Monday 26 February 2018

Gandingan Mahathir-Anwar menyebabkan rasa panik dalam Umno, kata Amanah




Semalam Ahad, 25hb Feb 2018 berlansungnya program pelancaran jentera PDM Pakatan Harapan Saujana Utama dan pidato Pemuda 'Bina Semula Negara' di Balai Masyarakat SU1 Saujana Sungai Buloh

Program ini di rasmikan oleh Abbas Azmi - Ketua Pemuda Amanah selangor dan Mohd Najib Itam Othman - Ketua bahagian PPBM Kuala Selangor



Majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Nohi Bin Omar ini turut menampilkan wakil NGO kaum India saudara Manimanan dan 4 pemidato pemuda iaitu Abbas Azmi - Ketua Pemuda Amanah Selangor ,Mohd Ashraf Mustaqim - Exco Pemuda PPBM ,Syed Badli Shah Syed Mansoor - SU AMK Selangor Edry Faizal Yusof - Ajk DAP Subang.



Abbas Azmi Ketua Pemuda Amanah Selangor yang mewakili Dzulkefly Ahmad yang tidak dapat hadir kerana menghadiri program lain berkata berikutan pengumuman Pakatan Harapan gandingan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana menyebabkan rasa panik dalam UMNO.



'2 doktor rawat Malaysia ' kata Abbas Azmi mengaitkan kedua - dua lagenda iaitu Tun Mahathir dan Anwar yang sudah dikenali antara pemimpin terhebat yang diakui pernah melakukan perubahan positif kepada negara.


Menteri-menteri Umno menyerang Pakatan Harapan, berikutan pengumuman majlis kepimpinan baru pakatan pembangkang, kerana mereka tidak lagi melihat Perdana Menteri Najib Razak sebagai pemimpin yang berdaya maju untuk parti pemerintah.Mereka amat tergugat dengan gabungan ini

Merujuk kepada "keadaan panik" di umno dan reaksi daripada beberapa menteri kanan, Abbas Azmi berkata serangan itu amat "menyedihkan", dan tidak ada penyelarasan.
Gabungan kedua-dua tokoh legenda Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, sememangnya sangat menonjol.

"Ahli strategi dan doktor spin Umno, termasuk para blogger, telah dilihat secara rata tidak sepakat dalam membuat kenyataan lebih teruk lagi adalah usaha ahli akademik di menara gading mereka.









No comments:

Post a Comment