Friday 25 November 2016

Tun Mahathir : Myanmar Perlu Didakwa Dan Dilucutkan Keahliannya Dari Asean


Semalam 23 November 2016,  satu sesi temuramah khas bersama Tun Mahathir Muhamad  di pejabatnya telah diadakan bagi memanjangkan hasrat dan idea Allahyarham Shaifuddin Mahmud yang dikenali sebagai Din Turtle yang meninggal dunia sehari sebelum sempat menemuramah Tun Mahathir.


Sesi temuramah ini adalah datang dari idea  arwah dan dirancang bersama oleh kumpulan pengerak media sosial PPBM yang diketuai oleh saudara Yaakob Osman.

Dalam sesi temuramah ini saudara Yaakob Osman dan saudara Adam Mukhriz telah menjadi wakil pengerak media sosial PPPM menanyakan beberapa soalan kepada Tun mahathir.

Dalam sesi ini penulis ingin mengupas sedikit sebanyak tentang satu isu yang diajukan iaitu berkenaan dengan konflik kemanusiaan di Myanmar.


Soalan Yaakob Osman kepada Tun Mahathir

"Berkenaan Genocide di Myanmar , kalau Tun masih lagi sebagai perdana menteri apakah yang akan Tun lakukan?"

Jawapan dari Tun Mahathir 

"Selain daripada memberi amaran, kita mungkin terpaksa memutuskan hubungan diplomasi dengan sebuah negara dengan sebuah negara yang terang-terang begitu zalim sekali terhadap rakyat mereka."

"Kita juga mempunyai rakyat yang datang dari negara lain seperti China , India , Pakistan tetapi kalau mereka sudah jadi rakyat kita, bermastautin di negara kita, kita anggap mereka sebagai rakyat, sebagai warganegara dan kita juga tidak menindas mereka sebaliknya mereka kadang-kadang kita dapati lebih bernasib lebih baik dari bumiputra"

Mengulas kepada isu Genocide di Myanmar ini penulis mengambarkan Tun Mahathir seorang tegas dan prihatin tentang konflik yang berlaku dan Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia sekarang wajar mengambil cadangan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir supaya lebih bertegas menangani isu kemanusian ini.

Di samping itu Tun Mahathir juga telah memberi gambaran tentang layanan kerajaan Malaysia selama ini terhadap warga asing yang telah menetap dan bermastautin di Malaysia amat baik , diberi kewarganegaraan dan dilayan dengan baik berbanding dengan keadaan yang berlaku di Myanmar. 
  
Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata Myanmar patut keluar daripada ASEAN sekiranya negara itu terus menerus bertindak kejam terhadap pelarian Rohingya yang disifatkannya melanggar hak asasi manusia.

Beliau  berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN hanya dapat memberi bantuan setakat yang mampu tetapi masyarakat antarabangsa perlu turut sama memikul beban secara bersama dalam hal ini dengan menghulurkan bantuan sewajarnya.

 "Sekiranya semua negara ASEAN bersepakat, kata putus mampu dicapai untuk menangani isu ini," katanya.

Beliau berkata sewaktu persidangan antarabangsa yang membincangkan tentang krisis Rohingya di Kuala Lumpur pada Jun 2015 yang lalu bahawa Myanmar perlu didakwa di bawah undang-undang antarabangsa dan dilucutkan keahliannya dari blok Asia Tenggara kerana membiarkan ‘pembunuhan beramai-ramai’ berlaku ke atas golongan Muslim.

“Sebelum ini, saya yang memainkan peranan penting dalam memujuk negara-negara ASEAN yang lain bagi menerima Myanmar sebagai ahli (ASEAN), termasuk membantu semua rawatan sakit terhadap Aung San Su Kyi (suatu ketika dahulu),” kata beliau, merujuk kepada ketua pembangkang terkenal Myanmar.

“Tetapi kini mereka [Myanmar] sudah berubah,” tambah Tun.

“Saya juga telah menulis surat kepada Su Kyi mengenai nasib Rohingya dan meminta beliau campur tangan untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi tiada jawapan.”

Sejak 2012, Rohingya – yang PBB anggap etnik minoriti paling dianiaya di dunia – telah keluar menyelamatkan diri dari Myanmar secara beramai-ramai. Mereka menjadi pelarian dalam ketakutan kesan dari keganasan yang dilakukan oleh ekstrimis Buddha di mana ada sesetengah kumpulan bukan kerajaan (NGO) menganggap tindakan keganasan tersebut ‘ditaja’ kerajaan.

Myanmar berada di bawah tekanan bagi membantu membendung kebanjiran pelarian asing yang cuba untuk mendarat di pantai-pantai seluruh Asia Tenggara. Negara itu tidak mengiktiraf Rohingya, yang lebih suka merujuk mereka sebagai Bengali, yang menunjukkan mereka adalah dari negara jiran Bangladesh, bukan dari Myanmar.

http://focuss.my/tun-mahathir-malaysia-perlu-lebih-tegas-terhadap-myanmar-selaku-pengerusi-asean/

No comments:

Post a Comment