Wednesday 23 November 2016

Felda Rugi - Isa Samad Sebagai Pengerusi Harus Letak Jawatan



KUALA LUMPUR: Menurut Lapuran Audit Negara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur lebar serta 3 projek lain.

Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Antaranya, 65 kontrak bagi pemerolehan perkhidmatan LiDAR bernilai RM148.42 juta ditandatangani pengarah Jabatan Pengurusan Tanah yang tidak mempunyai kuasa, katanya dalam laporan itu yang dikeluarkan hari ini.


Felda juga diminta mengambil tindakan disiplin atau surcaj terhadap pegawai yang bertanggungjawab bagi apa-apa tindakan yang melanggar peraturan dan undang-undang.



Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata isu yang dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara siri dua sebelum ini telahpun diambil tindakan pihaknya.

Menurutnya, diantara perkara yang dibangkitkan itu di dalam pengetahuan Felda juga telah mengambil tindakan dengan menghentikan operasinya dan individu yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib.

“Langkah-langkah pembetulan sedang dilaksanakan. Terdapat perlaksanaan dan perjalanan operasi syarikat subsidiari yang tidak dilaporkan serta tidak mendapat kelulusan pengarah syarikat serta Ahli Lembaga Felda.

"Ini menyebabkan berlakunya ketidakpatuhan dan pelanggaran tataurus syarikat dan peraturan-peraturan Felda,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, Felda dilaporkan mengalamai kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur lebar serta tiga projek lain.

Dalam laporan itu, turut menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Katanya lagi, Lembaga Felda dan juga lembaga pengarah subsidiari tersebut merupakan dua entiti yang berbeza.

“Lembaga Felda ialah pihak yang mengawal seluruh Felda dan dipengerusikan oleh saya sendiri.

“Syarikat subsidiari pula menjalankan perniagaan dan dianggotai dan dipengerusikan individu yang berbeza,” tambahnya.

Jelasnya lagi, hanya tiga projek yang terlibat berdasakan laporan audit tersebut iaitu Pengurusan Projek Lidar, Pengurusan Projek Jalur Lebar dan Pengurusan Projek Syarikat Subsidiari Felda.

“Felda juga telah melantik juru audit luar untuk melaksanakan kajian ‘position view’ ke atas ketiga-tiga projek tersebut.

“Susulan itu, Lembaga Felda telah meluluskan perlantikan firma guaman untuk melaksanakan ‘legal review’

“Justeru, penemuan ‘positon review’ serta ‘legal review ‘ ini akan dibentangkan ke Lembaga Felda untuk diambil tindakan sewajarnya,” katanya lagi.

Beliau juga turut melantik ahli lembaga pengarah yang baru di syarikat subsidiari yang terlibat menggantikan orang terdahulu dalam meneruskan hala tuju dan kesinambungan syarikat tersebut.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa Felda sentiasa berpegang kepada tadbir urus yang baik dan mana-mana individu yang terlibat dalam salah laku (sekiranya ada) akan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.


Sebagai Pengerusi Felda Isa Samad perlu memikul tanggungjawab keatas kerugian ini dan bukan hanya mengambil tindakan ke atas individu-individu yang terlibat.

Menurut Ketua Audit Negara

“Tiada kelulusan daripada menteri berkaitan dan menteri kewangan bagi penubuhan 4 subsidiari dan syarikat sub-subsidiari bagi pelaksanaan projek penternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan pastri Schneeballen,” katanya.

Kenapa sebelum penubuhan 4 subsidari ini tidak disemak oleh Isa Samad selaku pengerusi Felda? .  

Penulis melihat pada kenyataan Isa Samad seperti mahu meletakkan semua kesalahan kepada orang bawahan beliau

Antara yang disebut

"Lembaga Felda dan juga lembaga pengarah subsidiari tersebut merupakan dua entiti yang berbeza."

“Lembaga Felda ialah pihak yang mengawal seluruh Felda dan dipengerusikan oleh saya sendiri."


“Syarikat subsidiari pula menjalankan perniagaan dan dianggotai dan dipengerusikan individu yang berbeza,” tambahnya.

Meletakkan kesalahan kepada orang bawahan semata-mata adalah tidak wajar kerana tanggungjawab itu harus dipikul bersama. sebagai pengemudi Felda beliau wajar meletakan jawatan atas kerugian ini.










3 comments:

  1. Itulah masalahnya meletakan seorang politikus dan bukannya seorang ekonomis bagi menguruskan sebuat entiti perniagaan. Kerja-kerja menyediakan juadah harus dibuat oleh seorang tukang masak (chef) dan bukannya tukang kayu (carpenter).

    ReplyDelete
  2. Ada persamaan dengan 1mdb , BOD dipersalahkan tetapi pengerusi tidak

    ReplyDelete
  3. Setiap hari saham FGV jatuh paling rendah 25
    sen. Hari ni harga terendahnya rm1.51, jatuh,
    18 sen. Menjelang Jumaat, kembalikepada rm1.30!!!

    ReplyDelete