Monday 28 November 2016

Projek Ikan Sturgeon Rugi : Ketua Audit Negara Kata Tanpa Kelulusan Menteri Kewangan Tapi Najib Hadir Majlis MOU


Baru - baru ini laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh FELDA dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

FELDA Caviartive Sdn Bhd membelanjakan RM47.62 juta, tetapi pulangan termasuk penternakan ikan sturgeon dan pemindahan teknologi masih belum dicapai, disebabkan oleh penggantungan projek.

"Tiada kelulusan daripada menteri berkaitan dan menteri kewangan bagi penubuhan empat subsidiari dan syarikat-syarikat sub-subsidiari bagi pelaksanaan projek penternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan pastri Schneeballen," kata Ketua Audit Negara.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/felda-rugi-berjuta-akibat-perancangan-dan-pelaksanaan-lemah-123328

Yang menimbulkan persoalan kepada penulis ialah kenapa Ketua Audit Negara kata tiada kelulusan dari menteri kewangan sedangkan Najib dilihat ada ketika majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) yang bakal menyaksikan pembangunan ladang ternakan ikan sturgeon bernilai RM120 juta di Pahang pada tahun 2013.

Pertukaran MoU usaha sama antara Felda dengan syarikat Korea Selatan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dengan Pengerusi MMC Hassed Co. Ltd., Kim Jin Ho di Bangunan Perdana Putra

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130717/dn_06/Kompleks-ternakan-ikan-sturgeon-RM120-juta-di-Pahang



Malah DS Najib berkata pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun 2013, beliau bercakap dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, yang secara berseloroh berkata bahawa pengeluaran ikan-pembiakan dan telur ikan sturgeon Malaysia boleh memecahkan monopoli Rusia di pasaran untuk makanan istimewa itu.

"Presiden Putin berjenaka bahawa Malaysia boleh memecahkan dominasi Rusia dalam industri selepas semua tahun-tahun ini.

"Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar utama makanan istimewa ini mewah untuk pasaran antarabangsa. Kita boleh mencontohi Rusia seperti yang kita mempunyai keupayaan. 

"Peneroka Felda boleh bela Sturgeon dan menghasilkan telur ikan dan menjana pendapatan yang menguntungkan," kata DS Najib. 

No comments:

Post a Comment