Friday 2 December 2016

Isu Rohingya : Najib Sepatutnya Guna Saluran Asean Dan PBB Bukan Jadi Pendemo Jalanan


Satu perhimpunan besar-besaran dirancang diadakan 4 Dis depan bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau berkata perhimpunan akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemimpin lain seperti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahmad Zahid menggesa pemimpin parti lain seperti PKR dan Amanah supaya menyertai perhimpunan itu yang lokasinya akan ditetapkan kelak.

“Kita ketepikan perbezaan politik dan sebagai umat Islam kita berkumpul bersama-sama bagi menzahirkan rasa keprihatinan terhadap saudara Islam.


Mengulas kepada perhimpunan ini penulis berpendapat Najib sebagai perdana menteri adalah wakil kepada rakyat Malaysia ke Asean dan PPB haruslah menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan bantahan dan bertegas memaksa Myanmar menghentikan penzaliman terhadap etnik Rohingya.

Mengadakan perhimpunan sebagai bantahan selalunya dilakukan oleh NGO-NGO supaya mendesak kerajaan lebih bertegas.

25 November lepas,Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik bersama mengadakan perhimpunan mewakili rakyat Malaysia untuk menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan Myanmar di ibu negara petang tadi.

Himpunan yang turut disertai ribuan warga Myanmar yang menetap di Malaysia itu telah berkumpul selepas solat Jumaat di hadapan masjid bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke kedutaan Myanmar.

Antara NGO yang hadir Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dan Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Malaysian Reconstruction Foundation, dan V2 .


Dalam satu temuramah penulis dengan Ketua pengerak keahlian PPBM IR Ahmad Tamby dan saudara Zor Aziz , mereka mencadangkan supaya Najib bertindak lebih tegas seperti menghalau keluar duta Myanmar . 




Bagaimanapun semua memorandum itu hanya dapat diserahkan kepada pengawal keselamatan di kedutaan Myanmar.

Jadi tugas Najib sebagai ketua Negara ialah memanjangkan tindakan dan bantahan NGO-NGO kepada saluran lebih tepat iaitu Asean atau PBB.



Berbeza dengan cara Tun Mahathir terhadap polisi luar negara ketika beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Tun Mahathir tidak turun berdemo tetapi sebagai Ketua Negara beliau menyatakan bantahan tegas terhadap isu--isu kemanusiaan di pentas PPB.

Dalam sesi temuramah ini saudara Yaakob Osman dan saudara Adam Mukhriz telah menjadi wakil pengerak media sosial PPBM minggu lepas . Tun Mahathir ada  memberi pandangannya terhadap isu pembantaian Etnik Rohingya.

Soalan yang di tanya ialah

"Berkenaan Genocide di Myanmar , kalau Tun masih lagi sebagai perdana menteri apakah yang akan Tun lakukan?"


"Selain daripada memberi amaran, kita mungkin terpaksa memutuskan hubungan diplomasi dengan sebuah negara dengan sebuah negara yang terang-terang begitu zalim sekali terhadap rakyat mereka."

"Kita juga mempunyai rakyat yang datang dari negara lain seperti China , India , Pakistan tetapi kalau mereka sudah jadi rakyat kita, bermastautin di negara kita, kita anggap mereka sebagai rakyat, sebagai warganegara dan kita juga tidak menindas mereka sebaliknya mereka kadang-kadang kita dapati lebih bernasib lebih baik dari bumiputra"

Mengulas kepada isu Genocide di Myanmar ini penulis mengambarkan Tun Mahathir seorang tegas dan prihatin tentang konflik yang berlaku dan Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia sekarang wajar mengambil cadangan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir supaya lebih bertegas menangani isu kemanusian ini.

Di samping itu Tun Mahathir juga telah memberi gambaran tentang layanan kerajaan Malaysia selama ini terhadap warga asing yang telah menetap dan bermastautin di Malaysia amat baik , diberi kewarganegaraan dan dilayan dengan baik berbanding dengan keadaan yang berlaku di Myanmar. 

-

5 comments:

  1. Rasanya tak ramai yang akan turun berdemo.
    Mungkin MELAYU tak sampai 200 orang macam juga
    jemputan makan malam Najib di Perhimpunan Agong umno
    malam ni. Yang ramai mungkin bangsa Rohingya yang
    ada di Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  2. Kalau hanya pegawal yg terima memorandum..adakah itu ertinya Burma tidak menghormati pandangan rakyat Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Myanmar perlu akur, tetapi sebagai PM Najib adalah sebagai wakil negara ke Asean dan PBB

      Delete
  3. Kalau hanya pegawal yg terima memorandum..adakah itu ertinya Burma tidak menghormati pandangan rakyat Malaysia..

    ReplyDelete
  4. Kalau hanya pegawal yg terima memorandum..adakah itu ertinya Burma tidak menghormati pandangan rakyat Malaysia..

    ReplyDelete