Sunday 22 September 2019

LTTE : Siasatan terhadap Ramasamy hampir selesai.


KUALA LUMPUR: Polis akan mengumumkan hasil siasatan ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Keputusan akan dibuat dalam sikit masa lagi,” kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador kepada wartawan pada dua hari yang lalu.

“Perbuatan itu sekiranya benar mengagung-agungkan satu pertubuhan pengganas, amat tak kena dengan negara kita.”
Abdul Hamid berkata demikian ketika ditanya berkenaan video tular yang didakwa majlis pro-LTTE yang membabitkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy.

"Ini video lama, saya akan ambil tindakan sewajarnya. Banyak lagi kes, bukan sekadar video ini.

"(Selepas ini) Tiada lagi amaran, saya akan ambil tindakan terhadap apa-apa isu berkaitan hasutan perkauman, keagamaan dan cemar institusi raja...Saya yakin polis akan bertindak adil," katanya 

No comments:

Post a Comment