Friday 25 November 2016

Tun Mahathir Sebak Ketika Ucap Takziah Kepada Keluarga Din Turtle



Kehilangan Blogger terkenal Allahyarham Shaifuddin Mahmud yang dikenali sebagai Din Turtle amat dirasai dikalangan penggiat blog di Malaysia . Ketika temuramah antara pengerak media PPBM  bersama Tun Mahathir 23 November lalu, Tun dengan nada yang sebak telah sempat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menasihati mereka supaya banyak bersabar.




"Saya berasa amat sedih terhadap kematian Din Turtle dan saya harap keluarganya akan bersabar" katanya ketika sesi temuramah bersama kumpulan pengerak media sosial PPBM semalam.

Beliau 50 tahun meninggalkan seorang balu dan lima orang anak, 2 orang darinya sudah bekerja , seorang lagi masih menuntut di UITM Bukit Besi dan yang bongsu masih menuntut ditingkatan 3.

Blogger terkenal yang aktif menulis sejak 2008 mengenai politik semasa Shaifuddin Mahmud atau lebih dikenali sebagai Din Turtle, meninggal dunia di rumahnya di Kuala Terengganu pada kira-kira jam 6.00 petang (Ahad).

Tulisan dan video yang dimuat naik oleh Shaifuddin Mahmud atau Din Turtle banyak dipetik oleh portal Malaysiakini dan The Malaysian Insider serta turut disiarkan oleh  akhbar - akhbar tempatan.
http://dinturtleoriginal.blogspot.my/

Pada asalnya penulisan Allahyarham adalah  pro kepada UMNO kemudian beralih kepada pro Tun mengkritik kepimpinan Najib seawal Bicara Negarawan yang pertama. Beliau seorang yang amat berpegang kepada prinsip dan etika kewartawanan ketika menulis . 

Pernah penulis bertanyakan tentang prinsip perjuangannya beliau berkata.

" Prinsip perjuangan itu tidak berubah ianya tetap sama iaitu menegakkan kebenaran, contohnya dulu saya sokong UMNO tetapi bila ada maklumat baru masuk yang menunjukkan Najib pencuri,saya hentam Najib".

" Prinsip depa ( blogger pro Najib ) yang berubah dari menyokong kebenaran kepada menyokong kebatilan.


Akibat beralih arah tidak lagi menyokong UMNO, Allahyarham sebagai blogger sepenuh masa telah kehilangan sumber pendapatan tetapi masih bergerak secara sukarelawan dengan bantuan sedikit kewangan rakan-rakan menulis blog mengkritik kepimpinan Najib.



Beliau pernah ditawarkan RM3,000.00 ke RM5,000.00 sebulan hanya untuk berhenti menulis lagi.

Dengan ikhlas beliau mengaku menerima RM3,000.00 untuk sebulan, tetapi beliau menyesal dan tidak mahu menerima lagi walaupun bayarannya hendak ditambah.



Sepanjang penulis mengenali Allahyarham, beliau tidak suka bergambar dan agak merendah diri.- Al fatihah







2 comments: