satu lagi.

Pandangan penulis idea kerajaan perpaduan yang diutarakan Zahid Hamidi itu tidak kena pada masanya kerana akhir-akhir ini ramai pemimpin sedang menghadapi pelbagai tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.


Umno sepatutnya perlu membersihkan parti mereka dahulu daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum mahu melebarkan niat ingin tubuh kerajaan perpaduan dengan kerajaan.

Kebelakangan ini dilihat ramai pemimpin UMNO sedang disiasat SPRM atas pelbagai kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa

Zahid Hamidi , Jamal , Musa Aman ,Hishammudin Hussien, Tengku Adnan Tengku Mansur , Azeez Rahim antara individu penting yang disiasat SPRM selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dan dijangka lebih ramai lagi pemimpin dan anggota Parlimen UMNO akan disiasat kerana menerima dana1 Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dana RM2.6 bilion.

Zahid Hamidi sebagai presiden UMNO sepatutnya fokus kepada isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam umno sebelum memikirkan untuk memulihkan parti dengan cara mencari rakan parti untuk bergabung.

Setakat ini Zahid Hamidi telah berjumpa dengan Tun Mahathir sebanyak 2 kali manakala belum pernah berjumpa Anwar Ibrahim untuk menyuarakan idea kerajaan perpaduannya itu.

Menurut Tun Mahathir kunjungan pertama Zahid Hamidi pada Jun lepas adalah untuk mendapatkan nasihat bagaimana nak uruskan Umno 

“Dia nak tahu cara macam mana nak uruskan Umno. Jadi saya berterus terang bahawa Umno sudah mengkhianati orang Melayu.

“Saya ingatkan kepadanya, kita tubuh Umno untuk tolong orang Melayu tetapi kini Umno berubah dan mengutamakan kekayaan diri.

“Sebab itu Umno dibenci sekarang ini. Umno nak pulih susah. Dulu dipandang mulia sekarang dipandang jijik,” katanya pada satu wawancara khas bersama Sinar Harian.

Disoal sama ada Zahid Hamidi ada membayangkan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan, Dr Mahathir hanya ketawa.

“Kita tidak pandang sesiapapun nak masuk Pakatan Harapan terutamanya BERSATU.

“Kalau orang itu orang politik, dia perlu putus hubungan dengan partinya, menjadi bebas dan ikrar sokong kerajaan,” katanya.



Sementara itu Zahid menafikan yang beliau ada bertemuan dengan pemimpin PKR itu bagi membincangkan kerjasama politik.

“(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) pun takut bertemu sebab saya sekarang pembangkang,” tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi 

Apa akan jadi usaha kerajaan perpaduan bersama parti dalam Pakatan Harapan ini berjaya direalisasikan, dalam masa itu ramai pemimpin-pemimpin UMNO disabitkan pelbagai kesalahan rasuah dan dipenjarakan?

Zahid Hamidi sepatutnya menunda niat baiknya sehingga semua pertuduhan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang didakwa oleh SPRM dan PDRM itu selesai dibicarakan.








No comments:

Post a Comment