Sunday 11 June 2017

Apa Gahnya Najib Bagi Duit Raya Sedangkan Bayaran Mingguan Peneroka Mula Bermasalah



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kulai, Johor hari ini mengumumkan menjelang hari raya beliau mengumumkan Felda memperuntukkan insentif sebanyak RM47.2 juta untuk diagih-agihkan kepada setiap keluarga peneroka dengan kadar RM500 seorang.

Ditambah dengan dividen syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berjumlah RM26.4 juta - atau RM280 setiap peneroka - mereka boleh berhari raya dengan tambahan belanja sebanyak RM730.

Namun tidak semua peneroka bakal menikmati insentif berkenaan.
"(Pihak) yang tidak berurusan dengan Felda, yang menyaman Felda - minta maaflah, (mereka) tak termasuk dalam senarai," katanya semasa berucap di Felda Sungai Sayong di Kulai, Johor hari ini.

Apa Gahnya Najib Bagi Duit Raya Sedangkan Bayaran Mingguan Peneroka Mula Bermasalah?

Masa Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) disenaraikan pada Jun 2012 harga saham adalah RM4.55 sesaham, memberi syarikat permodalan pasaran sebanyak RM16.6 bilion. Hari ini, pada RM1.66 sesaham, RM10.6 bilion permodalan pasaran FGV telah hilang.

Mengapa nilai pasaran FGV mengalami begitu teruk? Lagipun, FGV adalah pengendali perladangan terbesar di dunia dengan lebih daripada dua juta ekar kelapa sawit di seluruh Malaysia dan di bahagian-bahagian lain di dunia. Jadi syarikat kukuh dan berdiri di atas tanah yang kukuh

Jika keadaan ini berlaku, pada atau sebelum akhir tahun ini, harga saham FGV akan berada di bawah RM1.00 dan nilai pasaran syarikat itu akan terus terhakis kepada kurang daripada RM3 bilion - atau kerugian lebih daripada RM13 bilion dalam pasaran permodalan.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, pihaknya sangat kecewa dengan sikap lepas tangan kerajaan kerana segala beban semasa yang terpaksa ditanggung oleh Felda adalah berpunca daripada kegagalan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

"Kenyataan (Pengerusi Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad bahawa penjualan aset dilakukan demi menyelesaikan masalah peneroka adalah gambaran jelas situasi kewangan yang parah sedang melanda Felda.

"Nampaknya, Felda tiada pilihan sehingga terpaksa menjual aset-asetnya. Jika seorang peniaga berbuat begitu, ia petanda menghampiri gulung tikar.

"Jika amalan ini berterusan, aset-aset Felda akan lenyap dan Felda tidak punya apa apa lagi sebagai sandaran. Ia amat menakutkan!

Shahrir mengumumkan akan mewujudkan dana pusingan RM100 juta untuk memastikan pembayaran hasil seminggu sekali kepada peneroka dapat dilakukan seperti sebelum ini.

Kata Shahrir, dana pusingan dari Felda itu bertujuan melancarkan pembayaran hasil mingguan itu sementara mendapat bayaran daripada kilang sawit yang menjadi antara fokus utama Felda ketika ini agar penubuhan asalnya dalam mengutamakan kebajikan peneroka tercapai.

Mengenai dana pusingan RM100 juta itu, Mazlan berkata, ia diharapkan dapat menyelesaikan kemelut yang berlanjutan berbulan lamanya ekoran kelewatan pembayaran.
"Akibatnya peneroka menghadapi berbagai kesukaran seperti kos upah, sewa lori, kos sara hidup dan tanggungan lain.

"Namun, apa yang membimbangkan, berapa lamakah dana tersebut boleh bertahan kerana jumlah peneroka yang terlibat sekitar 10 ribu orang.

No comments:

Post a Comment