Saturday, 3 November 2018

Bajet 2019 : Defisit fiskal 3.4 % kerana PH tak manipulasi data seperti BN


Kerajaan baru PH telah mewarisi keadaan kewangan yang membimbangkan lebih-lebih lagi banyak data kewangan telah dimanipulasi oleh kerajaan terdahulu yang dipimpin oleh Najib untuk kelihatan defisit fiskal tahunan sentiasa turun setiap tahun. 

Pada bajet 2018, kerajaan BN pimpinan Najib mengunjurkan defisit fiskal sebanyak 2.8 % tetapi bila dikaji semula defisit fiskal pada 2018 unjuran itu lebih realistik pada kadar 3.7% kerana data kewangan dimanipulasi.

Pentadbiran Harapan pada hari ini lebih realistik,lebih berhati-hati dan komited untuk mencapai defisit sebanyak 3.4% pada 2019; 3.0% pada 2020 dan 2.8% pada tahun 2021. 


Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu. Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).

Hutang trilion ringgit disebabkan oleh skandal kewangan yang menyamar sebagai pelaburan dan hutang mega yang bertopengkan sebagai projek mega.

Kerajaan BN secara rahsia membayar hutang 1MDB berjumlah hampir RM7 bilion pada 30 April 2018.

Kita imbas kembali kenyataan Irwan Serigar "Hutang 1MDB tiada kaitan dengan kerajaan" 



Akauntan Negara telah mengesahkan pendedahan oleh Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bahawa pendapatan Kerajaan telah diabaikan selama beberapa tahun yang lalu, dengan tidak membayar balik Barang dan Perkhidmatan Cukai (GST) dan pembayaran balik Cukai Pendapatan.


Pada 31 Mei 2018, bayaran balik CBP sebanyak RM19.4 bilion dan bayaran balik cukai pendapatan sebanyak RM16 bilion, yang jumlahnya dibayar balik sebanyak RM35.4 bilion. Bayaran balik ini termasuk pembayar cukai dan disalahgunakan tanpa izin atau pengetahuan mereka.


Ini adalah harga yang tinggi yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia akibat daripada kleptokrasi global.

Dalam tempoh sedekad yang lalu, Kerajaan Persekutuan telah bergantung kepada pembiayaan jaminan Kerajaan yang kurang telus, atau melalui program pembiayaan pajakan yang dikenali sebagai projek PPP untuk membiayai perbelanjaan Kerajaan. Jumlah jaminan Kerajaan telah meningkat dari RM69.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM238 bilion pada 2017 iaitu peningkatan drastik sebanyak 244%. Sebagai perbandingan, hutang rasmi Kerajaan Persekutuan hanya meningkat 124% dalam tempoh yang sama.

Pada asasnya, defisit belanjawan yang diumumkan dan telah dicapai pada tahun-tahun sebelum ini tidak mengambarkan defisit sebenar. Sehubungan itu, walaupun Kerajaan telah berusaha sebaik mungkin untuk mengurangkan kos dan menunda perbelanjaan tidak kritikal, adalah tidak realistik untuk mencapai sasaran defisit 2.8% pada 2018, melainkan Kerajaan meneruskan amalan terdahulu dengan menyorok perbelanjaan secara off-balance sheet.

Mengambil kira perkara ini, defisit fiskal pada 2018 dijangka mencapai 3.7%. Peningkatan ini disebabkan oleh komitmen perbelanjaan Kerajaan terdahulu yang tidak disediakan peruntukan seperti bayaran khidmat hutang 1MDB sebanyak RM1 bilion, pengambilalihan Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di Johor RM1.3 bilion, Prasarana RM1 bilion dan projek rel Kementerian Pengangkutan RM1.4 billion serta bayaran balik GST RM3.9 bilion.
Untuk tiga tahun akan datang, pentadbiran Harapan komited untuk mengekalkan laluan penyatuan fiskal untuk mencapai defisit sebanyak 3.4% pada 2019; 3.0% pada 2020 dan 2.8% pada tahun 2021. 

PH menjangkakan defisit akan dikurangkan lagi ke rantau 2%.Ke hadapan, Kerajaan Persekutuan masih lagi akan mengeluarkan Jaminan Kerajaan, tetapi hanya untuk projek-projek infrastruktur sedia ada yang akan disiapkan seperti projek MRT2 dan LRT3, serta agensi terpilih yang dapat menunjukkan tahap kelestarian kewangan.

No comments:

Post a Comment