Saturday 26 November 2016

Kabinet Harus Belajar Erti Kemanusiaan Dari Peristiwa Boikot Olimpik Moscow 1980



PUTRAJAYA: Kabinet semalam memutuskan skuad Harimau Malaysia perlu meneruskan saingan dalam kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar, kata menteri belia dan sukan.

Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan akan mencari kaedah lain untuk menentang kezaliman ke atas etnik Rohingya di Myanmar, tetapi ia tidak akan melibatkan sebarang acara sukan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/25/kabinet-putuskan-malaysia-tidak-tarik-diri-piala-aff/

Keputusan tidak menarik diri dari kejohanan ini adalah tidak tepat dan  menunjukan kepada dunia  Malaysia  mengambil sikap sambil lewa terhadap isu kemanusian di Myanmar

Memboikot acara Sukan untuk menzahirkan protes terhadap konflik kemanusiaan sejagat bukanlah perkara baru malah kita telah pernah melakukannya sebelum ini.

Seperti sedia maklum , pasukan bolasepak kita pernah menempah satu tiket  dari 3 tiket Asia ke Olimpik Moscow 1980 tetapi memboikot kejohanan tersebut kerana membantah serangan Russia terhadap Aghanistan.

Jika nak dibandingkan dengan AFF Suzuki kejohanan Olimpik 1980 di Moscow lebih berprestej tetapi kabinet yang dipimpin oleh Tun Hussein Onn dan timbalannya Tun Mahathir mampu menyatakan protes terhadap kezaliman melalui boikot acara sukan itu. 

Berikutan tidak menarik diri dari kejohanan AFF Suzuki ini mengambarkan kabinet yang dipimpin oleh Najib Razak tidak memperlihatkan tujuan asal bahawa sukan itu  membawa motif  perpaduan dan keamanan sejagat . 






3 comments:

  1. Ini kabinet pentingkan diri sendiri. Tidak ada conscience. Di zaman kegemilangan dulu, bukan setakat boikot sukan, tenaga dan senjata pun akan kita sumbangkan. Ingat bosnia?

    ReplyDelete
  2. Fifa "fair play" untuk tujuan utama sukan adalah untuk keamanan dan perpaduan sejagat , Malaysia gagal menzahirkan motif itu

    ReplyDelete
  3. Mana siharam jadah berfikiran sampai kesitu. Rembat wang rakyat mereka tahu yg lain semua haram mereka hiraukan.

    ReplyDelete