Adakah jemputan terhadap Parti Komunis China ini wajar? sedangkan mengikut sejarahnya Parti Komunis China merupakan penaung kepada Parti Komunis Malaya yang telah menyebabkan ribuan perajurit dan orang awam terkorban di era Darurat di antara tahun 1948 hingga 1960.
Dari segi Ideologinya Umno sebuah parti berasaskan Demokrasi Berparlimen amat bercanggah dengan Idelogi Komunisme yang membatasi demokrasi pada rakyatnya malah komunisme sangat membatasi agama pada rakyatnya, kerana prinsip agama dianggap candu yang membuat orang berangan-angan yang membatasi rakyatnya dari pemikiran yang rasional dan nyata.
Jika nak dibandingkan DAP, DAP adalah lebih baik dari segi ideologinya kerana DAP berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen.
Tiada apa yang tidak kena jika menjemput wakil dari negara China ke dalam hubungan perdagangan ataupun hubungan dua hala tetapi menjemput Parti Komunis China ke PAU 2016 adalah seperti tidak menghormati sejarah hitam negara.
Kenapa Najib Razak bertegas tidak mahu Chin Peng dikebumikan di Malaysia sedangkan beliau menjemput Parti Komunis China yang menjadi penaung kepada Parti Komunis Malaya?.
Justeru, beliau menegaskan kerajaan tidak akan terlibat dalam urusan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sama ada di negara ini atau di Thailand.
"Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan. Tambahan lagi Chin Peng bukan warganegara Malaysia.Najib menarik perhatian bahawa keganasan komunis yang dipimpin Chin Peng terutama di era darurat telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban terutama anggota keselamatan di samping beribu yang lain mengalami kecederaan atau kecacatan.
"Rakyat juga menderita kerana kemusnahan harta benda sepanjang PKM melancarkan peperangan ke atas kerajaan selain melakukan sabotaj terhadap ekonomi negara," katanya.
Pemimpin pengganas yang hidup dalam buangan di Thailand itu pernah membuat permohonan untuk pulang ke Malaysia, namun ditolak. - Bernama
No comments:
Post a Comment