Tuesday 3 September 2019

Hukum dulu NGO yang kelirukan istilah boikot dengan agenda perkasakan ekonomi


Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Dr Jacob George menggesa kerajaan mengenakan tindakan ke atas pihak yang melancarkan kempen boikot produk bukan muslim di Malaysia.

Pandangan penulis, kenyataan ini boleh disifatkan dangkal dan mengundang kekecohan kerana cuba mengelirukan rakyat dengan menafsirkan kempen beli produk muslim sebagai cubaan boikot ke atas produk bukan muslim.

Terang lagi bersuluh, NGO-NGO Islam sudah pun membuat kenyataan akhbar bagi membetulkan persepsi masyarakat bahawa kempen perkasa ekonomi muslim ini bukan berniat untuk memboikot produk bukan muslim tetapi kenapa isu ini dipanjangkan lagi sehingga menggesa kerajaan mengenakan tindakan undang-undang?

Di lihat usaha-usaha murni NGO-NGO Islam yang mahu menyedarkan masyarakat muslim tentang keperluan mengutamakan produk halal dan secara tidak lansung memperkukuhkan ekonomi muslim itu cuba ditafsirkan sebagai satu perkara yang menyalahi undang-undang.

Perkara ini dilihat seolah-olah seperti cubaan mempergunakan undang-undang bagi melarang masyarakat muslim untuk memilih atau menyokong produk yang tidak diragui status halalnya.

Memang tak dinafikan ada kempen boikot produk bukan muslim yang dilaksanakan oleh NGO-NGO Islam tetapi tertumpu kepada produk yang tiada sijil halal tetapi menggunakan tulisan jawi yang dianggap mengelirukan pengguna muslim.

Sekiranya NGO ini cuba mengelirukan masyarakat tentang istilah memperkasa produk muslim itu sebagai boikot terhadap produk bukan muslim maka merekalah yang patut dihukum terlebih dahulu kerana niat menimbulkan kekecohan.

No comments:

Post a Comment