Thursday, 8 June 2017

Sentuhan Najib Dan Isa Sumbang : Felda Dahulunya Ada 4.08 billion Kini Kembali berhutang 6 Billion


Sewaktu Tan Sri Raja Alias, selaku Pengerusi Felda bersara pada tahun 2001, beliau meninggalkan jasa yang banyak. Antara yang diingati, simpanan tunai Felda mencecah RM4.08 bilion. Hutang Felda dengan Kerajaan Pusat berjumlah RM 1 bilion pun telah dilunaskan. Sebelum itu, hutang dengan Bank Dunia sebanyak RM4 bilion telah dilangsaikan sejak tahun 1996 lagi.

Suatu ketika ada 13 tabung di wujudkan bagi kepentingan masyarakat Felda. Tabung Tanam Semula, insuran ladang, latihan, pinjaman pelajaran, pinjaman pembesaran rumah, usahawan dan lain lain. Saya tidak pasti, berapa tabung yang masih aktif dan berperanan membantu peneroka dan generasi baru Felda.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tanggungjawab penuh ke atas Felda sekitar tahun 2004. Dalam tempoh 5 tahun, simpanan Felda tinggal RM 1.35 bilion. Amat mengejutkan, Felda kemudiannya meminjam RM6 bilion dari KWSP. Ertinya, dari mempunyai rezab RM4 bilion, kembali berhutang!

Isa Samad semasa menjadi pengerusi Felda dalam kenyataan ada menyebut ' kesediaan KWSP memberi pinjaman adalah suatu penghormatan keatas Felda'.

Tidak dapat dipastikan angka tepat jadual pembayaran yang Felda kena lakukan setiap tahun kepada KWSP. Jumlahnya tidak kurang RM300 juta setahun. Ada maklumat yang mengatakan, Felda akan berhutang lagi dengan institusi kewangan.


Perolehan pampasan dari penyenaraian FGVH hanya mampu bertahan setahun dua sahaja lagi. Bajet tahunan sekitar RM1.8 bilion mesti disediakan. Penyelenggaraan kebun peneroka dan Tanam Semula perlu bajet yang besar. Tabung Tanam Semula dari caruman bulanan peneroka mulai tahun 1970 hingga 2010 cuma ada RM 768 juta sahaja, sedangkan kos tanam semula yang diperlukan hampir RM2 bilion. Bayaran melalui Perjanjian Pajakan yang di perolehi dari FGV setahun cuma RM508 juta sahaja. Malapetaka berterusan menimpa Felda, jika pinjaman baru terpaksa di lakukan.

Adalah menjadi tandatanya, Felda meminjam dari KWSP dan jika ada pinjaman baru, apa cagarannya?

Adakah jaminan Kerajaan, atau aset Felda, atau Tanah Felda Plantation yang kini di cagar selama 99 tahun oleh FGV atau tanah para peneroka?

Berdasarkan Perjanjian Tanam Semula & Pengurusan Kebun antara Felda dengan peneroka, adalah jelas Felda boleh kaveat atas tanah peneroka.

Rujuk perenggan 10 mukasurat 3; ' Felda memasukkan satu kaveat persendirian ke atas tanah KEBUN tersebut untuk melindungi hak hak dan kepentingan Felda sekiranya perlu'. Bahkan perenggan 11(b) dengan jelas menyatakan, ' Felda mempunyai hak eksklusif atas kebun tersebut(peneroka).

Isa Samad dan Najib Razak sepatutnya malu dengan pencapaian Felda dan patut berundur dari menjadi pembuat keputusan.

No comments:

Post a Comment