Friday 9 June 2017

Rakyat Makin Terbeban : Bilik Hotel Akan Jadi Lebih Mahal Apabila 'Cukai Pelancongan' Berkuat Kuasa Mulai Ogos 2017.


Bermula Ogos, pelancong perlu membayar 'Cukai Pelancongan' sehingga RM20 untuk menginap di mana-mana hotel sekitar negara.


Pelancong yang dimaksudkan termasuklah rakyat Malaysia, bukan sahaja orang asing. Ia bakal dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan diluluskan di Parlimen pada sidang yang lalu.

Menurut info yang diperoleh dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, cukai pelancongan akan dikenakan bermula dari RM2.50 bagi sebuah bilik hotel untuk satu malam.

Cukai ini akan dipungut dari semua jenis premis yang digunakan sebagai tempat tinggal bagi pelancong

Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk homestay atau Kampung Stay, premis yang diurus oleh institusi (pendidikan), premis yang digunakan untuk tujuan latihan, institusi agama, serta insitusi kerajaan dan badan-badan berkanun di mana kemudahan itu tidak digunakan untuk tujuan komersial.

Premis yang mempunyai kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan.

Selain itu, Cukai Pelancongan merupakan caj tambahan di sebalik cukai yang telah terlaksana seperti GST dan cukai perkhidmatan (service charge)

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.

Kadar cukai adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan seperti berikut:

1. Lima bintang: RM20 bagi setiap malam

2. Empat bintang: RM10 bagi setiap malam

3. Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam

4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam

5. Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam

http://says.com/my/seismik/cukai-pelancongan-berkuat-kuasa-mulai-ogos-bilik-hotel-akan-lebih-mahal-sehingga-rm20

No comments:

Post a Comment