Friday 13 September 2019

Akhirnya Saifuddin akui BMF bukan Boikot


PUTRAJAYA – Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata penurunan harga barangan tertentu yang dikesan oleh rakyat sejak kebelakangan ini bukannya dipengaruhi faktor boikot barangan bukan Islam atau kempen yang dipergiatkan pihak tertentu di negara ini.

“Saya faham katanya minyak masak telah turun harga.. namun turun atau naik harga, ia bergantung kepada kuasa pasaran semasa.


“Kalau sumber utamanya itu harga jatuh maka harga runcit sesebuah barang itu juga jatuh. Ataupun kalau permintaan banyak, jadi ia bergantung kepada permintaan dan penawaran itu prinsip asas ekonomi


“Jadi kita tidak mahu kaitkan dengan boikot, sebab setakat ini tidak ada siapa boleh sahkan (faktor boikot turunkan harga),” katanya kepada pemberita ketika ditanya di lobi kementerian beliau petang tadi.

Pada pandangan penulis apa yang diperkatakan oleh Saifuddin itu benar terdapat penurunan harga minyak masak dan ianya tidak ada kaitan dengan boikot tetapi secara tidak lansung beliau memang akui penyebab utama turunnya harga minyak adalah disebabkan oleh kuasa pasaran.

Sudah terang lagi bersuluh sejak kempen Buy Muslim First ( BMF ) dilaksanakan masyarakat muslim yang merupakan pengguna terbesar telah mengutamakan produk halal keluaran muslim akhirnya menyebabkan harga minyak masak di pasaran turun. 



Dilihat produk minyak masak seperti jenama Saji keluaran FGV tidak turun mendadak berbanding dengan minyak keluaran bukan muslim yang lain menunjukan bahawa kempen Buy Muslim First menyebabkan harga minyak turun kerana wujudnya persaingan yang sihat di situ.

Saifuddin dilihat enggan memahami realiti sebenar dan mahu mengambil kesempatan politik dengan melebarkan jurang perkauman menyebabkan Kempen Dahulukan Produk Muslim  (BMF) telah disalah ertikan sebagai boikot akhirnya secara tidak lansung terperangkap dengan kenyataannya sendiri dan tidak mahu memandangnya sebagai persaingan yang sihat.

Kempen Buy Muslim First sama sekali bukan bermakna boikot barangan daripada kaum tertentu kerana sehingga hari ini, umat Islam masih membeli barangan buatan bukan Islam.

"Sebagai contoh, orang Islam masih membeli kopiah buatan China. Mereka masih membeli ayam dan telur keluaran syarikat Leong Hup Bhd, masih makan dan minum di Restoran Secret Recipe kerana mereka bukan boikot kaum tertentu dan yakin halal.

Bila kempen Buy Muslim First ini berjaya menurunkan harga minyak masak beliau seolah-olah mahu menafikannya tetapi penafian tersebut dilihat secara faktanya adalah kebenaran bahawa kuasa pembeli dari masyarakat muslim memberi kesan kepada harga minyak.Tidakkah ianya boleh digambarkan sebagai persaingan yang sihat ? 



No comments:

Post a Comment