Friday 7 October 2016

Jika Nazri Hebat Kenapa BN Gagal Dalam Krisis Idris - Istana 2008?


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau lebih layak untuk bercakap mengenai perlembagaan negara berbanding bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan seorang doktor.

Nazri yang merupakan seorang peguam menepis desakan Mahathir bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat perdana menteri.

"Beliau bukan peguam, seorang doktor. Saya peguam, saya tahulah," Nazri dipetik sebagai berkata oleh KiniTV.

Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur, Nazri berkata, satu-satunya cara untuk Datuk Seri Najib Razak disingkirkan daripada kerusi perdana menteri ialah apabila beliau hilang sokongan majoriti ahli parlimen di Dewan Rakyat.

"Selagi seseorang individu itu menikmati sokongan majoriti ahli-ahli parlimen, selagi itulah beliau akan menjadi perdana menteri.


"Sehingga hari ini, (Datuk Seri) Najib masih lagi menikmati sokongan itu. Tiada cara lain melainkan Najib hilang kepercayaan majoriti ahli-ahli parlimen, maka orang baru yang dapat daripada ahli parlimen lain akan dicadangkan untuk menjadi perdana menteri dan akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

https://www.malaysiakini.com/news/358138

Sementara itu Tun Mahathir menegaskan bahawa dalam perlembagaan termaktub satu perenggan khas mengenai kuasa Agong dalam melantik dan memecat Perdana menteri. 


http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/10/kuasa-agong-melantik-pm-termasuk-kuasa.html.

Melihat kepada krisis Idris-Istana pada 2008, sekiranya Nazri Aziz seorang peguam yang lebih paham dari Tun Mahathir pastinya dia berjaya menghalang Sultan Mirzan dari melantik Ahmad Said menjadi Menteri Besar.

Jika kita imbas kembali kronologi krisis Idris - Istana, kuasa Sultan telah menjangkaui kuasa Perdana Menteri dan Peguam Negara.

Sila lihat
Kronologi krisis 19 hari Idris-Istana
http://www.malaysiakini.com/news/80510

No comments:

Post a Comment