Wednesday 14 December 2016

Tuan Ibrahim : Kena Terima 70 Calon PAS Syarat Menikah Dengan Pakatan Harapan Walaupun Mereka Mandul



Dua hari lepas,Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menawarkan untuk merapatkan semula hubungan antara PAS dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam usaha untuk menyatukan pembangkang untuk berdepan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Cadangan yang dibuat pada acara "Ceramah Mega Rakyat" anjuran PAS Selangor, bagaimanapun, tidak disambut baik oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat.

Tuan Ibrahim dengan segera menolak tawaran berkenaan sambil menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai hubungan dengan DAP mahupun AMANAH.


"Kita tidak ada hubungan dgn DAP, AMANAH, soal BERSATU nak jadi jambatan, itu tanggungjawab BERSATU, bagi PAS kita ada hubungan dengan PKR sahaja, dengan BERSATU kita pun masih dalam perbincangan," ujar beliau semasa ditemui pemberita.

Pemimpin nombor dua PAS itu berkata, semua parti pembangkang lain harus bersetuju dengan syarat untuk tidak bertanding di 70 kerusi PAS sebelum boleh membuat konsensus dan kerjasama.

"Ya, itu syarat compulsory (wajib).

"Setiap kali kita tanding, PAS korbankan kerusi, ok, enough is enough (Cukup-cukuplah).

"No compromy (Tiada kompromi), kerusi PAS kena hormat, kamu boleh bincang dia boleh bincang, kerusi lain, PAS tak ambil semua kerusi, kita tanding pun 70 kerusi dulu," katanya.


Penulis ingin mengulas sedikit tentang apa diperkatakan oleh Tuan Ibrahim itu 

Ianya seumpana Pakatan Rakyat harus terima 70  calon itu sebagai syarat menikah dengan Pakatan Harapan walaupun antara mereka kebanyakkan mandul.

Kalau dah mandul perkahwinan itu sia-sia tak mendatangkan zuriat.



Merujuk kepada PRU 13 , PAS menghantar 73 calon untuk bertanding di Parlimen tetapi hanya 21 orang yang berjaya menjadi ahli parlimen. Jadi kebanyakan calon PAS itu tidak diterima oleh rakyat. Kenapa nak kekalkan calon sebanyak 73 orang sekiranya yang diterima hanya 21 orang? .

Sekiranya PAS benar-benar ikhlas mahu berkahwin dan menjalinkan ikatan dengan Pakatan Harapan Adalah lebih baik sekiranya PAS hanya mengekalkan kemenangannya pada 21 kerusi sahaja dan memberi ruang kepada PAN dan PPBM untuk bertanding melawan UMNO?

Tambah pula sekarang ini antara 21 ahli parlimen PAS , 7 dari mereka telah menyertai Amanah.





No comments:

Post a Comment